LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

15 Disember 2011

Azabnye Seksaan Allah tiada terperi.

Azab KUbur.





  Gambar dibawah merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur 18 tahun yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di Oman.Mayat digali semula daripada kuburnya selepas 3 jam dikebumikan diatas permintaan bapanya.Pemuda ini dikebumikan secara islam dan pada hari yang sama beliau disahkan meninggal dunia oleh para doktor.Wlaubagaimanapun , timbul keraguan pada bapanya tentang kesahihan punca kematian anaknya dan ingin membuat pengesahan semula.Sanak saudara dan rakan-rakanya terkejut setelah melihat mayat pemuda ini.Pemuda ini kelihatan berubah sama sekali .Kulitnya bertukar kelabu seperti orang yang sangat tua.Tulang dan kakinya patah teruk.Keseluruhan muka dan tubuhnya cedera teruk Matanya yang terbka menunjukkan dia dalam ketakutan dan kesakitan yang amat sangat.Kesan-kesan darah menunjukkan seolah-olah beliau baru menjalani beberpa siksaan.


Setelah merujuk kepada saintis-saintis islam , mereka bersetuju bahawa kaitan yang terdekat tentang kejadian ini adalah tentang siksaan kubur yang dijanjikan Allah SWT seperti yang diingatkan dalam hadis Rasulullah.Bapanya mengakui anaknya semasa hidup berkelakuan buruk,meninggalkan solat , menjalani kehidupan sosial yang bebas dan melakukan pelbagai dosa.Setiap manusia pasti mati dan akan pasti menjalani soal jawab didalam kubur kecuali mereka yang syahid pada jalan Allah SWT seperti terkorban ketika menegakkan agama islam.Ini merupakan ujian awal yang akan dilalui oleh setiap manusia sebelum hari kiamat.




Dalam Hadis Rasulullah saw :
Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Allah tuhan aku”. Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Islam agama aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Rasulullah saw diutuskan kepada aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Bagaimana kamu tahu ?” dia akan menjawab “Aku membaca kalam Allah (Al-Quran) dan mempercayainya” Kemudian akan kedengaran suara dari Syurga mengatakan “ Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya” Kemudian dia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang.

Rasulullah saw bersabda tentang manusia yang berdosa. Selepas proses kematian selesai, rohnya akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian akan kedengaran suara dari langit mengatakan “ Hambaku telah berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan bukakan pintu Neraka untuknya” Kemudian dia akan merasa bahang daripada api neraka dan kuburnya akan sempitkan sehingga bersilang tulang-tulang rusuknya.

Dalam Hadis juga dinyatakan, bahawa malaikat dengan kejamnya akan menghukum orang-orang yang berdosa semasa ujian di dalam kubur dan siksaannya sangat menakutkan. Juga dimaklumkan bahawa Rasulullah saw memohon kepada Allah swt agar dilindungi daripada siksaan kubur dan menyuruh umatnya juga berbuat demikian.

Peristiwa pemuda berumur 18 tahun ini adalah sebagai peringatan kepada sesiapa yang mempercayainya dan hanyalah sebagai satu lagi cerita dongeng kepada sesiapa yang pintu hatinya ditutup oleh Allah swt. Mereka ini melihat tetapi tidak nampak, memasang telinga tetapi tidak dengar.

Cerita ini aku jumpa kat email adik aku . Setelah menyemak beberapa blog aku jumpa satu entry tentang cerita ni kat blog dibawah.Kebenarannya hanya Allah yang mengetahui.
Cerita ini juga boleh ditemui di 


: http://blog-misteri.blogspot.com

dan blog ini : http://semuanyauntuksatu.blogspot.com/2010_08_01_archive.html





2 ulasan:

el berkata...

Allahuakbar!!!

Jihad Fisabilillah ... ALLAH HU AKBAR . berkata...

allahuakbar!! .. bru umur 18..dosa puwn ntahh brpaa.. seksaan da mcm nheii..sO.. klau umur 40-70 yg blum btaubat... lbih byk dosa yg dy buat dri umur 18.. subahanallah... Maha suci allah.. aku harap.. allah SWT mmblas KAUM KAFIR YAHUDI ( MUSUH ISLAM ) lbih dasyat dri yg nheii.. amin Ya allah..

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini