LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

23 Julai 2009

Persediaan menyambut tetamu

Permandangan di bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur,Temerloh.

Ngam jam 3 pm koi panaskan enjin kereta yg dah sejuk kerana seharian tak dihidupkan,koi bgtau anak-anak dan bini koi agar cepatan sedikit bersiapnya!."bior kite menunggu orang jangan orang menunggu kite",memang dah lama koi mengenggam falsafah tu,koi tak sedap hati bila nanti ade yg bising-bising kalau sampai lambat ke tempat yg dijanji.Memang kebanyakan masa begitulah yg terjadi...hahaha.Sedang elok pukul 3.30ptg kome sampai ke Temerloh,dari pemantauan koi kome adalah antara yg awal lah sampai ke tempat berkumpul sebelum nak berkonvoi pulok ke gunung senyum.

Gunung Senyum..
Ya,begitulah nama timangan nye yg manje dan manis di dengor,cukup popular dulu dan sekarang,walaupun di gugat dengan Genting highlan,KLCC,Sunway lagoon dll..nama nye tetap gah bergayut dibibir-bibir mereka yg pernah berkunjung ke sini..Inilah kali kedua koi menjejakkan kaki ke tempat yg bersejarah ini,Gunung Senyum pernah menjadi hide out(tempat persembunyian) pahlawan-pahlawan dan pendekar Pahang semasa zaman penjajahan inggeris dan jepun.

kelihatan isteri dan anak sedang bermain api,serta 9w2rby membakar daun kering di salah satu tapak perkhemahan.


Setiap kali koi sampai kesini hati koi terpanggil utk menjelajah gua-gua yg menakjubkan dan penuh misteri yg setia menanti sejak ribuan tahun dulu.Begitulah hebatnye Gunung senyum.TAPI kedatangan koi kesini bukanlah utk menjelajah gua-gua,kedatangan kali ini utk membuat persediaan bg menyambut tetamu dari jauh,tetamu yg di undang utk bermalam disini pada 24-25hb ni,persediaan perlulah di buat wehh..koi dan rodong-rodong mmg risau kerana ada dua lagi kumpulan lain yg akan bermalam disitu,nak tak nak terpakse la kome menandakan tapak perkhemahan utk tetamu dari jauh tu..nak mujurnye bile kome sampai di kaki gunung senyum tapak dan dewan utk keguanaan awam masih lagi tak berbooking..haha,kome pun ape lagi tarik tali dan tanda la tempat yg paling cun utk tetamu-tetamu tu bermalam dan beriadah nanti.Alhamdulillah nampaknye setakat ni semuanye berjalan seperti yg dirancang.

Botak:9w2vms,9w2rrb dan 9w2frd..muke-muke yg akan menyambut tetamu jauh..

OKEHH GENG TERENGGANU..KITE JUMPE DI GUNUNG SENYUM!!
73

5 ulasan:

hai berkata...

Aik!Betul ke kat Gunung Senyum tu??Lainnya, dah tak nampak ori gitu!tahun 88 dulu koi penah berkhemah kat situ dan mendaki ke puncaknya..dok kat gua angin tu memang berangin yek..pertama kali koi minum air lopak yang ada berudu kerana kehabisan bekalan air...

Maza berkata...

Tak sabo nak join ni. Tapi rasa terkilan gek sebab tak dapat bersama-sama tolong buat persediaan. Gone pulok, kawan dok jauh sikit dari wokme seme...

Tapi apa apa hal, hari 24 ngan 25 te, nak join jugek tak kira!! Harap harap cuaca baik...

Relevan berkata...

Aok nak manjat gunung ke wehh?..

Tanpa Nama berkata...

he he he kacak bergaya betul lelaki tiga orang yg bercermin mata tu ye? takde awek terpikat ke? mesti ada kan? hehehe..

koi taknok manjat. keknye koi nak menjelajah gua dalam tu. byk benda yg menarik dan kita boleh melihat kebesaran kuasa ALLAH S.W.T.

mazru berkata...

kak hai...tu tahun 88,da sebelas tahun berlalu weh..akok patut dtg pulok lg sekali..banyok perubahan dah weh

maza..sbgai marshal aok di wajibkan dtg..

relevan..jelajoh gua je,x daye weh nak daki gunung te

fellow ham..sape la budok x senonoh 3 org tu yek..hahahha

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini