Berikut adalah artikel yg perlu diambil perhatian
sekiranya anda belum membacanya. Sila baca artikel berikut mengenai
orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke
udara di dalam televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap dan
didakwa, tetapi apa gunanya? Beliau telah merosakkan ramai orang awam
yang tidak berdosa. Jadi sila berhati-hati.
Beberapa tempat berbahaya dan
kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih:
- Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai
sila pakai selipar atau kasut. Ada penagih dadah yang melakukan aktiviti
di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik
ini kemudiannya terdedah akibat ombak.
- Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan
pilihan penagih. Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yang
tidak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun
daripada papan lunsur dan kemudiannya didapati HIV positif.
- Di panggung
wayang. Sila pastikan kerusi yang anda duduki. Kes yang terjadi apabila
seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda
mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi
"Welcome to the real world, you are now HIV positive". Doktor telah
memeriksa jarum tersebut mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya
berlaku di Hawai. Jadi berhati-hati.
- Di Georgia dan Florida, ada kes menunjukkan pesakit
HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling pada
mesin air minuman. Jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi,
perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling. Mungkin
terdapat jarum penyuntik di dalamnya.
- Di restoran Burger King. Pesakit HIV yang juga
pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger dan mencampurkan
dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan
burger dengan mayonis dan sos. Order di tempat lain.
Dr. Muhd Hishamuddin bin Abdul Halim
Professor & Head Dept. of
Chemical Pathology,
School of Medical Sciences,
USM, Kubang Kerian, Kelantan,
MALAYSIA.
p/s - Ini adalah maklumat yang dihantar oleh
pembaca kepada kami. Kami tidak bertanggungjawab di atas kesahihan
maklumat ini. Terpulang kepada pembaca untuk menilainya.
ish betui ke ni weh??...just be careful guys!<------tibekan omputih la pulok!