LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

Memaparkan catatan dengan label aids. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aids. Papar semua catatan

30 Jun 2010

Jarum suntikan di tepi pantai,ada kuman HIV ke??

Salam..entry ni sambungan dari entry sebelumnye,kalo belum baca elok la korang baca dulu kat sini atau sini...kalo tak baca ade yg konfius.
Mulenye koi pun ingat kisah tu sekadar urban legend je la dari USA...tapi bile tengok gambo ni sedikit sebanyok merubah pendapat koi ttg urban legend tu...

Gambo ni adik koi yg email kat koi..lupe lak koi nak tanye dia jumpe kat mane jarum ni,bahaye nih! kalo aokme duk jenjalan x pakai selipor mmg sah tercucuk la kalo terpijak kan?ish...kalo nak berjalan sambil menyepak pasir dan buih-buih tepi pantai tu aokme jgn ngade la berjalan tak pakai selipor..beringat ek!

Jarum suntikan ape tu?takkan la ade doktor yg sengaje buang kat situ?melainkan doktor yg tak berijazah te la.....
pasni kalo ke tepi pantai pastikan ler anak2 dan family tu pakai sandal ke ape...

**Thanks kat adik koi si maza,yg emailkan gambo picagari kat koi utk tatapan kite semua! =)

27 Jun 2010

AWAS!!jangan sampai aokme yg TERkena!!

 
Berikut adalah artikel yg perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya. Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap dan didakwa, tetapi apa gunanya? Beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tidak berdosa. Jadi sila berhati-hati.

Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih: 
  • Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut. Ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak. 
  • Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih. Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yang tidak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur dan kemudiannya didapati HIV positif.
  • Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yang anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive". Doktor telah memeriksa jarum tersebut mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai. Jadi berhati-hati.
  • Di Georgia dan Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling pada mesin air minuman. Jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling. Mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.
  • Di restoran Burger King. Pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger dan mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis dan sos. Order di tempat lain.
Dr. Muhd Hishamuddin bin Abdul Halim
Professor & Head Dept. of
Chemical Pathology,
School of Medical Sciences,
USM, Kubang Kerian, Kelantan,
MALAYSIA.

p/s - Ini adalah maklumat yang dihantar oleh pembaca kepada kami. Kami tidak bertanggungjawab di atas kesahihan maklumat ini. Terpulang kepada pembaca untuk menilainya.
 
ish betui ke ni weh??...just be careful guys!<------tibekan omputih la pulok!
**sumber dari Blog kongsa-kongsi : thanks apan :)

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini