LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

Memaparkan catatan dengan label halal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label halal. Papar semua catatan

20 September 2010

DALAM LAICI PUN ADE LEMAK ehem-ehem! KE??


Klik utk besorkan


   Aokme mesti perasan amat la dgn jenama laici ni dak,silap gaye mmg dah pernoh makan pun..ekeke...kebanyakan restoran pun menggunakan laici dri jenama ini jugek,tak caye ce aokme survey.Ander jugek brand 'AAA' te..warna dan bentuk nye serupe.


JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.---wallahualam...

" Narcissus"is an established and well known brand associated with high quality  Chin*a canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus  spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc.
The range of  "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of  the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings


di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada  semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam  yg lain.

(begitulah lebih kurang bunyinye.,,
Info ni koi dapat dari Facebook..ni haa LINK nye..dan ini pulok link e-halal(jakim),aokme bole jenguk2 di situ.


Koi jugek ade buat kerja penyiasatan sendiri mengenai hal ni..ini resultnye!


memang ander jenama Narcissus ni dalam senarai Direktori halal Malaysia...TAPI...


Dari pemantauan koi....dan dari direktori senarai produk bawoh nama 'Narcissus' memang takde lychee in syrup,longan,asparagus ke dll dalam senarai mereka.

Walaupun begitu,cari punye cari koi dapat pulok info ni:

Jawapan dari PPIM(persatuan pengguna Islam Malaysia:
Assalamualaikum wbt...

Terima kasih  kerana  berinteraksi  dengan PPIM dan keprihatinan anda. Berikut adalah  jawapan yang  diperolehi daripada pihak Jakim berkenaan produk Narcissus.  Barangan  Narcissus yang dipasarkan di Malaysia telah diimport oleh  sebuah  syarikat di seri kembangan. Pengedar ini menjelaskan bahawa  produk di  atas jenama Narcissus untuk laici, longan dan mushroom dalam  tin telah  mendapat pengesahan halal dari badan islam di Fujian iaitu  Fujian  Islamic Association yang beralamat di the Mosque Quanzhou City  Fujian  Province. Sehingga kini badan islam ini belum tersenarai sebagai  badan  islam yang diiktiraf oleh JAKIM. pihak pengedar telah menjelaskan   bahawa kilang yang mengeluarkan produk makanan dalam tin untuk mushroom,   longan dan laici adalah berasingan dari kilang yang mengeluar dan   memproses produk berasaskan daging babi. JAKIM tidak dapat mengesahkan   status produk ini kerana pemeriksaan JAKIM tidak dibuat keatas kilang   luar negara dan badan yang mengesahkan tidak diiktiraf oleh JAKIM. Untuk   makluman umat islam dan pengguna di Malaysia, sesuatu produk yang  tiada  pengesahan halal bukanlah bermakna produk itu pasti haram dan  tidak  halal kerana tiada pengesahan dibuat oleh JAKIM dan badan islam  yang  diiktiraf. Jadi sebagai pengguna, pilihlah produk yang telah  mendapat  pengesahan halal JAKIM dan badan islam luar yang diiktiraf  JAKIM.  sekian, terima kasih.


Begitu pulok kisoh nye...hehehhe,apepun aok boleh kontek PPIM kalo rase tak puas hati..

Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Tel : 03-42566618   03-42566618 / 42577222
Faks : 03-42566617
Hotline PPIM : 019-359 1000 / 019-359 1000      

atau boleh terus ke page SOAL JAWAB AGAMA BERSAMA JAKIM.
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf?OpenDatabase


*Sumber dari blog stokis hpa titi serong ,JAKIM,e-halal,Facebook
**Terpulanglah kepada aokme dalam menilai perkara di atas.. yang penting berhati-hatilah dalam memilih makanan te yak!hehehe :)

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini