LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

31 Julai 2012

Bukan gambar Mat Kilau dan Tok Gajah

Assalamualaikum :)


Sejarah tetap tinggal sejarah....
Hatta seminit yang baru berlalu tadi,sudah lebur menjadi sejarah.Dan sejarah seminit yang baru berlalu itu tadi tidak akan mungkin dapat kita ulanginya lagi ataupun dalam ertikata lain tidak akan dpat kita mengundurkan masa,ia meninggalkan memori untuk diteladani,dipelajari dan dicontohi di masa akan datang.

Begitu juge sejarah negeri Pahang yang mengajarkan erti susah payah perjuangan,erti derita bila dijajah,akibat apabila berpecah belah dan berbagai kisah didalam sejarah Pahang yang telah terlakar sejak ratusan tahun malah ade yang membuat kajian sehingga ribuan tahun yang lampau.Peperangan demi peperangan yang melanda negeri ini,dari peperangan kuasa tampuk pemerintahan hinggalah kepada peperangan merebut kembali hak sejati.Sejarah takkan berulang,tetapi sejarah boleh di perbaiki.

Mungkin sudoh ramai yang tahu tentang gambo ini,dan mungkin juge  ade yang tak ketahuan tentang sahihnye..jenis main iyer kan je.

Lihat gambar di bawah.Pasti ramai yang pernah tengok gambo itu,dan pasti akan ade yang mengatakan didalam gambo itu ade gambo Mat Kilau,Tok Gajah dan Org kaya semantan bukan?tetapi sebenornye,gambo ini telah di ambil ketika mesuarat DURBAR atau forum persidangan di antara pesuruhjaya tinggi dengan Sultan-Sultan,ahli mesuarat negeri dan beberapa pembesar melayu di Kuala Kangsar,pada tahun 1897.Dari beberapa sumber yang koi temui,dan dari lipatan sejarah juge mengatakan bahawa memang tiada pun kelibat Mat Kilau,Tok Gajah atau pun Orang kaya Semantan di dalam gambo tu..


Barisan yang duduk di tengah adelah penasihat inggeris dan Sultan-sultan yang hadir ketika itu.Manakala yang barisan bersila itu bukanlah mereka-mereka yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak.Kalau aokme orang Pahang sejati,sila buat rujukan mengenai tarikh perjuangan pahlawan2 Pahang dan bandingkan dengan tarikh gambo ini,jadi mustahil pulok diaorang turut bergambo sekali dengan penjajah,macam dah settle masalah je....Adelah menjadi kemestian dan taktik bagi penjajah untuk mengaburkan mata orang ramai pada era itu yang mereka tidak bersalah,jadi MUNGKIN mereka membuat propaganda melalui gambo ini yang kononnnye tiade pertelingkahan yang berlaku.Diaorang takut jugek kalau2 semua orang melayu bersatu menentang mereka sekaligus.

Cukuplah nama pahlawan Pahang itu kite ketahui dan jalan cerite perjuangannye kite hayati,mengenai rupe tokoh-tokoh terbilang seperti mereka ini biarlah menjadi misteri.Manusia suka membuat andaian melalui gambar yg mereka lihat,kadang ladang andaian mereka juge jauh tersasar...namun manusia dapat belajar melalui penghayatan kehidupan dan perjuangan mereka dan mendapat iktibar dengan izin Yang Maha Kuasa...

Moh sama-sama kite hadiahkan pahala Al fatehah buat semua pejuang Pahang  walau dimana sekalipun mereka berada...

Al Fatehah..........


untuk rujukan kepada gambar boleh la aokme ke link di bawah ini.

http://puisikabur.blogspot.com/2010/03/sejarah-foto-durbar-pertama-kuala.html

Wallahu 'alam


*salam ramadhan dari koi sekeluarge :)

5 ulasan:

Nizam Awang Brahim berkata...

Alfatihah buat mereka...

mazru berkata...

al-fatihah

saharul berkata...

Hebat2 belake org lame nih yak...

mazru berkata...

saharul..

hebat yg amat weh,tp dalam gambo di ats tu tiada kelibat pahlawan Mat Kilau,Tok gajah dan Bahaman,Mat Lela,Maharaja Perba Jelai tu...sbb gambo ni di ambil ketika era penentangan tu,jadi tak mungkin geng2 tu ade sekali bergambo,kemudia kala ikutkan kpd ifo sblmnye juge yg ngatekan gambo ini di ambil pada tahun 1878 adelah salah sama sekali....ia diaambil pada tahun 1897 iaitu mesyuarat DURBAR pertama di Kuala Kangsar...

hebatnye pahlawan2 tu bile pihak penjajah sampai mati tak dpt tangkap diaorg,dan hebatnye deme ni lg ialah mereka tak pernah berundur kaloh,ttp mereka berundur krn tak nak tumpoh darh sesama melayu...walaupun di label penderhaka oleh pihak istana...namun adat pahlawan,semua tu ujian belake...wallahualam...tetima kasih tinggalkan komen aok weh...

Ampuan Awang berkata...

Assalamu'alaikum,

KEBENARAN harus ditegakkan, dan ARKIB NEGARA harus mencatat kembali fakta yang sebenar sebelum badan berkenaan DIRAGUI kesahih-benaran faktanya

Wallahu Ta'ala 'Alam

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini