LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

17 April 2012

DERITA Adik Ainur........

Assalamualaikum...

Di kesempatan yg ada ini,koi terpanggil utk turut membantu adik ainur dan terutamanya ibu dan bapa mereka,tentu sukor nak mencari duit menampung pembiayaan ubatan bagi anak mereka te.Berat mata memandang,ternyatalah berat lagi bahu yg memikul..tapi jika berat itu pula kite sama-sama pikul dan andai ringan,sama kite jinjing..yg tinggal hanyalah sedikit usaha setakat termampu.Yang penting kesedaran bahawa semua ini juge adalah tuntutan dr Allah SWT...dan Nabi Muhammad SAW sentiase menyeru umatnya saling tolong menolong antara satu sama lain kerana kite bersaudara.

Alhamdulillah..derita adik Ainur telah mendpat perhatian TV9,baru-baru ini mereka turun ke Temerloh di taman Bahagia untuk menziarah adik Ainur bersama AJK gabungan pelajar melayu semananjung Malaysia(GPMS)..satu segmen khas utk adik Ainur telah pihak TV9 tayangkan bebaru ni...tapi ia tak terhenti setakat tu je...mereka dah jalankan tanggungjawab mereka...alhamdulillah...tinggal kite je la lagi..lagipun diaorg ni anok tempatan,elok kite bantu..paling tidak pun kite doakan muge adik ainur kembali sembuh seperti sediakala..umurnye baru shj 14 tahun..masih jauh lg perjalanan hidup yg perlu dia tempuhi..Hanya dgn izin Nya tiadalah yg mustahil dan ada batasan.

**untuk tengok video adik Ainur sile ke link ini.
https://www.facebook.com/photo.php?v=334859846577090



Berikut adalah dari TV9 news Pahang:

SEORANG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMERLOH JAYA, TEMERLOH PAHANG TIDAK MENYANGKA ZAMAN REMAJA MILIKNYA TERPAKSA DIHABISKAN DI ATAS KATIL SELEPAS DISAHKAN MENGHIDAP KANSER REKTUM KIRA-KIRA SETAHUN LALU.

AINUR RASYIEDA MOHD ROSTAM 14, DISAHKAN MENGHIDAP KANSER TAHAP 4 JANUARI TAHUN LALU KETIKA DIA MASIH BERGEMBIRA BERSAMA RAKAN-RAKAN MEMASUKI ALAM SEKOLAH MENENGAH.

IBUNYA JULIA ABDULLAH 36, BERKATA, DIA MULA MENGESYAKI SESUATU YANG BURUK SELEPAS AINUR KERAP MUNTAH DAN KEMUNCAKNYA APABILA ANAK SULUNGNYA ITU TIDAK DAPAT MEMBUANG AIR BESAR SELAMA TIGA MINGGU.

SELEPAS DISAHKAN DOKTOR DIA DAN SUAMI MOHD ROSTAM MOHD HUSAIN 38, MEMBAWA AINUR MENDAPATKAN RAWATAN KIMOTERAPI SELAMA 25 HARI DI HUKM, SETIAP HARI BEKERJA.

SELEPAS RAWATAN IA MULA MENAMPAKKAN PERUBAHAN APABILA SEL-SEL KANSER YANG MENYERANG AINUR MULA KECUT DAN AINUR KEMBALI CERIA SEPERTI SEBELUMNYA.

KEGEMBIRAAN DIA SEKELUARGA SEKALI LAGI TERENCAT APABILA AINUR MULA MENGADU KEMBALI SAKIT KIRA-KIRA BULAN OKTOBER TAHUN LALU.

MENURUTNYA, KEMUNCAKNYA PADA 25 DISEMBER LALU, AINUR TERUS TIDAK DAPAT BERGERAK DAN TERLANTAR DI ATAS KATIL SERTA PERLU DIBANTU SERBA SERBI.

BELIAU TERPAKSA BERHENTI KERJA DI SEBUAH SYARIKAT SWASTA SEMATA-MATA UNTUK MENJAGA AINUR. KINI MEREKA SEKELUARGA HANYA BERGANTUNG PADA PENDAPATAN SUAMI YANG BERTUGAS SEBAGAI PEMANDU AMBULANS DI HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH.

SEKURANG-KURANGNYA RM1,000 DIPERLUKAN UNTUK AINUR SETIAP BULAN

JULIA DITEMUI DI RUMAHNYA SEWAKTU KUNJUNGAN AHLI JAWATANKUASA GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) PAHANG DIKETUAI OLEH RAFAIE HAMDAN DI TAMAN BAHAGIA COURT TEMERLOH PAHANG.

KEPADA MEREKA YANG BERSIMPATI dan ingin membantu BOLEH MENGHUBUNGI KAMI DI TALIAN .
019-2754575 ATAU

MEMASUKKAN TERUS BANTUAN KE AKAUN MAYBANK 106053053449 ATAS NAMA NORLIDA @ JULIA ABDULLAH, (IBU AINUR).





 

Tiada ulasan:

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini