LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

13 Mac 2012

Aku rindu dia



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihi.



Aku Rindu untuk menatap wajah tua yang menenangkan setiap mata yang memandang.Rindu untuk mendengar sejarah dan perjalanan hidupnya yang panjang dan berliku.Menggamit zaman jepun dan ubi kayu,askar komunis dan nasib anak melayu.Ye aku rindukan semua itu.



Aku rindu untuk bersamanya lagi dan bertanyakan tentang hari-harinya sambil menghirup air teh panas disediakannya.Rindu untuk makan nasi berserta sambal tong asam yang dimasak olehnya kerana dia pasti tersenyum melihat berseleranya aku hinggakan mengalir airmataku menahan pedas dan bisanya.
Ye aku rindu kan saat itu.Allah sahaja yang tahu.

InsyaAllah bersama Rindu ini aku bungkuskan setitip doa.Ia kiriman dariku hanya untukmu di sana dan isinya biarkan sahaja menjadi rahsia antara aku dengan Nya.Bukan diriku tak pedulikan kehilangan,bukan aku sekejam itu melupakan segala kenangan,tetapi aku tak perlu meluahkan segalanya kepada dunia yang aku selalu meratap merinduinya tiapkali memandang kerusi di mana dia selalu bersandar disisi orang yang paling disayanginya.

Uwan mengajar aku erti kesabaran dan kesetiaan.Hebatnya uwan menongkah dugaan didunia laksana srikandi yang tak pernah patah semangat juangnya.Kau pejuang yang tak kenal erti kalah,alah bisa tegal biasa.Bagaikan seorang mujahidah dijalanNya.

Kesetiaanmu menyentuh hatiku,pengorbananmu tiada kenal erti jemu.Subhanallah hebatnya kau menjaga cintamu.Aku rindu akan ketabahanmu.

Yang aku mampu cuma....memanjatkan doa untukmu semampu dan seadanya,begitu yang uwan ajari dan aku tahu uwan pasti senangi.Uwan tersenyum ketika melihat anak cucu tiada lalai daripada perintah-Nya.Begitulah yang selalu berbunga dihati semua bila terkenangkan uwan.

Aku yakin Allah Maha Mengetahui dan Maha Pengasih akan hamba Nya yang sabar dan sentiasa mengingat Nya.InsyaAllah Aku yakin,tempatmu disisiNya aman dan bahagia.

Amin.



**Al fatehah buat Mek binti Nong Singah...we all miss you.Deep in our heart we do.


**Thanks Sala :)

3 ulasan:

Unknown berkata...

al-Fatihah buat Mek bt Nong juga.

Moga rohnya ditempatkan bersama mereka yg soleh dan solehah hendaknya....

saharul berkata...

Yg hidup pasti akan menemui mati...

mazru berkata...

Amin....terimakaseh

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini