LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

30 September 2010

Pelik ni..

Salam..

Adeh..kenapa la sekarang ni payoh sangat koi nak update blog,nak cakap sibuk takde la sibuk mane pun,tapi nak bagi maintain tu yg payoh,hehe..maaf la buat rodong blogger sekalian kalo koi tak dapat berkunjung balas ke blog aokmer. :(

Tadi koi sengaja  menjenguk ke wordpress,jumpe la satu cerite ni..mungkin ade yg di antara aokme yg dah tau kisoh ni...

Terjadi di Kuantan..

Macammane kanopi size 20x20 ni boleh lepas ke atas bumbung masjid?


KUANTAN, 15 April [10.20 am] – Penduduk Taman Pasdec Makmur, Indera Mahkota dekat sini panik dan gempar apabila melihat tiga buah kanopi berada di atas bumbung masjid taman berkenaanKejadian berlaku ketika beberapa orang jemaah sedang menunaikan solat Zohor di masjid berkenaan (Masjid Al-Makmur). Sungguh mengejutkan, apabila tiga buah kanopi yang bersaiz 20′ x 20′ tiba-tiba melambung naik ke atas bumbung masjid berkenaan. Sebelum ini kita pernah mendengar satu cerita kubah masjid melayang diudara, seperti yang berlaku di Indonesia. Namun, kini kejadian aneh berkenaan berlaku pula di kawasan ini. Beberapa orang saksi yang ditemui juga terkejut dan tergaman dengan kejadian itu. Menurut seorang saksi yang tidak mahu namanya dikenali berkata “Saya sendiri amat pelik dengan kejadian ini, dan menganggap ia adalah satu amaran dari Allah SWT sebenarnya. Apatah lagi kanopi yang berat itu boleh melambung naik ke atas bumbung masjid dan kakinya mengadap ke langit. Kanopi yang biasanya hanya boleh diangkat dan dipindahkan oleh 5 hingga 10 orang itu tiba-tiba naik ke atas bumbung. Bukan satu kanopi, tetapi tiga kanopi sekali yang terangkat naik ke bumbung !!” katanya. Biarpun ada pihak yang mengatakan, kanopi tersebut terangkat akibat putaran angin puting beliung. Namun, masalahnya ketika kejadian cuaca amatlah baik sekali dan tiada tanda-tanda hujan, ribut, berangin atau sebagainya. Malah, kedudukan masjid berkenaan juga agak terlindung kerana terdapat bangunan lain di sekitarnya seperti bangunan KAFA, KRT dan sebagainya.

“Jika angin puting beliung berlaku, sudah pasti kanopi-kanopi gerai berhampiran juga akan terangkat sama. Ini tidak, kain kanvas kanopi itu pula tidak terkoyak dan berada dalam keadaan baik. Bukankah ini sesuatu yang mustahil. Malah, kanopis itu naik serentak pula ke atas bumbung dan keadaannya juga teratur tidak ada yang patah, bengkok atau sebagainya. Saya menolak kemungkinan tersebut berdasarkan keadaan tapak yang tidak ada kesan ribut dan puting beliau. Saya syak sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan masjid berkenaan dan harus diperbetulkan” kata seorang saksi. Sementara itu, seorang jemaah masjid berkenaan pula berkata kemungkinan kejadian misteri dan aneh itu berlaku akibat kesilapan dan kealpaan pihak AJK masjid terhadap beberapa perkara yang menjadi persoalan dikalangan penduduk setempat. “Imam pernah mengumumkan memohon sumbangan untuk membina bumbung baru bagi kemudahan jemaah bersolat jumaat setahun yang lalu. Kos yang diperlukan anggarannya sekitar RM50,000. Maka ramailah jemaah yang menghulurkan sumbangan bagi tujuan tersebut dan difahamkan wang tabung masjid kini telah melebihi RM60,000 sebenarnya. Namun, sehingga ke hari ini pembinaan bumbung baru itu ditangguhkan dan hanya kanopi sahaja yang diletakkan untuk menampung jemaah yang berlebihan itu. Keraguan timbul dikalangan pemberi sumbangan, malah ada yang kecewa dengan apa yang berlaku. Maka itulah syak wasangka itu timbul”katanya.


Ramai juga penduduk yang tidak mengetahui kejadian itu sebenarnya. Tambahan ia berlaku ketika waktu tengahari ketika masing-masing sibuk dengan urusan seharian. Tinjauan kami juga mendapati kejadian ini amat mengejutkan sebenarnya. Apatah lagi kanopi tersebut berat dan tidak mungkin boleh terangkat tanpa ada bantuan dari sesiapa. Malah, jika dibawa 30 orang pemuda yang gagah-gagah sekali pun, mungkin tidak dapat untuk menaikkan ketiga-tiga kanopi terbabit dalam keadaan baik seperti apa yang berlaku. Apakah ini satu musibah dari Allah SWT yang mahu supaya AJK masjid berkenaan lebih berhati-hati dalam menguruskan aktiviti keagamaan di situ. 



Untuk gambar lain sila klik link bawah ni dan terus ke blog Ustaz Abdul Halim Abdullah


20 ulasan:

Aku Anak Pahang berkata...

Itu kebesaran Allah jua tidak akan terjadi sesuatu itu tanpa hikmah tersendiri semoga kita kita mengambil itibarnya jua.

saharul berkata...

kene fikir panjang oleh ajk masjid tu...kot ade yg tak kene...

terokai seni berkata...

heran bin ajaib, menda le hikmohnya ter

endiem berkata...

memang betul... sejak kebelakangan ini banyak kejadian puting beliung terjadi di negeri Pahang.

Hairun Azmi berkata...

Pelik yak....

zulkbo berkata...

SALAM..
peringatan la tu
buat kita semua..
subhanallah...

Hashim Zabidi berkata...

Adalah tu...

Masjid lama Raub pernah dimasuki gajah . Bertempiaran jemaah isya' lari...

mazru berkata...

@akuanakpahang
ye,setiap kejadian ade himahnye..

mazru berkata...

@Cikgu Jang ..

mesti deme tgh memikir te cikgu,ngape pulok boleh jadi gitu..

mazru berkata...

@cemomoi

tu la,msti ade sesuatu ye dok..wallahualam

mazru berkata...

@endiem
cuaca pun tak menentu skrg kan endiem..tak mcm dulu,kalo nak panas dia panas manjang,skrg ni ujan panas cam da tak bermusim..

mazru berkata...

@Miecyber
pelik..gone boleh kanopi seberat itu boleh terlambung ke ats bumbung te..

mazru berkata...

@zulkbo
ye la weh...kena beringat tu

mazru berkata...

@Hashim Zabidi
ye ke pak ngoh? tahun bile berlaku nye te..msti gempor lalu masa kejadian te berlaku yek..

Relevan berkata...

Ada yang lagi pelik..bila bulan puasa masjid hampir penuh..setelah itu nasjid jadi seperti biasa saja..ada la setengah saf itu pun jemaah yang hogei2 saja..

mr.kordes berkata...

sbb koi pelik,koi trs mkn lutut koi sdr tanpa sbb!

Unknown berkata...

hmmm...agak mengejutkan gak bila jd mcm neh..

mazru berkata...

@relevan

betui sangat te...pelik yak..

mazru berkata...

@pakcik kordi
hahaha..patut la aok terasa hati dgn lutut aok

mazru berkata...

@yastro

ya betul,pasti ade hikmahnye.. :)

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini