LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

12 Julai 2009

Pahang ECO heritage ride 2009..

Hahaha..ramai yg termakan kata koi,ade yg percaya dan ade yg tak percaya..sambung mengenai eco heritage ride kat kuantan baru-baru ni..kali ni koi akan up kan gambo2 nye sekali semuge korang akan lebih terhibur ketika melayannye..




Sabtu,sekitar jam 4 petang, koi berkonvoi ke Gambang bersama rakan-rakan menuju ke Bukit Gambang resort,cuaca petang tu agak panas dan ini melancarkan perjalanan kami,sampai ke gambang resort city di lewat petang(lupe pukul berapa)..rupenye tempat ni masih dalam pembinaan..sedikit sebanyak mencacatkan pandangan mata dengan mesin turap jalan dan pekerja bangla dan indon yg ramai di situ.


Ahad sekitar 9 pagi...siap mandi dan gosok gigi koi mule turun ke lobi utk mengisi perut dgn aneka jenis makanan dan minuman(arak xde la)..errrrrrrrrrrkkk!alhamdulillah..tiade masa utk melabur lagi kerana acara dah nak bermule,dari beberapa org peserta yg akan mengayuh hari tu betukar menjadi beratus-ratus,ramainye pengayuh! harap takde yg menbawa penyakit selsema h1n1..hehe


dari kiri:9w2frd(firdaus)9w2kbm(kerol)dan swal didi..ini lah tiga orang rakan radio amatur yg turut serta berkayuh hari tu,rakan radio amatur yg lain seperti koi,9w2vms,9w2alu,9w2bkh,9w2sxm,9w2nna terpaksa bertugas bahagian teknikal..manakala 9w2aza bertugas mengambil gambar peserta.



Acara bermula...deretan pengayuh menyesakkan jalan raya pada pagi itu,nasib baik ade pihak berkuasa yg mengawal lalu lintas kalo takde mau kelam kabut di buat nye!acara bemula dari Resort kemudia memasuki jalanraya kuantan temerloh di kawasan gambang(jalan lama tu).Peserta akan melalui laluan off road sejauh 36Km di Sg Semuji dan keluar di Sg lembing..korang ingat semua boleh kayuh sampai abis ke?jalan adventure tu satu hal..bukit bukau tahap gunung kinabalu tu pun ade dalam hutan tu..mau tak termengah-mengah tahap cipan!



Korang tengok..dah mule menolak basikal kerana dah tak larat nak berkayuh lagi beb!ini antara bukit yg pertama,salam pengenalan dari hutan gambang ni..jalan di depan lagi tu?Jgan cakap lah.Bukit bukau yg tinggi,dahlah hujan pulak malam nak kayuh tu,dah tentu jalan nye licin..kepada 1st timer yg berjaya menghabiskan kayuhan koi mmg tabik kat korang!



Haaa..ni lah antara kerja yg perlu koi buat,mengangkut peserta yg pancit,basikal rosak dan cramp(broom wagon)ramai peserta yg duk ngeluh..dia tanya koi apsal banyak sgt bukit?..ape koi nak jawab?adusss bang kalo takde bukit pergi kayuh kat padang bola lah..ada pulak mamat yg suke menopang kat kereta kami,pantang aje jumpe bukit mesti nak tarik free punye..


Ni salah satu sungai yg perlu di redah oleh semua peserta, ada banyak sungai dan anak sungai dlam hutan simpan tu..mmg sesuai utk aktiviti riadah..ade satu group tu nak naik kereta koi kerana bimbang kasut basah!hehehe..macam-macam gelagat peserta.



Down hill..awek depan tu terpasa menolak basikalnye semasa menurun bukit..mungkin breknya dah rosak kot.Ramai yg komplen termasuklah dato shafik sendiri bila broom wagon kami tak membawa air mineral sebagai spare utk peserta yg keletihan,koi setuju jugak tu tp kami ni cuma mendengar arahan aje..ape boleh buat..mungkin jika berpeluang utk mengikuti acara seperti ini lagi satu hari nanti, keluhan rider-rider ini akan kami bawakan ke pihak atasan supaya perkara begini tidak berulang lagi di masa akan datang.



Pekan Sg Lembing..nampak klasik dan menjadi destinasi terakhir peserta-peserta sebelum mereka pulang kerumah masing-masing setelah berhempas pulas sepanjang hari..lagipun inilah kali pertama koi jejakkan kaki kesini,nampak macam best je ade muzium dan permandangan nye pun indah..


Acara cabutan bertuah..ramai yg dapat hadiah hari tu,walaupun diaorg bukannye berlumba,kerana acara ini lebih kepada joy ride aje..tapi bagi sesetengah peserta dah jadi hell ride,hehehe..susah ooo nak pulak bg 1st timer.Bagi yg berjaya tamat,tahniah dan korang mmg lasak giler!dan bagi yg tak sempat nak habis tu cube lagi next time ok!


9w2aza(maza)berdiri bertugas mengambil gambo,swal didi dan Frd(duduk)..tak menang cabutan bertuah.Tapi mamat dua org ni jugak 1st timer terlibat acara cam gini..boleh berada di kelompok hadapan dan menamatkan kayuhan adalah pencapaian korang yg patut dibanggakan.Turut serta menamatkan kayuhan ialah 9w2kbm..


Ni pulak pemenang cabutan bertuah hari tu,dgn tag nombor 007 dia memenangi sebuah basikal..kira bertuah ar mamat ni,manakala berbaju merah tu dato shafik,dia juge turut serta berkayuh pada hari tu,dan yg koi respek bile dia menghabiskan kayuhan sejauh 36km..tahniah dato!ni baru lah pemimpin berjiwa rakyat..


Tahniah kepada mereka yg menghabiskan kayuhan ke sg lembing..laluan mmg mencabar!Dalam sibuk-sibuk dgn tugas sempat juge bertemu dengan tuan punye blogspot"ahan in the afternoon" yg kebetulan menaiki kereta(broomwagon) bersama-sama kami..koi agak terkilan kerana tak sempat nak ambik gambo dia dan post kat korang semua,mungkin kerana masa agak terhad bg koi nak ambil gambo..silalah ke blog tersebut utk tengok gambar-gambar yg beliau sempat rakamkan dan cerita-cerita dari beliau sendiri, gambo koi pun ade dalam tu,thanks.. Oklah,sampai ketemu dilain masa..enjoy dan have fun dgn life korang ok!

73

lagi gambar di crayon photo images!

6 ulasan:

Maza berkata...

Laaa.. nape buncit ngat perut kawan te? Kena ngayuh beriya lagi gayanya ni....

Takpun, angle kamera te dengan posisi kawan te yang membuatkan kawan nampok buncit... sebenonya tok gitu... (tak ngaku lagi tuuu...)

mazru berkata...

hahaha..mana ade buncit nye,mainan perasaan je tu

Fadh Rahman berkata...

tue bukan buncit...boroi jer he he he

Mat Cendana berkata...

Salam kepada Koi, tuanpunya blog,

Saya telah dapat link ni dari blog Versed Anggerik (Ahan). Saya berada di Pasir Mas tapi amat menyukai beberapa kawasan di Pahang. Ini termasuk Cherating and juga Gambang. Saya agak terkejut bila dapat tahu bahawa terdapat Resort di situ!

Selepas ini saya akan lihat gambar-gambar lain di link CrayonPhoto - Kalaulah gambar-gambar kawasan Gambang, memang saya tak puas tengok... beratus pun tak apa! Saya harap bukit di situ akan terus kekal keindahannya. Terima kasih kerana saudara telah mengambil gambar serta menulis post tentang Eco Heritage Ride ini.

9W2OCC SHAM aka Misai Tanglooong berkata...

best giler trek tu...rugi teman tak ikut...tahun depan insyAllah teman datang...

mazru berkata...

mat cendana...mungkin satu hari nt anda akan berkunjung ke gambang resort city,kat situ pun ade waterpark..tp masih dlm pembinaan lagi,mungkin tahun depan siap la kot

sham...tu la itu hari aku ajak hang..dengar citer ade nak buat lg kat sg lembing dlm masa dekat ni..apehal nt aku info kat bg syam k

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini