LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

13 Disember 2012

Petikan kata mutiara dan pesan Pahlawan Mat Kilau

Assalamualaikumm.....

Bebaru ni koi ade terbaca satu buku tentang Pahlawan Mat Kilau..dalam buku tu ade menulis mutiara kata/pesan dari Mat Kilau kepada anok cucunye..di antara pesanan dan mutiara kata Pahlawan Mat Kilau  ialah:


  1. Janganlah kita menyusahkan orang lain,biarlah kita yang susah dan bersyukurlah selalu kepada Allah
  2. Biarlah orang lain menganiaya kita janganlah kita menganiaya orang lain.
  3. Kalau nak beramal,beramal lah dengan ayat al Quran tetapi bukan dengan tujuan tertentu,hendaklah sebaliknye beramal dan berzikir kerana ALLAH semata-mata.
  4. Bila amalan itu telah menjadi darah daging, dengan izin Allah kita akan selamat.Bersyukurlah kepada Allah dan janganlah sesekali kita takbur dan cuba menguji kelebihan yang kita perolehi itu.
  5. Syarat kepada setiap ilmu itu mestilah tidak boleh meninggalkan solat dan jika terpakse hendaklah menqado'kan dengan segera.
  6. Janganlah makan dan minum di kedai orang-orang bukan islam dan jika terpakse gunakan minuman yang bertutup(misalnye air kotak atau air botol)
  7. Jangan sesekali mereka yang beramal memasuki ke tokong,kuil atau gereja(tempat ibadat bukan islam)
  8. Kalau nak...bersahabatl dengan orang ghaib seperti wali Allah,jin islam dan orang bunian.Tetapi kalau hendak bersahabat dengan mereka ini,jangan kita cari tapi biarlah mereka yang mencari kita.
  9. Kalau kite nak bersahabat dengan hantu syaitan senang saje,petang dipuja petang itulah dia datang selalu.Tetapi sebaik-baiknye jauhilah makhluk yang dilaknat Allah itu,selamat hidup kite dunia dan akhirat.

Kata-kata dan pesanan Mat Kilau ini di peroleh oleh wartawan Mingguan Kota Abu Hassan Abdul hasil dari wawancara dengan cucu saudara Mat Kilau iaitu Cik Abu Bakar Hassan seperti yang tersiar di akhbar berkenaan pada 25 oktober 1987 di halaman 26



**Gambar di edit oleh penulis blog.

6 ulasan:

Nizam Awang Brahim berkata...

Al-Fatihah...

saharul berkata...

Org pahang yg terhebat...

mazru berkata...

al fatihah buat semua pejuang2 Pahang yg menentang Inggeris...

mazru berkata...

saharul...

salah seorang Pahlawan pahang yg hebat.. :)

Sharinginfoz berkata...

bersyukur pada Allah sangatlah penting

mazru berkata...

Sharing infoz...betul tu...kalau tak bersyukur termasuklah dlm golongan org2 yg lupe diri..mintok dijauhkan..

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini