LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

12 November 2012

Aki Mat Kilau dalam kenangan


Gambar:Mat Kelantan (bercermin mata) memegang Mat Kilau bagi mengenal pasti pahlawan itu sewaktu pertemuan semula mereka di Pusat Latihan Pertanian, Paya Besar, Kuantan pada 6 Februari 1970....




AKHBAR Utusan Melayu dan Utusan Malaysia merupakan akhbar pertama di negara ini yang menemui Mat Kilau untuk mendapatkan temu bual secara eksklusif dengannya selepas kemunculan semula pahlawan Melayu itu.

Wawancara eksklusif yang disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 29 Disember 1969 itu bertajuk Sah: Pahlawan Mat Kilau maseh hidup hasil laporan Nordin Mohammad dan Haji Alang Ahmad.Dalam wawancara itu, Mat Kilau memberitahu, beliau menukarkan namanya kepada Mat Siam kerana dititahkan oleh Almarhum Sultan Abdullah apabila baginda menitahkannya berpindah dari Kampung Tanjung Medang, Pekan ke Kampung Batu Lima, Jalan Maran-Kuantan sekitar 1927.

Beliau yang membahasakan dirinya sebagai Aki memberitahu, baginda bertitah demikian kerana bimbang orang-orang Inggeris yang masih berkuasa di Pahang ketika itu mengetahui dirinya masih hidup.Dalam pada itu, beliau turut menyingkap semula kisah-kisah hidup dan perjuangannya suatu ketika dahulu.Menurutnya, dalam peperangan Kuala Lipis-Budu, beliau telah membunuh sepasukan tentera upahan Inggeris terdiri daripada orang-orang Sikh di Kuala Tembeling.
"Perang itu sangat dahsyat. Aki terpaksa menghadapi hujan peluru yang ditembak oleh tentera tersebut," katanya sambil memberitahu bahawa beliau menggunakan sundang dan beberapa senjata lain dalam perang tersebut.

Ditanya mengapa meninggalkan Pahang setelah berpecah dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau terdiam seketika sebelum memberitahu beliau sebenarnya telah dihalau oleh pentadbir British, Sir Hugh Clifford.Clifford katanya bertindak biadab dengan menyifatkan dirinya sebagai '**** *****'.

"Sejak itulah Aki merantau dari kampung ke kampung. Akhirnya Aki sampai di Kampung Panar dan Kampung Jambu di Pattani, Siam. Di situ Aki menjadi guru silat," katanya.


sumber dari:

***Sedikit catitan koi :

Clifford banyak kali cuba nak tangkap Mat Kilau,segala usahanye gagal belake..orang putih babi tu juge menggunakan pelbagai helah dan berbagai cubaan untuk membunuh Mat Kilau,ternyata Mat Kilau bukanlah calang orang..berbekalkan ilmu dan penyerahan kpd Allah dia berjaya juge akhirnye,walaupun dengan cara menyembunyikan diri (bukan kerana takut) tetapi untuk kebaikan semua pihak pada masa itu.

Tu baru aki mat kilau seorang je tu..belum lagi Pahlawan-pahlawan yang seangkatan dengannye...wallahu'alam
Jasamu aki akan dikenang hingga ke akhir hayat..Al Fatehah.

Tiada ulasan:

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini