LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

15 Oktober 2012

Perbentangan sejarah di Temerloh

Assalamualaikum...waberr bapok lamanye koi tak updet blog,bukan setakat bersawang lagi malah telah ditumbuhi anak-anak pokok kapalterbang dan juge senduduk.

Alhamdulillah....Untuk julung kalinye dalam sejarah di Temerloh pada13hb Oktober 2012 baru ini telah berlangsungnye perbentangan sejarah Pahang di depan bangunan plaza Temerloh,ia telah dianjurkan oleh peminat-peminat sejarah khususnye sejarah negeri Pahang ini.Namun kali ini program banyok fokus kepada sejarah gua bama yang terletak di Kuala Lipis Pahang,perbincangan berkisar mengenai sejarah gua bama dan sedikit perbincangan mengenai Tok Linggi.Penceramah mengutarakan pendapatnye tentang kaitan gua bama sebagai antara pusat tamadun manusia yang terawal di dunia.Suasana program yang julung kalinye ini agok ceria dengan masing-masing bertukar pendapat dan buah fikiran.

Program bermula jam 11 pagi dan berakhir jam 1 tengahari.Selepas itu peserta dibawa makan tengahari dengan hidangan ikan patin masak tempoyok.

Sebahagian rodong yang datang pada hari itu 


Dr Aminudin sebagai penceramah tentang Sejarah lembah Bama,Kuala Lipis.Beliau datang dari kuantan semata-mata untuk berkongsi ilmu mengenai sejarah di Pahang.


 Peserta dan peminat sejarah yang datang dari serata Pahang,termasuklah juge dari Kuantan,mereka datang untuk memberi sokongan kepada program ini. 


 Teghembe(carta susor galur) ini dibawa oleh Dr Aminudin,ia adelah susor galur yang beliau simpan sebagai bahan penting mengenai sejarah Lembah Bama.


Koleksi buku yang ditulis oleh Dr Aminudin sendiri tentang kajian beliau mengenai sejarah Lembah bama dan sejarah negeri Pahang,turut ade ialah buku-buku sejarah Pahang seperti Hikayat Pahang,salatus salatin dan banyak lagi.




Pendapat koi pulok,
Koi rasakan acara sebegini patut dijadikan program yang berterusan,ia baik untuk mendapatkan maklumat dan menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah negeri kite sendiri.Berapa ramai orang Pahang yang tahu tentang sejarah negeri Pahang dan perjuangannye....berapa ramai anak muda yang bangga jadi orang pahang tapi buta sejarohnye...Malunye kite andai satu hari nanti anak cucu bertanyekan sejarah Pahang tetapi kite terkedu untuk menjawabnye.Tetapi kalau ditanye bab hal mengata orang,maka bukan main lagi homeh(cakap tanpa henti)nye....hehe...

Koi tabik sempering kepada penganjur program iaitu Raja Borhan atau Bob yang sanggup menghabiskan masa dan menyediakan ape yang patut demi minat dan sayang beliau kepada sejarah pahang.Secara ikhlas koi katakan usaha rodong ni patut dicontohi oleh semua,terutamanye wakil rakyat yang sedia ade demi menyedorkan orang melayu terutamanye anak-anak mude supaya menghargai bumi bertuah peninggalan nenek moyang mereka.

Koi juge turut diberitahu bahawa 10hb Nov ini ditempat yang sama,InsyaAllah akan diadakan pula program sejarah mengenai Pak Sako......InsyaAllah,semestinye koi akan menghadirkan diri untuk bersama-sama peminat dan pencinta sejarah negeri Pahang berkumpul sekali lagi di Temerloh.!



2 ulasan:

endiem berkata...

program gini bagus ..

mazru berkata...

endiem..
ye aok..deraih la turun pade 10 nov ni..program pak sako pulok..

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini