LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

8 Mac 2012

Sesekali nak jugek bercerita.

 Assalamualaikum.

Sebelum kau jadi jutawan,kau suka senyum..kata kau senyum tu kan sedekah.
sebelum kau jd jutawan,kau pandai buat emak kau rasa dirinya dihargai dgn melahap masakan emak sampaikan abis licin lauk bwh tudung saji.
Sebelum kau jd jutawan,selalu kau temankan ayah pergi kebun di tanah pusaka hujung tanjung tu,suka aku tengok kau tolong orang tua tu kait buah sawit..aku tau kau kesiankan ayah kau sbb dia dah tua.

tp..bila kau jd jutawan,kau berubah...
kau senyum pun sumbing2 cam tak iklas..mybe terpakse.
Lainlah kalo serempak dgn rodong dpn pegawai,dpn YB..sampai nak bercium pun ada punya lah mesra..
time tu aku tau kau tak iklas.
Sengal.. :P

Semenjak jd jutawan..emak kau selalu tanyekan kau,tiap2 hari dia masakkan lauk fav kau,sampailah selepas insiden kau langsung tak jamah hatta sekelumit pun.kau tau tak org tua tu masakkan ikhlas utk kau.Boleh kau cakap depan emak kau yg lauk tu busuk dan pedas.
Aku tau,no 1 ko nk jg air muke dpan bini yg kau baru beli tu.
Alasan No 2 yg buatkan kau taknak makan petai tu sbb bini kau tak tahan bau petai,melepaslah peluang kau nak romen dgn dia kan?..

mak kau senyum kelat bila kau ckp sambal tempoyak petai tu busuk.

Memang kau jutawan sbb ayah kau cakap tanah pusaka dihujung tanjung tu dia tukarkan dgn nama kau..kau tau tak ayah kau terduduk ngurut dada dan mata terbelalak sebaik dpt tau kau jual tanah tu kat ah chong.Mybe dia tak sangka krn aku tau mmg dia harapkan kau utk jage tanah pusaka tu.  

Patutlah hidup perlu ada susah kan?

Kena kaya cam kau pun seronok,tapi aku takutlah nanti perangai aku mesti jadi cam perangai kau.
Bila kau melobi org,kau macam takde maruah diri.
Aku mual tengok time ko bodek orang tertentu semata-mata utk duit.

Uweks!~

Aku rs selepas ini kau biarkanlah aku sorang-sorang ek?Aku tak nak tengok kau lagi,bukan aku benci tapi gementar.

Aku ada berangan2 nak life yg tak kaya dan tak miskin.
Sedang-sedang aje.
Life camni takdelah pikirkan semuanya duit,duit,duit...
lgpun aku rasa la kan..
duit tak boleh beli maruah diri.
tak boleh jugak nak tebus maruah yg tergadai.
tapi...aku pelik macammane duit boleh beli kau?

oh sebab kau yg gatal menjual....patutlah.

Maruah kau pun kau dah jual krn duit kan?
Kau sanggup jual kasih syg..kau jual rasa hormat.Bukan ke satu masa dulu semua tu milik kau?
Tapi sekarang kemana menghilangnya.

aku tau..bagi kau duit adalah sglnya.
YES.Duit menentukan masa depan kau.
kau tau tak kau boleh terkeluar dari landasan agama andai kau bersungguh-sungguh bergantung hidup dgn duit semata-mata. Apatah lg sampai kau keliru dgn kehidupan dan memilih material sebagai pegangan hidup.

Sebelum aku nak berpisah dgn kau utk selama-lamanya,aku nak kau tahu bahawa;
Harta dan duit yg kau puja dan sanjung tu cuma pinjaman sementara kau hidup,kemudian bila kau mati ia dipindah pulak kpd orang lain.Semua itu sudah Nabi ingatkan dlm hadithnya.

Sia sia bukan menjadi hamba duit?Bila diambangan maut begini baru kau terasakan penyesalannya.

 Sedetik masa berlalu begitu berharga hinggakan kau sanggup membayar bilionan RM utk hanya seminit lagi dalam hayatmu.Agar kau dapat panjatkan doa taubat.
Semuga kau tahu Allah maha Mendengar lg maha Mengetahui.

mudahan Allah mengampunkan.

..wallahua'lam.



**cerita di atas hanyalah cerita rekaan semata-mata tidak perlu mengaitkan ia dgn sesiapa yg masih hidup atau pun sudah meninggal dunia.Ambillah ia sebagai hiburan dan iktibar untuk kita bersama.

InsyaAllah.

6 ulasan:

:: hayati :: berkata...

yg buruk jdkan tauladan....
xsalah nk jd jutawan, tp sblm jd jutawan jdlah jutawan ilmu agama terlebih dahulu...ilmu itu akan memberi tahu kita bagaimane nk menjadi jutawan yg beriman, spt sahabat2 nabi yg jutawan2 tu...:)

mazru berkata...

InsyaAllah....

Sedangkan Nabi pernah bersabda..Islam itu tertegak dengan harta Siti Khadijah dan Saidina abu bakr..

siapa yang nak jadi jutawan contohilah kedua tokoh ini.

Cik SHiNJU berkata...

Aiyooo...watpe jual kat ah chong???
dah xde abu,ali atau rahmah ker????

eh,citer fiksyen jer upenyer...
Koi dah ilang sabor td..ingt nak lempang sedas dua ke jutawan ter...
Biasa dia buat kat emak mcm tuuu...

Ateh Nour berkata...

Assalamualaikum En Mazru,

Memang duit ni boleh menjadikan kita lupa dimana asal kita, enjadikan kita sombong dan bongkak, tergadai maruah..Oleh itu disamping mencari duit tu carilah juga keredaan Ilahi...

mazru berkata...

shin.,,

akakakkaa..fiksyen tetapi tak mustahil kalo bende gini pernah berlaku.

mazru berkata...

Waalaikummussalam L.L

koi setuju,sbb duit boleh tak nampok adik beradik..apatah lagi sesama rodong dll...

Patutnya kena bersyukur sokmo jika dikurniakan kesenangngan..

tak semua jadi lupa,malah ade yg bile kaya semakin beriman..mudahan kite tergoleong dari golongan sebegini.

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini