LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

19 Februari 2012

Misteri Nisbah Keemasan 1.618. dan.........Part 2


      Assalamualaikum buat semua rodong koi yg masih sudi melawat dan membaca isi didalam blog koi yg tidoklah seberapa ini..Terima kasih dan semuga setiap kunjungan mendapat kebaikan melaluinya,begitulah harapan koi..apepun kpd Allah jua lah terserah segala nya.


Kalo di post sebelum ini koi telah intro kan sedikit sebanyok mengenai nisbah keemasan atau golden ratio ini,pada rodong yg belum sempat baca yg tu,sila aokme klik pautan ini.

PART 1

Semuge posting kali ini akan sedikit sebanyok menamboh pengetahuan kite masing2..Insya-Allah.

Hanya Allah lebih Mengetahui akan segala yg telah Dia cipta dan jadikan di dunia ataupun di akhirat kelak.Segalanya cukup sempurna tiada cacat celanya.Subhanallah,begitulah Maha hebat ciptaan Nya.Sebagai seorang manusia dan jugek insan yang lemah,kita tak dapat tidok hendaklah meletakkan harapan kite hanya kepada Allah SWT.Andai kata selain Dia maka tunggu shjlah akan ditimpa kekecewaan kerana harapan yg musnah dek mengharap sangat kpd selain Allah.


Gambar Virus Adeno yg mempunyai asas NK

Okeh....balik semule kpd Nisbah keemasan .1.618. ianya adalah boleh kite ibaratkan trademark@tanda tangan Sang Pencipta.Dimana-mana sahaja pasti ada Nisbah keemasan .1.618. ini.Samada ianya adalah penciptaan virus yg langsung tak dpt dilihat oleh mata kasar melainkan selepas terciptanya teleskop.Semuanya mengandungi N.K (nisbah ke emasan 1.618.)

 Virus polio jugek mengambil bentuk yg mengndungi N.K agar ia dpt membina dirinya sendiri. 



Goleden ratio 1.618. @ Nisbah keemasan 1.618. juga boleh ditemui pada organ cochlea yg terletak didalam bahagian dalaman telinge kite,ia bertugas utk pendengaran dan seimbangan manusia.GR ini juge boleh ditemui pada kejadian tanduk binatang dan taring binatang yg tumbuh dalam bentuk spiral semua mengandungi logaritma G.R 1.618.

Di dalam DNA jugek ada logaritma G.R dan Logaritma Nisbah keemasan (Golden ratio) ini jugek ada pada penciptaan cakerawala dan angkasa lepas.Subhanallah.

Potret Monalisa hasil lukisan leonardo da vinci yg masih menjadi bualan hingga ke hari ini.Salah satu kehebatan potret ini ialah mata monalisa seperti seakan mengikut siapa yg melihat nya walaupun didalam sudut mana sekalipun.Rahsia nya ialah NK 1.618.

 Perlu kita ketahui bahawa nisbah keemasan amatlah dikenali dikalangan artis seni sebagai "aesthetic rule"
(aesthetic bermaksud keindahan/kesempurnaan/menarik).Kerja seni yang menggunakan nisbah keemasan akan menghasilkan "aesthetic perfection".Tumbuhan,haiwan,mikroorganisma,galaksi,batu permata dan benda yang bernyawa semuanya menggunakan rule yg sama seperti yg dicplak oleh artis seni,iaitu Nisbah Ke'emasan 1.618.


Leornado da vinci juge menggunakan Golden Ratio 1.618. dalam setting utk mendapatkan estetik ksempurnaan pada anggota tubuh manusia.


Dalam kejadian apa sahaja yg telah diciptakan oleh Allah SWT ada nya Nisbah keemasan 1.618. ini.Ia adalah tanda kesempurnaan dan trade mark dalam setiap yg Allah telah ciptakan.Ia juge menunjukkan betapa Maha Seni nya Allah dalam menciptakan langit dan bumi dan apa shj yg diantara keduanya.
 
Subhanallah..penemuan2 ini bolehlah kite katakan masih baru lagi ditemui oleh para pengkaji dan saintis di era moden.Namun semenjjak Al Quran diwahyukan kepada Rasulullah SAW sudahpun ada info mengenai nisbah keemasan atau kadar dan kesempurnaan ciptaan Allah secara detail.

  • Firman Allah didalam surah Ar-R'ad ayat yang ke 8 yg bererti :-
"Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu."

  • Juge didalam surah At- Talaq terkandung didalam ayat 3 diantaranya yg bererti :-
"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."


Begitu banyak contoh Nisbah keemasan 1.618. atau Golden ratio 1.618. dalam alam ini.Cukuplah dengan adanya bukti seperti ini mudahan iman setiap diantara kite akan lebih kuat lagi,InsyaAllah.


....BERSAMBUNG LAGI YAK..





****Pautan untuk Terjemahan Al Quran dalam bahasa Melayu boleh ke link di bawah ini.



****sumber posting banyok koi ambik daripada : website harun yahya

4 ulasan:

:: hayati :: berkata...

oo, baru koi phm kenape lukisan tu sgt berharga tp amat rugilah org yg hanya tahu menghargai lukisan tersebut shj tanpa menyedari kebijaksaan yg Maha Pencipta yg sepatutny lbh2 lg dihargai setiap ciptaan n anugerahNya...

mazru berkata...

Hmm..sebenarnye diaorg tu semua ciplak dari penciptaan alam semesta nih..ala2 nak jadi cam tuhan pun ade diaorg ni..

kite perlu kagum kpd Nya setiap detik dan saat dlm hidup ni.

:: hayati :: berkata...

jd maksudny seluruh alam semesta ini mengandungi nisbah keemasan lah ye aok???...subhanallah...memg unik

mazru berkata...

yup....betul!sbb tu koi ckp ia spt trademark dr Maha Pencipta..hebat dak?

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini