LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

5 Februari 2012

BIODATA LELAKI TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN!


Assalamualaikum rodong...

Selawat dan salam ke atas junjungan besor Nabi Muhammad SAW seorang rasul dan jugak seorang Nabi Allah yg terakhir,penutup segala nabi sebelumnya dan penghulu segala nabi dan rasul Allah SWT.Beliau adalah lelaki terpuji dan beliau lah idola umat islam di seluruh dunia.Lahirnya membawa cahaya ketika dunia dalam kegelapan.Pembawa rahmat sekalian alam.

Di alam tiada pelindung yg dapat melindungi kekuasaan Allah SWT Sang Pemerintah alam akhirat,disaat manusia berbilionan memenuhi padang masyar,ada yg mengatakan perjalanan panjang di padang masyar shj mengambil masa ribuan tahun..ada yg menaiki kenderaan berupa binatang,ada yg berjlan kaki,ada yg berjalan menggunakan kepala dan macam2 lagi 

Orang beriman akan terlindung dibawah bayang2 arasy,manakala orang2 yg berdosa dan kafir akan mendapati matahari cuma sejengkal shj dr kepala mereka,begitulah kisah yg telah Allah SWT ingatkan kepada hambaNya melalui RasulNya Nabi Muhammad SAW.Di alam akhirat kelak hanya Nabi Muhammad shj yg dapat memberi syafaat utk umatnya.

Samalah kita banyakkan selawat ke atas Baginda,sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat keatas Nabi...inikan pulok kite manusia biase shj.

"Allahumma Solli a'la Sayyidina Muhammad Wa A'la Alihi Saiyyidina Muhammad" 


Jom kita hadiahkan kepada Nabi tercinta dan dirindukan selalu Nabi Muhammad SAW pahala surah Al Fatehah,semuga hadiah itu sampai kepada baginda tanda rindu dan cinta kita kpd nya

Al Fatehah!................................................................amin.

Meh baca biodata asas lelaki terherbat sepanjang zaman dunia hinggalah ke akhirat kelak.Bagindalah idola umat islam diseluruh DUNIA...kehebatan baginda menrangkumi setiap sudut hidup manusia.Dari percakapan hinggalah kepada diam nya,segala perbuatannya dicatit utk umat nya diakhir zaman.Segala Pujian milik Allah SWT dan kita perlu bersyukur kpd Nya bila terpilih krn dilahirkan sbagai umat Muhammad ini.. 





· Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim

· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah      yang menyerang kota Ka ' abah)

· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

· Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim

· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf

· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
· Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.





USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam ' ah
§ ' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ' Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ' Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya..

WALLAHU'ALAM


SELAMAT MENYAMBUT MAULUDIRRASUL






2 ulasan:

:: hayati :: berkata...

salam maulidur gak aok...

Nizam Awang Brahim berkata...

Same2 lah kite banyokkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini