LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

8 Ogos 2010

Ribena ade ARAK?

Salam rodong..
Koi terjumpe tadi,aokme cube bace..

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. 
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah. 

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya 
mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah. 

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya. 
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya. 

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya. 

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi


Koi tak dapt nak menyahihkan kebenaran berite ini.



**Kalo betul pun mungkin kat LONDON je kot..hmmmm..... ape pun kalo dah was-was tu elok cari alternatif lain la.Itu yg terbaik dak?




sumber dari Facebook - http://www.facebook.com/note.php?note_id=409438728881&id=1786542178&ref=mf
atau lagi sumber dlm internet di sini - http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-25803.html
dan di sini - http://kraiutara.blogspot.com/2010/08/oh-artis-jangan-lagi-beli-ribena.html

20 ulasan:

al-mankaraqi berkata...

maru yak.......

Mazru Majid berkata...

usop..tu la pasei..

tp berite ni di petik di London..

Aby berkata...

salam ziarah
waw arak?
pernah sih dulu
tapin sekarang tak lagi

Mazru Majid berkata...

aby,

terima kasih sudi meninggalkan komen nya.

owh ye ke?elok la camtu..sekadar perkongsian info shj.

akuanakpahang berkata...

AAh..naya weh kat umah kawan nie baru aje beli tak buka lagi tu... dah goner?

ezam berkata...

di sana mungkin,

tapi disini inshaallah takde kot.

harap2lah.

Jejaka Desa berkata...

Koi dah bertahun tak minum Ribena.Ande ke mende ter kat sini..

langkasuke berkata...

lepas ni minum air putih je la.. susah duduk zaman moden ni.. semua syubhat.. haih..

Mimie.Candy Cane berkata...

sirap tetap pilihan koi..hihihihi

Dakjaat berkata...

nak sahkan .. kita googlekan dulu sama ada, rebina ada buka kilangnya di malaysia tak? kalau ada, bermakna kilang mereka kena mohon sijil halal daripada kerajaan malaysia, kalau tidak, kenapa iklan budak2 mentor tu berterusan? :)

kedua, mungkin hanya terjadi di birmingham saja.. :) utk kepastian.. mintak pengesahan daripada jakim.... :) jakim akan respon pertanyaan anda secepat mungkin.

Hashim Zabidi berkata...

Boikot saja, jangan beli. Saya telah lama memboikot barangan barat spt KFC,maggie (keluaran nestle) dan yg terakhir ini berhenti beli rokok lalu menukarnya ke rokok pucuk.

:: hayati :: berkata...

salam mazru...
kt tagged koi pn ad org sent byk sgt senarai barang2 yg xbole katany smpi xtau ape yg patut koi wt...nk percaya ke tidak tah la...huhu
koi rasa skng koi tgk label halal tu je la...n try elak barangn yahudi...tu je..

Redz da Tsar berkata...

Arak ialah minman yang memabukkan... Kalau minum ribena mabuk, maka haramlah ribena tue...

tapi takde pulak yang mabuk, kan?

kalau nak citer bab alkohol, tapai nasik/pulut yang kita selalu makan masa raya tue pun ada alkohol...

(^^)

Terliur keh nok makan tapai kat umoh nanti... popaleyh weyh, jejeh air liur keh...

Mazru Majid berkata...

yasin,
gone la te..xpe,aok buat x tau je dulu..huhu

ezam,
harapnye camtu lah..

jejaka,

ander ribena te kat Malaysia nih,cuma xtau gone kandungnnye

Mazru Majid berkata...

ayid!!
lu mane menghilang bro!aiseh..betul..air putih lg baik ape.

mimie,
pujaan sirap?hehehe

Dakjaat,
yup..tu cara terbaik,bermakna salurkan terus persoalan kpd Jakim,tp mungkin berite tu di London shj..harapnye tidak lah di sini

Mazru Majid berkata...

Pak ngah,
setuju jugek..ape pun terserah kpd pengguna sekalian..

hayati,
koi tak join lg tagged,cam best je..
a ah elok nye camtu la,tgok label halal yg sah.Jangan yg tiruan tu.

Mazru Majid berkata...

redz,

tapai mmgg sedap,kena pulok letak lam peti ais..pergh mmg terliur koi!

relevan berkata...

Air ni memang sedak time buka nanti..weh!

Mazru Majid berkata...

haha..campur dgn susu?

Faizal Rahman berkata...

Qardawi dah keluarkan fatwakan, <5% boleh minum.

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini