LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

10 Oktober 2009

Hantaran Al-Quran

(sumber cerita: Dari kotak email koi) 
Kepade mereka yg nak menghantar dan menerime hantaran..pk2n

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai
untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga.. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli
nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal
satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan
hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak
Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil.
Prihatin..

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik
berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah
seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid”
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil
menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian
ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni
nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi”
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum
Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya
kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan
pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata
seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan
indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal
disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah
tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta
merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.
Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya
berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang
berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil
mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang
dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan
kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan
antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap
hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi
dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah
masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak
benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad
sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat
mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL...MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari
rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.
Ada yang menggeleng-geleng kepala.. Ibu bapa Jamilah merah padam
wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara
bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirra jim..
Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar
suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar
lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran..
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih
malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli
ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya
sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai
memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah
ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya
tetap sama, kedudukannya tidak sama.. Malah, ketahuilah Allah akan
menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang
yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan
dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya
orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya,
menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia
bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan
sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang
mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi
hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif
setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar
sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz
Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

read dis...



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.

9 ulasan:

eeeda berkata...

Elok hantaran Al-Quran sekiranya dibuka selalu.....
Tapi kalau hanya sebagai hiasan...
Lebih baik jangan jadikan sebagai hantaran....

Cikgu Jang .. berkata...

kHeheheh.....lebih kurang ngan cerita kunut panjang dengan kunut pendek...je

Tiada kitab yang lebih agung drpd Al Quran Nurkarim....

mazru(9m2mzr) berkata...

eeeda..betul tu,kalo nak buat hiasan baik hantar bunge ke ape...

cikgu..ha ah..al maa riiiiiiiiii

u. Masyitah berkata...

salam
waah maksud mendalam ni kisah ni...

langkasuke berkata...

gua suka post ni beb.. cume gua musykil syafaat Quran lebih baik darjatnye dr nabi tu.. dan setahu yg gua belajar malaikat tak bg syafaat.. hanya nabi dan quran je..

kalau lu dpt tahu dr mana hadis ni bg tahu gua ye..

baaraka Allahu fik..

mazru(9m2mzr) berkata...

u masyitah...hmm perlu dihayati,dari kotak email koi je,bukannye koi karang sendiri...hehhe mekasih komen yek.


langkasuke..oo ye?hmmm....

relevan berkata...

Kwn sokong cikgu eeeda tu..

lipislady berkata...

Sallam, orang dulu-dulu selepas akad nikah ada acara khatam Al Quran, sebab itulah meke buat hantaran Al Quran, pendek kata itu acara wajib majlis kawin....

mazru(9m2mzr) berkata...

relevan..sokong jgn tak sokong

lipislady..sekarang ni siap je akad terus sesi bergambor,jarang dah org buat khatam al Quran sekarang ni weh

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini