Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari ini disediakan sedikit ruang dari Nya untuk koi meneruskan perkongsian bersama rodong-rodong(sahabat-sahabat) di alam maya ini.Sebenornye hajat di hati hendak menyambung kisah Dajjal,tetapi mood lebih kepada nak kisoh yang lebih santai dan sempoi.
Hari ini koi akan cuba berkongsi kisah lanun melayu yang pada awalnya digelar oleh bangsa penjajah sebagai " The 19th MALAY Regiment of the British Royal Navy " dan kemudian setelah mereka merampas berpuloh kapal British,memusnahkan begitu banyak harta benda dan mengorbankan begitu banyak nyawa,akhirnye lanun melayu ini digelar "the Curse Regiments" - bourne to sails at sea in eternity.
Bagi penggemar movie " The Pirates of the caribbean "(POTC) yang pernah ditayangkan diseluruh dunia beberapa tahun yang sudah pasti tak menyangka bahawa watak Jack Sparrow adelah watak seorang melayu.Jika korang tengok dari perangai si Jack yang gila-gila hinggelah pakaiannya yang seakan menampakkan ciri kemelayuan.Cuba tengok kain yang dililit di kepalanya juge seakan-akan tanjak.Kemudian jika korang telitikan corak ukiran pada kapal JS juge seakan-akan serupa malah hampir menyamai ukiran melayu.
Perasan tak yang Jack menggunakan sejenis senjata yang kelihatan seperti pistol?Ok...ia sebenarnya adelah sejenis senjata api yang dicipta oleh orang melayu semenjak pada zaman kesultanan melayu Melaka,malah sebelum tanah semenanjung dijajah oleh pelbagai jenis penjajah lagi.
Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silama Melayu bernama Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina menentang Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.
Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Selain itu, dalam Perang Naning, senjata ini turut digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.
Berbalik kepada kisah Jack Sparrow..
Mengenai Captain Jack Sparrow, dia adalah seorang Melayu. Lagenda lanun Melayu"The 19th Malay Regiments of British Royal Navy".Tidak kurang 300 dokumen yang berkaitan kisah Captain Jack Sparrow yang berbangsa Melayu ini berada dalam simpanan kerajaan penjajah British.
Keratan akhbar yang bertarikh 1804 yang mengkisahkan The 19th MALAY regiment of British Royal Navy |
Major Davie?atau Davie John? |
Keratan akhbar 1815..mengisarkan kematian Major John Davie,beliau adalah seorang Major 1st MALAY regiment |
19th Regiment of Malay Navy adalah bekas-bekas lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka sebelum itu. Oleh kerana keberanian mereka dan kebolehan luar biasa yang dimiliki (ilmu kebal, ilmu batin, boleh menyelam 4, 5 jam dll) mereka diberi pengampunan dari dihukum gantung dan diambil berkerja dengan British Royal Navy - dibawah 19th Regiment yang diketuai oleh individu yang bernama Captain John Davie (Davvy Jones?)
Pada 1813, 19th Regiments ini melancarkan Mutiny ("pemberontakan dan rampasan/pengambilalihan kuasa" didalam military term or crew ship) keatas British India yang telah mengakibatkan kemusnahan harta benda dan nyawa di kalangan British.
Mereka telah merampas 12 buah kapal laut Royal Navy, mereka kemudiannya berpecah ke Britain, laut Arab dan benua Amerika.
Selepas itu, dari tahun 1813 hingga ke tahun 1842, saki baki kumpulan 19th Regiment inilah yang bermaharajalela pula di lautan Arab dan Lautan Utara di Britain, sehinggakan terdapat beberapa kes amukan lanun Melayu di Queen Dock London.
Separuh daripada anggota Curse Regiment ini juga telah diambilalih oleh Napolean Bonaparte untuk berperang melawan British.
Sejak itu 19th Regiment juga dikenali sebagai "the Curse Regiments" - bourne to sails at sea in eternity..."Bourne to Sails at Sea for Eternity" bukan sumpahan, akan tetapi ia adalah satu pilihan...
**sumber dari blog-blog dibawah.
http://aku-macjay.blogspot.com/2011/06/captain-jack-sparrow-lanun-melayu.html
http://freegeng.blogspot.com/2010/11/rahsia-senjata-melayu-yang-terkubur.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan