LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

3 Disember 2011

Balasan Di Dunia

Salam..

Alhamdulillah..bulan Dec tahun 2011 banyak mendatangkan rezeki kepada ramai orang,buat kaki ikan mase air sungei tengoh besor gini sedat amat lah nahan jaring,berenjut jek ikan sisik..boleh buat pekasam,kdg tu ulor sawe pun semacam jugek kena jaringnye..haha.

 Cukup dulu mengenai sungai...apakata kita ambil iktibar di atas kisah benar yg berlaku di bawoh ni...sila baca yek..

 Ariel Sharon

Inilah balasan kepada kekejaman yg dia lakukan di bumi Palestin dan Lebanon...sudah 4 tahun dia koma,sekarang dalam umur 82 tahun dia bagaikan berada di alam antara hidup dan mati,alam sakaratul maut yg amat menyeksakan.

Allahu Akhbar!!

Hati orang Islam di seluruh dunia terasa bagaikan dihiris-hiris setelah melihat askar pimpinannya dgn angkuh mengebom,menembak anak-anak muda Palestin yg memerangi tentera Zionis yg memasuki wilayah negara mereka, walaupun senjata mereka hanyalah batu-batu kecil yg dibaling dgn tangan namun semangat singa palestin menitiskan air mata seluruh umat islam di dunia..Allahu Akhbar..ramai yg syahid dan tak kurang yg hilang begitu shj...

Kisah hitam di khemah pelarian Sabra dan Shatila di Beiut,Lebanon..Seramai 800 orang muslim terbunuh setelah skuad pimpinannya tika itu menggempur kem itu..yg menjadi mangsa hanyalah anak kecil,perempuan dan orang2 tua yg tidak bersalah... Kejam sungguh dia ni!

Gambar Ariel sharon yg koma..

Kamal Ataturk

Tak mustahil jika Allah menyediakan seksaan utk manusia zalim seperti ini walaupun berada di dunia,apatah lagi di akhirat kelak..Seperti jua Kamal Attaturk dgn gelarannya al Ghazi(pejuang)@bapa turki moden, yg di sanjung wira oleh puak kafir British krn mnjadi pembelot dlm menumbangkan khilafah Islam Uthmaniyyah yg terakhir pada tahun 1924.Beliau kemudian diangkat oleh British sbgai peneraju dan pemerintah Turki,kehebatan kamal adalah suatu pembohongan yg sengaja di propagandakan British.

Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, "Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam".

 Kamal attaturk

Syeikhul Islam, Mustafa sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dang mengulingkan baginda. Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris.
Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami."

Kemudian Kamal dgn selambernye :

  • Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
  • Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
  • Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.
  • Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  • Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  • Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  • Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
  • Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
  • Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
  • Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  • Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  • Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  • Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
  • Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  • Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab “Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


  •  Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

        1.Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
        2.Sakit jantung.
        3.Penyakit darah tinggi.
        4.Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais didalam selimut untuk menyejukkan beliau.

    Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

    Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

    Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau....

    Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .


    Bukanlah bertujuan utk mengaibkan simati,namun hny sebagai peringatan utk diri sdri dan rodong sekalian.


    Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang MEGEMBIRAKAN (bukan menyedihkan) , ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”


    Dari Abdullah bin ‘Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.” Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri koi) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia sendiri.

    **Subhanallah.. semuga ini menjadi peringatan kpd mrk yg berfikir dan menggunakan akal..
    wallahualam bissawob
    sumber : http://life-injector.blogspot.com/2010/02/punca-keruntuhan-sistem-khalifah-islam.html

    5 ulasan:

    :: hayati :: berkata...

    NA`UZUBILLAHI MIN ZTHALIK....

    tkutnye koi bace citer ni aok...

    NA`UZUBILLAHI MIN ZTHALIK....amin

    Aku Anak Pahang berkata...

    Subhanallah.. balasan tuhan ttp akan ada pada mereka yang membuat kemungkaran. Semoga menjadi iktibar bersama.

    saharul berkata...

    Salam....Allah SWT Maha Adil...pengajaran buat manusia lain yg ada kuasa. Kuasa manusia mana boleh melawan kuasa Allah..

    mazru berkata...

    hayati..

    sm2 lah kite ambik iktibar melaluinye..t.k

    mazru berkata...

    AAP- betul tu abg yasen.samalah kite weh..subhanallah.

    Jang-wsalam,sebolhnye cerite cmni perlu disebarkan selalu mnjd iktibar buat mrk yg msh hidup.

    BOIKOT TERUS BOIKOT!

    BOIKOT TERUS BOIKOT!
    Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

    Linkwithin

    Related Posts with Thumbnails

    Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

    Arkib koi:

    Selongkar blog ini