LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

29 Mei 2009

Bertohiyyat menemui syahid..

DIPETIK DARI BLOG ECHAM(RODONG KOI)

gambor hiasan jek ni

Beliau menceritakan tentang seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yang tiada bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supa dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat.Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.Ketika Amin sedang sujud pada masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat d jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. .........mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung......

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

*semuga kite mendapat iktibar dari kisah ini..wallahua'lam

4 ulasan:

Jen berkata...

bapa mentua aku duduk di sauk...dekat dengan kg amin...bapak mentua aku konpimkan cerita nie..masa sembahyang jenazah,org tak putus2 dtg dan solatkan jenazah utk amin...cerita nie pun kuar dari mulut bapak mentua aku....ditapak tangan kanan dan kiri amin tetera kalimah ALLAH dan Muhammad.Ianya bukan ditulis,tapi terbentuk sendiri dari urat urat allahyarham...moga roh ditempatkan bersama org yang beriman...

mazru berkata...

subhanallah,camtulah jika hamba Allah yg sejati..di muliakannya hingga ke akhir hayatnye,semuga roh nye aman di sana..al fatihah

langkasuke berkata...

kisah kematiannya mengingatkan aku pada cerita Asiah isteri firaun. ketika mana dia hendak dibunuh, dia mengukirkan senyuman hinggakan firaun laknatullah menganggap dia sudah gila. benarla janji Allah kepada orang yang beriman. apabila hendak dicabutnya nyawa mereka, malaikat menghamparkan sayap di sebelah kanan untuk menunjukkan gambaran syurga. doalah bersama moga kita termasuk didalam golongan yang dijanjikan syurga oleh Allah.. Aminnn ya Rabb..

mazru berkata...

bagus di perbanyakkan kisah2 camni..sbgai ingTn diri

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini