LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

22 April 2009

Perasaan GAGAL dan LULUS pada masa yg sama...

inilah yg aku terima daripada pegawai yg menghantar pada hari exam CW..korang bacalah apa yg dia hantar kat kami bertiga,cam perli je kan?.(Yg penting LULUS ujian penerimaan)



8 april 2009,jam 6.30 pagi... aku bersama dua lagi rakan(9w2frd dan 9w2rzl) dengan satu tekad iaitu sampai cyberjaya dan ambil exam cw,lulus atau tidak perkara kedua,yg penting aku mesti sampai ke ibu pejabat MCMC.Nak dijadikan cerita on the way ke Cyberjaya kami terlibat dengan kesesakan lalulintas yg agak heavy..mmg dah agak yg di kl selalu jem..tapi x sangka pulak seteruk itu..jam dah hampir pukul 10 pagi sedangkan destinasi kami masih lagi agak jauh..kami dah mula gelisah tak menentu,kalo ikutkan hati rasa nak menjerit pun ade.!kalo kami tak sempat nak ambil exam hari tu kami akan kecewa kerana pengalaman duduk didalam bilik exam tu amat berharga bagi orang yg first timer macam kami,lebih-lebih lagi aku dan adik aku FRD..kali kedua aku tepon aimil(9m2aur) dia cakap keretapi dah berlepas maksudnya ujian dah pun bermula,sedangkan kami memerlukan 30-45 minit lagi utk sampai kesitu...perghhh masa tu rasa nak nangis pun ade..korang bayangkan usaha aku selama sebulan lebih tu berakhir di tengah jalan je..sedih betul time tu..huhuhuh...pendekkan citer,sampai di ibu pejabat MCMC pukul 10.45 pagi..mmg x sempat lah,mungkin dah tak de rezeki aku nak duduk exam aritu..aku pendekkan lagi cerita...sedang aku monyok duk kat situ tiba2 dengan izin Allah perkara yg paling tak aku sangka berlaku juga iaitu kami diberi peluang utk menduduki exam tu kerana memandangkan perkara yg berlaku kpd kami tu bukan kami sengaja kan..Alhamdulillah,peluang yg satu ni aku takkan sia-siakan dan akhirnye aku lulus ujian penerimaan kod morse..banyak hikmah yg aku dapat hari tu..aku dah rasakan KEGAGALAN ketika aku sampai lewat utk menduduki ujian dan aku dah rasakan syoknya lulus bila aku LULUS dalam ujian penerimaan,semuanya berlaku dalam waktu yang sama dan ianya di luar dugaan kami semua...terima kasih buat rakan yg membantu kami,jasa anda semua akan dikenang dan hanya Allah yg mampu balas jasa korang..walaupun begitu aku masih lagi tertanya-tanya mengenai result rasmi dari MCMC bilakah akan di umumkan..hmm
--... ...--

sekadar berkongsi pengalaman aku dengan korang pada hari aku duduki ujian kod morse..tiada tujuan selain dari itu...

Tiada ulasan:

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini