LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

Memaparkan catatan dengan label anak pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak pahang. Papar semua catatan

16 Oktober 2012

Baju T Geng Koi anak Pahang

Assalamualaikum buat semua rodong KAP..

Setiap lembaran hidup kite ni pasti ade kenangan yang tidak dapat kite lupekan,sama ada ia menyakitkan,menggembirakan atau menyedihkan maka kenangan tetaplah kenangan.Begitu juge dalam kite berodong,pasti kite taknak lupekan kenangan bersama rodong-rodong.

Salah satu cara untuk tidak membuatkan kite sentiasa mengingati rodong-rodong ialah dengan membuat satu tanda...seperti baju t yang sempoi seperti dalam gambo di bawoh,walaupun nampok sempoi,tapi ia cukup bermakna.

~~Alhamdulillah dari hasil berbincang dan pengorbanan rodong-rodong  di group GKAP(Geng Koi Anak Pahang) di FB,akhirnye sebanyok 50 helai t shirt yang telah ditempah ahli siap dicetak sepenuhnye.Kome memilih Shah Alam sebagai tempat kome membuat cetakan atas kerana sebab tertentu.Salah satu sebabnye ialah hasil kerja yang cukup memuaskan.Bak kate orang ni alah membeli menang memakai..hehe..




Koi pun rase best jugek dapat menyarung T shirt GKAP ni,hehehe..terima kasih rodong-rodong yang berusaha untuk menjayakan projek ini.Alhamdulillah.




5 Julai 2012

Pawang Tersohor di Pahang(part 3)

Bismillahirohmanirrohimmm

Dengan nama Allah yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENGASIH


Assalamualaikum...


Almarhom Sultan Ahmad muazzam bendehara sri wak diraja,sultan pertama negeri Pahang selepas era bendehara.

Bertemu lagi pada sambungan kidah pawang besar di Pahang.Alhamdulillah di negeri pahang Allah SWT telah merahmati kite dengan tanah yang subur,kaya dengan tumbuhan dan fauna,binatang liar yang banyak khasiat kepada manusia dan juge sungai-sungai sebagai sumber mencari rezeki penduduk kampung di sepanjang tebing.

Pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad(1) lagi,sistem pemerintahan negeri itu bukanlah terletak kepada sultan sahaja,malah ada lagi pembesar-pembesar lain di samping Sultan ketika itu,contohnya Orang Kaya berempat,berlapan dan lain2 itu. kemudian ade juge pawang di raja..sebenornye koi sendiri pun tidoklah terlalu tahu sangat mengenai bagaimanakah tugasan pawang di raja itu,adekah beliau mengubat sakit?atau membantu sultan dalam hal2 berkaitan dengan sesuatu yang ghaib.Maklumlah pada zaman dahulu kala,penggunaan ilmu kebatinan adelah kemestian untuk menjadi senang.malah untuk berkahwin jugek paling tidok anak mudenye perlulah maher dalam imu persilatan zahir dan batin.Ini kerana untuk menjamin keselamatan bakal isteri dan anak mereka kelak.

Pawang Nong dan anak-naknye

Salah seorang Pawang di raja yang terkenal di zaman pemerintahan Almarhom Sultan Abu Bakar ialah Pawang Nong.Dia dilahirkan sekitor tahun 1870-1875,tarikh tepat tidaklah dapat koi temui lagi.Beliau adelah pengasas dan pembuka Kg Ulu Cheka di Jerantut.Dikatakan juge Nong ini telah berguru dengan banyak guru yang terdiri dari pawang diraja sebelum beliau yang berasal dari Guai,Bera.Ade juge yang menceritakan dia menuntut dengan seorang saudagar yg bernama Bintang terus dari Indonesia,dengan Mat Kilau Pahlawan pahang dan juge dengan seorang pawang perempuan yang bernama Pawang yang di kawasan ulu cheka.Semua cerite-cerite ini adelah cerite lisan dari mulut ke mulut sahaja.Sayang sekali tidok ade pihak yang membukukan kisoh orang hebat seperti Pawang Nong ini utnutk tatapan generasi akan datang.

Satu kisah yang menarik mengenai Pawang besar ini ialah pada zaman darurat,ketika itu tentera jepun telah memasuki kawasan kampung di Ulu cheka.Dengan ilmu yang ade Pawang nong telah memagar seluruh kawasan kampunng Ulu Cheka.Pagar yang dimaksudkan disini bukanlah pagor kawad besi,tetapi pagor yang menggunakan ayat quran.Bagaimana pawang Nong memagornye dengan ayat quran itu adelah tidak koi ketahui,tetapi dari ape yang koi pernah dengar dari pengamal ayat pelindung dari segala niat jahat baik manusia atau jin ialah dengan menggunakan ayatul qursi dan beberapa surah-surah lain.Dengan izin Allah taala,kawasan kg ulu Cheka tak dapat dimasuki tentera jepun.Lebih menggemporkan lagi apabile tentera-tentera jepun itu dilihat berenang-renang di dalam kebun getoh berhampiran kawasan kampung.Peristiwa bersejaroh ini disaksikan oleh ramai orang kampung.Selagi orang yang memagor 4 penjuru kampung itu tak membuke pagornye maka selagi itulah mereka yang berniat jahat ini akan sesat dalam kawasan yang sudah berpagor dengan ayat suci itu.

Pawang Nong

HEBAT BUKAN?bukan calang-calang orang nya untuk memagor SATU KAMPUNG...bukannye satu rumoh weh!....untuk sampai ke tahap itu,amalan-amalan wajib dan sunat adelah rutin dan makanan mereka..warak...tawadduk...taat...sujud...syukur...serah...Qanaah...YAKIN.
Siapekah orang seperti ini?bagi koi,ini lah dia di antara insan-insan yang diKasihi ALLAH.
Allah Maha Pemurah,tidak kira bangsa agama..usaha shj,insyaAllah dapat...tetapi untuk di Kasihi Nya...hanya insan-insan yang terpilih sahaja.Ilmu mereka cukup tinggi dan mendalam.Rahsia alam segala alam ditelapak tangannye.

Almarhom Sultan Abu Bakar
Dari cerite orang tua-tua.......Kisoh "naga".........
Ia ade hubung kaitnye dengan fenomena banjir besor di Pahang pada tahun 1920 an 1971,mungkin ade sesetengoh pembaca akan senyum sinis bile koi cerite kisoh makhluk naga,mungkin "sinis" kamu itu sebenarnye menunjukkan ceteknye ilmu kamu tentang alam segala alam....dangkalnye akal kamu kerana mengkaji kebesaran Ilahi hanye mengikut pandangan saintis barat yang berotakkan kuning.Tingginye hidung kamu kerana menolak mentah ape yang tidak kamu ketahui.

Logikakah bagi kamu apabile sebatang tongkat dicampakkan Musa dan bertukar menjadi ular besar yang memakan ular-ular ahli sihir?logikkah bila bulan terbelah dua hanya dengan memotong nye dengan jari?logikkah bagi kamu wahai cerdik pandai bila Rasulullah SAW; Sayyidina Muhammad meluncur kelangit ke tujuh bersama Jibril AS pada malam israk mikraj?
kamu mengiyekan kisah itu,tapi secara jujurnye kamu benar YAKIN?saintis barat tidak sekali pun mempercayai perkara begini selagi tidak berlaku didepan mata mereka...bukankah ini sifat bani israel?kenape perlu mencontohi bani israel yang sombong dan terase best sokmo itu? kerana kite terlalu banyok didedahkan dengan tipu daye mereka..hinggekan cara kite berfikir juge lebih kirang sama dengan mereka.


 Ampun maaf andai ade terkasar bahase..lidah tak bertulang.


**sumber gambor dari blog abg yassin http://akuanakpahang.blogspot.com  

 **sumber cerite dari : Group CAKNA ANAK PAHANG (khas untuk pencinta sejarah PAHANG dan juge untuk menjalinkan silaturrahim sesama kite orang pahang.Meh Join! tak rugi..InsyaAllah.





7 Mei 2012

Memperingati kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar Pahang

Assalamua'laikum kepada semua warge Pahang walau dimane sekalipun anda berada. :)

Senyum sumbing je aokme sekarang yek?Mentang-mentanglah cuti hari HOL,pepagi lagi dan mentenet..hehehe..

Baik...

Hari HOL? kite bercuti sangat,tapi tahu kah kite akan ertinye?

HARI HOL ITU: 

Memperingati kemangkatan Sultan Pahang Keempat : Almarhum Sultan Abu Bakar .Seluruh negeri Pahang akan bercuti  pada setiap 7 MEI untuk memperingati kemangkatan tokoh sultan melayu ini.

Al - fatihah.....



 

SEJARAH RINGKAS 


Tengku Abu Bakar ialah putera sulung Sultan Abdullah telah ditabalkan menjadi sultan pada tanggal 28 mei 1933.Baginda telah banyak melakukan perubahan dan pendekatan corak pemerintahan setelah tamat era Sultan Ahmad Bendahara Siwa di raja (1882-1914)

Almarhum Sultan Abu Bakar ialah seorang yang 'mesra rakyat' ,oleh kerana sifat kasihnye itu, telah membuat kan nama baginda tidak pernah lekang di dalam hati setiap orang Pahang dan selalu menjadi sebutan dari mulut ke mulut di serata negeri.

Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Raja Fatimah, puteri kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Idris Shah, di Kuala Kangsar, Perak. Perkahwinan Baginda merupakan perkahwinan di antara dua kerabat Diraja yang mempunyai pertalian persaudaraan iaitu saudara sepupu melalui bonda Tengku Ampuan Fatimah yang bernama Tengku Nong binti Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah....


wallahua'lam.


Sekian






14 Disember 2011

Muka Buku Lima

Salam..

Perkara yang pengguna facebook suka buat bile mereka ber facebook.
  • Kemaskini status yg mengikut hati dan perasaan mereka ketika itu.
  • Add rodong2 baru walaupun dia sendiri tak kenal orang yg dia add tu.
  • Kalo lelaki suke add perempuan cun2,kalo perempuan suke plak approved mereka.
  • Kalo yg tengah bercinta,akan menambah info "in a relation ship bla bla bla..kalo dah kahwin "Married" kalo tgh bujang single lah kalo cam tak nak ngaku dah kawen boleh la aokme ambik "its complicated"..
  • Sesetengah orang suke updet gini (seorg isteri kpd suami) "Abg balik makan taww..ayg masak ikan goreng masak berlada,faveret abg" hahaha..pade koi lah..tak payah la updet cenggitu,watpe semua nak bg tau kat org?mane privacynye lagi kala satu dunia tahu aok goreng ikan utk suami..haha.
  • Macam koi sdri,koi akui koi lebih kpd suke2 dan main game dlm FB ni,bukan nak menunjuk-nunjuk atau sebaliknye.Dan koi juge akn promote blog ni didalam tu.
  • Sesetengah awek skrg suke sgt bila muke deme menghiasi wall dan album FB nye,kejap kang mimik manje,mimik nangis,semua ade..hehe..makin menjadi bile ade hat puji2.
  • Suka Klik "LIKE" kalo malas nak Komen..betui dak?hehe.
  • Kadang tu sengaja check in kat tempat2 mewah,bior org cakap dia senang lenang.
  • tag org lain kat gambo dia pergi melancong,walaupun org tu tak pergi pun dgn dia..
  • "POKE" sana sini..aokme tahu kah ape maksud poke te?koi pun tak tau..tp ape kata Mark Zuckerberg?("When we created the poke, we thought it would be cool to have a feature without any specific purpose. People interpret the poke in many different ways, and we encourage you to come up with your own meanings." Mark Zuckerberg)

  • Dia suruh kite buat andaian sendiri,bagi koi poke te cuit la kot..ataupun cocok!
  • mempromosikan perniagaan ataupun Blog.
  • Mnjatuhkan air mukla sesetengah pihak,seperti upload gambo2 tak sepatutnye dan menghentam mangsa dgn cerite dan fitnah yg mengaibkan.
  • Mengadu domba dan mencarut pun semacam jek..mentaliti kite tak akn berubah"*^&*&*(#)@$@(#)(@?!!!!!!!!!!" 
  • Ade jugek yg mengingatkankwn2 dgn nasehat dan sabda2 Rasulullah SAW
 Salah satu updet status yg menarik perhatian koi...budak te baru je umur 14 thn..camni bagus kan.

**
Apepun baiknya ade,dan buruknye pun boleh tahan...itu pendapat koi,tak taulah aokme..mungkin ade yg setuju dan ade gek yg membangkang.Tepuk dada tanyelah selera.

13 Disember 2011

Cucu Mat Kilau telah Meninggal Dunia!


Panass!!

sumber dari : Sini

KUANTAN12 Dis - Cucu Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau (foto) iaitu Ibrahim bin Umar telah meninggal dunia di Kg.Pulau Tawar Jerantut pada hari ini. Berdasarkan sumber, arwah meninggal dipercayai akibat sakit tua dan beliau tidak meninggalkan seorangnya keturunannya. Ibrahim yang juga dikenali sebagai "Aki Aik" oleh penduduk Pulau Tawar dipercayai tidak berkahwin sepanjang hidupnya. Beliau merupakan anak kepada Omar Bin Mat Kilauiaitu anak kepada Mat Kilau bersama isterinya Teh Mahda. Arwah merupakan satu-satunya "Cucu Asal" Pahlawan Melayu Pahang itu yang masih tinggal di kamoung asal pahlawan tersebut. Semasa hayatnya, arwah tidak dapat banyak menyumbang ke arah perjuangan membela rakyat seperti yang dilakukan oleh nenek moyang terdahulu. Cuma, arwah hanya menjadi tempat kunjungan para wartawan media dari seluruh dunia untuk mendapatkan pandangan dan komen beliau tentang perjuangan pahlawan Melayu Pahang itu. Semasa hayatnya juga, arwah lebih banyak menghabiskan masa dirumahnya. Dalam satu pertemuan dengan krew PDO beberapa tahun yang lalu arwah nyata kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri Pahang yang gagal membantu membangunkan semula peninggalan sejarah pahlawan Mat Kilau dan Tok Gajah di Pulau Tawar. Malah, beliau juga kecewa dengan sikap wartawam media dan majalah yang hanya mengaut untuk menghasilkan artikel dan buku-buku berkaitan perjuangan Mat Kilau sedangkan tiada royalti langsung yang dipulangkan kepada keturunan pahlawan Melayu Pahang itu. Terbaru, cerita "Mat Kilau" pula mahu difilemkan oleh pihak tertentu. "Semuanya mahu untung, tapi sedikit pun tidak disumbangkan kepada kami", kata Arwah ketika itu. Kini, kampung asal Pahlawam Melayu Pahang itu terus terbiar layu dan tiada pembangunan sejarah yang dilakukan oleh kerajaan selama ini. Malah, makam Mat Kilau sendiri pun terpaksa dibangunkan oleh pihak swasta sebelum ini. Dengan kematian "Cucu Mat Kilau" ini, maka berakhirlah sudah riwayat salah silah keluarga asal Mat Kilau di Pulau Tawar. Mungkin yang ada ialah keturunan Mat Kilau diluar Pulau Tawar yang kini bertebaran di seluruh negara. Al-Fatihah buat roh arwah Ibrahim.
Sedih.....sedih mengenangkan nasib anak pahlawan Pahang.....
Mat Kilau @ Muhammad ialah pahlawan terbilang negeri Pahang.Dia bukanlah seorg penderhaka spt yg penjajah laknat dakwakan,malah beliau banyak membantu sultan Ahmad dalam memerangi pencabarnya ketika pemberontakan Pahang./perang Bendahara
Mat Kilau seorang pahlawan agung yang berjuang menentang penjajahan Inggeris kerana Islam. Pemergiaan cucunya ini merupakan satu kehilangan besar buat roh perjuangan Islam di Pahang. Sejak zaman berzaman, memang Pulau Tawar terus terpinggir dari arus pembangunan. Entah apa sebabnya pun kita tidak tahu. Cukup berbeza dengan Pasir Salak (Perak), Kg.Duyung (Melaka), Padang Mat Sirat (Langkawi) dan sebagainya, Kerajaan Negeri masing-masing membangunkan kawasan tersebut sebagai kawasan sejarah untuk dikunjungi oleh generasi muda hari ini. 


Hugh Clifford (tengah) menjadi dalang dlm meruntuhkan keharmonian dalam negeri Pahang...Cilake la aok!

Namun, Pulau Tawar hanya ada "makam Mat Kilau" yang dijaga dengan rapi sebaliknya Masjid Lama tempat beliau isytiharkan dirinya Mat Kilau, rumah kelahirannya, tempat beliau mengajar ilmu persilatan, serta lain-lain peninggalan sejarah yang sepatutnya boleh dijadikan produk pelancongan terbiar layu. 


Sultan Ahmad Muazzam Shah of Pahang 1836-1914


Kerajaan Negeri Pahang langsung tidak berusaha untuk membangunkan lokasi berkenaan selama ini. Malah, kebajikan keturunan Mat Kilau juga tidak terurus termasuk arwah Ibrahim Bin Omar itu. Beginilah nasib pejuang Melayu Pahang. Namanya diagungkan tetapi pengorbanan dan perjuangannya dipinggirikan oleh arus pembangunan..(malunye koi kala jadi org kerajaan negeri Pahang..bangse tak kenang jase ke aokme nih??
Sultan Ahmad Muazzam Shah
Koi pun tak puas hati jugek...
MB Pahang SILA BACA!

"tolonglah....kenanglah jasa2 mereka dlam menangani musuh2 islam...Semuga Allah mencucuri RahmatNya ke atas para pejuang yg telh gugur syahid.


Kenapa pihak kerajaan negeri seperti langsung tidak mahu memperkenalkan tokoh mulia ini kepada anak muda di Pahang?sedangkan anak2 muda pahang semua nya sayangkan beliau,semuanya kagum dgn perjuangan dan kebijaksanaan beliau menangani Inggeris keparat??kenapa waris2 beliau hidup susah??kenapa nak ajar orang muda dgn sikap tidok mengenang jasa dan tak pandai berterima kasih??


Dimanakah belas ihsan kite??Mahal sgtkah harge sebuah perjuangan yg bertagam  nyawa dan keluarge hanya utk mempertahankan  bumi Pahang dirogol inggeris???


Hanya Allah jualah tpt koi mengadu...muge Allah memberkati perjuangan mereka semua hingga ke anak cucu cuet dll................................


Jangan agungkan pencipta mentol,jgn agungkan pencipta telefon,jgn agungkan pencipta kereta...kerana mereka bukan bangsa kite! agungkan pejuang syahid kite..semuge perjuangan mereka memberi bekas hingga ke akhirat...HIDUP MAT KILAU DLM JIWA SETIAP ANAK PAHANG!!!!"


~~ emo~~


wallahualam.


semuge akn bangkit lebih ramai lg Mat kilau di negeri Pahang...InsyaAllah!



13 September 2011

Ikan kelisa gergasi di Tasik Bera!!

Salam...

tajuk mau gempak...hehe

Seingat koi kali terakhir koi ke tasik Bera adalah pada tahun lepas pada bulan puasa,koi saja la berjalan ke situ memandangkan banyok kenangan alam remaja koi di tasik Bera ni............
Baru ni koi pergi lagi sekador utk mengisi masa lapang.terkanjat(shock) juge koi melihat perubahan drastik yang sudoh berlaku di tasik ini.

Apa kata aokme tengok je la gambo2 nih utk mendapatkan gambaran di tasik Bera sekarang...layanzzzzz!

Laluan pejalan kaki disediakan,aokme boleh la berjalan kaki dan menikmati permandangan yg mendamaikan te...laluan ni seakan mengelilingi separuh bahagian tasik bera..letih jugek la koi menapok.

Ni pulok jeti yg baru menggantikan jeti kayu sebelum nye..boleh sampai ke tengah tasik..betul2 tang lubuk keruing...nak mancing pun best..kaki pancing best la..aokme perati kan bawoh tu ade pelantor tempat nak turun naik bot atau nak diving ke...seronok ek?


Permandangan dari atas jeti..berbaloi kan?terus ke tengoh tasik...tapi kalo bawok budok tu kena perati kan..bimbang jugek jatuh ke air...tinggi tuuu....gayat!

Kebiruan air tasik Bera masih lagi seperti dulu-dulu..tenang,damai je rasanye bila peratikan air tasik te...jernih jugek..geram nak terjun..tapi segan pulok,sebab belakang jeti tu terletoknye resort.Kalo aokme ade bercadang nak bermalam dan mengalami suasana malam di tasik Bera,boleh la menyewa kat resort te.. berapa puloh/ratus ringgit la satu malam agoknye...hm...tak sempat koi bertanye.


Pelantor ni disediakan betul2 dibawoh dan bersebelahan kanan dari jeti te..luas jugek,bole la parking baring2 kalo ari malam..best giler...kalo ade rezeki nak jugek koi bermalam di sini...syok gek dengor tangkapan dan libasan ikan bilut dan tapoh pada malam hari,kuat sungguh bunyinye macam org tengah terjun ke air..kecebuss!!.....lama doh tak menghayati suasana di tasik bera..menginsafkan weh..moh la sekali..tempat pun dah di sediakan....ke gone?asyik turun kuantan je...sesekali meh ke Bera ni....


rasa taknak balik pun ade jugek..seronok..koi ni jenis tak boleh tengok air..rase nak terjun je..petang tu koi tengok ramai jugek yg tengah memancingnye..bot banyok di sediakan..mungkin nak kena sewa te,brp ringgit sejam koi tak pasti..jaket keselamatan pun ander di sediakan jugek..keselamatan no 1 ye dok?hehe...pelancong dari Timor-Timor agoknye te.


Tak sokmo aokme dapat bergambo dengan bapok segala arowana nih...mungkin ni la maskot tasik bera..ikan kelisa(bukan orang te)..setau koi mmg banyok ikan kelisa yg menghuni dlm tasik bera..hehe..orang dlm gambo te tidok koi kenali..tibe2 je ander nyibuk kat situ..hehee

Begitulah sepetang di tasik Bera..ade dah hajat nak datang lagi sekali..orang pun ramai yg datang bawok bebudok,anok dan bini...sesuai la kala nak berkeloh ke,santai2 petang,nak memancing dan berjoging pun boleh...banyok lagi tempat menarik di tasik bera ni,sesetengohnye tak sempat koi nak ambik gambo,aokme kena datang sendiri la kalo nak puas hati...koi ni promote te promote jugek..tapi kebersihan tasik Bera perlu la dijage bersama..frust jugek nengok tin minuman terapung tepi tasik te..mungkin pihak resort akan membersihkannye semula, tapi sampai bile nak harapkan orang menjaga segalanye utk kite,takkan kebersihan pun tak boleh nak jage sendiri....ke gone?
*Moh ke tasik Bera..............kalo pergi tahun lepas terasa ke ralat nye te,TAPI tahun ni insyaAllah tasik bera akan buat come back antara lokasi pelancongan yg mesti dikunjungi di negeri Pahang....moh deras wehhh.!hehe..selamat datang ke Tasik Bera..(promo)

**Kalo Temerloh bandor ikan patin,Maran bandor ayam kampung...Bera ??bandor Kelisa ok dak?tak pun bandor "jgn ke tidok"...hahaha..

8 November 2010

Luas lagi ke hutan di Pahang?+tahniah rahimin!hehe...

Salam..

First koi nak ucapkan Selamat dan tahniah kepada rahimin yg telah pun selamat di ijabkabulkan pada hari semalam..walaupun koi tak dapat menghadiri majlis kenduri kahwin beliau,koi dapt rasakan beliau begitu hebat di malam pertama nya...hehehe.....tahniah Min..semuge kekal ke akhir hayat.Amin....

Ok..baru ni koi sempat ke hutan kawasan Telemong,karak...kalo sebelum ni kawasan telemong adalah salah satu kawasan yg boleh koi kategorikan sebagai salah satu "Hutan yg mesti dikunjungi" di Pahang kerana keadaan hutan yg belum di jarah,air sungai yg jernih,cetek dan berbatu2,kawasan berbukit bukau yg amat indah sekali!sekali aokme sampai ke puncak bukit telemong aokme akn dpt melihat lambaian pucuk2 pokok meranti,merbau,keruing,tualang dan berbagai lg spesis kayu glamer..nun dari jauh aokme boleh lihat air terjun yg memutih jatuh dari entah mana..Subhanallah...itulah ungkapan pertama yg keluor dari mulut sesiapa shj yg melihat keindahan alam di situ.......


Air terjun pelangi di Sungai Lembing Pahang..foto menakjubkan ini hasil sumbangan saudara acham kepada semua warga Pahang...sayangilah alam semula jadi kata nya..

Tapi sayang.....kalau dulu keruing,meranti,merbau dan sgl jenis kaum pokok yg dulu megah berdiri di situ,kini dah terbaring di matau...menunggu masa utk di proses menjadi kayu komersil 1x2,2x4 atau pun beluti 4x4...tak pun jadi papan lapis buat lantai atau dinding kongsi.
kalau dulu air sungei nye jernih sejuk dan konfim ngeletor kalo terkena kulit kini keruh dan berkeladok hasil dari aktiviti pembalakan..tak koi nafikan koi dulu pun pernah cari makan dgn kerja pembalakan,tapi kini koi rasakan kerja pembalakan ni hanyalah demi wang dan keuntungan dlm masa singkat(juge banyok suap di sana-sini)..sedangkan proses pemulihan alam itu sendiri memakan masa ratusan malah ribuan tahun utk kembali seperti sediakala..Amat rugilah generasi akan datang bila payoh amat nak jumpe hutan di Pahang ni lagi.

Lagi satu foto dari acham...terima kasih kerana sempat merakamkan keindahan air terjun pelangi utk generasi yg akan datang... siape orang pahang yg belum pernah sampai ke sini??info??


Berapa luas kah lagi hutan di negeri ini?kebanyakan tempat yang telah koi pergi semua nye dah di jarah...sedih.

**terima kasih banyok kepada achamfoto krn mengizinkan koi buat posting dgn menggunakan foto dari koleksi beliau..

5 Ogos 2010

Anok koi.

Salam rodong,

lama rase nye koi dah tak mengupdatekan blog koi ni,sepanjang minggu lepas koi agok bz dgn bisnes Hyprobulksms..mungkin bulan pose dan raye yg dah dekat ni ramai pulok yg nak buat duit.Mungkin nk belanja utk raya ni agaknye.Tapi takpe lah tu,yg penting ade usaha dan istikomah dalam satu2 perbuatan InsyaAllah akan membuahkan hasil.

Bile sepanjang hari berjumpe dgn orang,terasa jugek ke letihnye..yelah,orang ni macam perangai dan ragam.Tapi apekan daye,dah nak buat duit pakse kan lah jugek.

Macam petang tadi,sampai depan pintu rumoh, anok koi yg no 2 si Nur Zulaikha te da tercegat depan pintu menyambut kepulangan koi,gitu lah sokmo,kite yg td letih pun boleh rase segar bile melihat cahaye mate menunggu kepulangan kite.Sedang elok koi nak masuk ke rumoh anok koi dah buat roadblock..


Ayah tunggu dulu..sambil dia menghulur sekeping kertas.


Koi pun buke lah sampul surat anok koi buatkan utk ayah dia ni..sejuk hati bile anak kite tulis dia sayangkan ayah dia..kite pernah ke tulis ke mak ayah kite camtu?tertanye-tanye jugek koi..Cuba aokme ingat-ingatkan semula,kalo belum boleh la buat lepas ni.. :)




rupenye dia melukis gambo rumoh ni untuk koi,lepas tu pada rumoh te ade pulok "Koi anak Pahang" dan "Saya anak Malaysia" hehe..mungkin anok koi yg sorang ni perasan ayah dia ni dah lama tak update blog.Hehehhe...



Ini lah anak koi yg no 2,nama dia Nur Zulaikha,umur 7 tahun..comel tak?Doa koi semuge satu hari nanti dia akan membesor dan menjadi orang yg berguna kepada agama,bangsa dan negara..dan yg paling penting menjadi seorg anok yg solehah.InsyaAllah..


Kadang-kadang te telatoh anok kite membuatkan kite naik angin..sebenarnye tak boleh menyalohkan bebudok jugek,mungkin kite yg kurang sabor.Ke gone?

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini