LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

Memaparkan catatan dengan label pendekar pahlawan pahang.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendekar pahlawan pahang.. Papar semua catatan

13 Disember 2012

Petikan kata mutiara dan pesan Pahlawan Mat Kilau

Assalamualaikumm.....

Bebaru ni koi ade terbaca satu buku tentang Pahlawan Mat Kilau..dalam buku tu ade menulis mutiara kata/pesan dari Mat Kilau kepada anok cucunye..di antara pesanan dan mutiara kata Pahlawan Mat Kilau  ialah:


  1. Janganlah kita menyusahkan orang lain,biarlah kita yang susah dan bersyukurlah selalu kepada Allah
  2. Biarlah orang lain menganiaya kita janganlah kita menganiaya orang lain.
  3. Kalau nak beramal,beramal lah dengan ayat al Quran tetapi bukan dengan tujuan tertentu,hendaklah sebaliknye beramal dan berzikir kerana ALLAH semata-mata.
  4. Bila amalan itu telah menjadi darah daging, dengan izin Allah kita akan selamat.Bersyukurlah kepada Allah dan janganlah sesekali kita takbur dan cuba menguji kelebihan yang kita perolehi itu.
  5. Syarat kepada setiap ilmu itu mestilah tidak boleh meninggalkan solat dan jika terpakse hendaklah menqado'kan dengan segera.
  6. Janganlah makan dan minum di kedai orang-orang bukan islam dan jika terpakse gunakan minuman yang bertutup(misalnye air kotak atau air botol)
  7. Jangan sesekali mereka yang beramal memasuki ke tokong,kuil atau gereja(tempat ibadat bukan islam)
  8. Kalau nak...bersahabatl dengan orang ghaib seperti wali Allah,jin islam dan orang bunian.Tetapi kalau hendak bersahabat dengan mereka ini,jangan kita cari tapi biarlah mereka yang mencari kita.
  9. Kalau kite nak bersahabat dengan hantu syaitan senang saje,petang dipuja petang itulah dia datang selalu.Tetapi sebaik-baiknye jauhilah makhluk yang dilaknat Allah itu,selamat hidup kite dunia dan akhirat.

Kata-kata dan pesanan Mat Kilau ini di peroleh oleh wartawan Mingguan Kota Abu Hassan Abdul hasil dari wawancara dengan cucu saudara Mat Kilau iaitu Cik Abu Bakar Hassan seperti yang tersiar di akhbar berkenaan pada 25 oktober 1987 di halaman 26



**Gambar di edit oleh penulis blog.

5 Julai 2012

Pawang Tersohor di Pahang(part 3)

Bismillahirohmanirrohimmm

Dengan nama Allah yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENGASIH


Assalamualaikum...


Almarhom Sultan Ahmad muazzam bendehara sri wak diraja,sultan pertama negeri Pahang selepas era bendehara.

Bertemu lagi pada sambungan kidah pawang besar di Pahang.Alhamdulillah di negeri pahang Allah SWT telah merahmati kite dengan tanah yang subur,kaya dengan tumbuhan dan fauna,binatang liar yang banyak khasiat kepada manusia dan juge sungai-sungai sebagai sumber mencari rezeki penduduk kampung di sepanjang tebing.

Pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad(1) lagi,sistem pemerintahan negeri itu bukanlah terletak kepada sultan sahaja,malah ada lagi pembesar-pembesar lain di samping Sultan ketika itu,contohnya Orang Kaya berempat,berlapan dan lain2 itu. kemudian ade juge pawang di raja..sebenornye koi sendiri pun tidoklah terlalu tahu sangat mengenai bagaimanakah tugasan pawang di raja itu,adekah beliau mengubat sakit?atau membantu sultan dalam hal2 berkaitan dengan sesuatu yang ghaib.Maklumlah pada zaman dahulu kala,penggunaan ilmu kebatinan adelah kemestian untuk menjadi senang.malah untuk berkahwin jugek paling tidok anak mudenye perlulah maher dalam imu persilatan zahir dan batin.Ini kerana untuk menjamin keselamatan bakal isteri dan anak mereka kelak.

Pawang Nong dan anak-naknye

Salah seorang Pawang di raja yang terkenal di zaman pemerintahan Almarhom Sultan Abu Bakar ialah Pawang Nong.Dia dilahirkan sekitor tahun 1870-1875,tarikh tepat tidaklah dapat koi temui lagi.Beliau adelah pengasas dan pembuka Kg Ulu Cheka di Jerantut.Dikatakan juge Nong ini telah berguru dengan banyak guru yang terdiri dari pawang diraja sebelum beliau yang berasal dari Guai,Bera.Ade juge yang menceritakan dia menuntut dengan seorang saudagar yg bernama Bintang terus dari Indonesia,dengan Mat Kilau Pahlawan pahang dan juge dengan seorang pawang perempuan yang bernama Pawang yang di kawasan ulu cheka.Semua cerite-cerite ini adelah cerite lisan dari mulut ke mulut sahaja.Sayang sekali tidok ade pihak yang membukukan kisoh orang hebat seperti Pawang Nong ini utnutk tatapan generasi akan datang.

Satu kisah yang menarik mengenai Pawang besar ini ialah pada zaman darurat,ketika itu tentera jepun telah memasuki kawasan kampung di Ulu cheka.Dengan ilmu yang ade Pawang nong telah memagar seluruh kawasan kampunng Ulu Cheka.Pagar yang dimaksudkan disini bukanlah pagor kawad besi,tetapi pagor yang menggunakan ayat quran.Bagaimana pawang Nong memagornye dengan ayat quran itu adelah tidak koi ketahui,tetapi dari ape yang koi pernah dengar dari pengamal ayat pelindung dari segala niat jahat baik manusia atau jin ialah dengan menggunakan ayatul qursi dan beberapa surah-surah lain.Dengan izin Allah taala,kawasan kg ulu Cheka tak dapat dimasuki tentera jepun.Lebih menggemporkan lagi apabile tentera-tentera jepun itu dilihat berenang-renang di dalam kebun getoh berhampiran kawasan kampung.Peristiwa bersejaroh ini disaksikan oleh ramai orang kampung.Selagi orang yang memagor 4 penjuru kampung itu tak membuke pagornye maka selagi itulah mereka yang berniat jahat ini akan sesat dalam kawasan yang sudah berpagor dengan ayat suci itu.

Pawang Nong

HEBAT BUKAN?bukan calang-calang orang nya untuk memagor SATU KAMPUNG...bukannye satu rumoh weh!....untuk sampai ke tahap itu,amalan-amalan wajib dan sunat adelah rutin dan makanan mereka..warak...tawadduk...taat...sujud...syukur...serah...Qanaah...YAKIN.
Siapekah orang seperti ini?bagi koi,ini lah dia di antara insan-insan yang diKasihi ALLAH.
Allah Maha Pemurah,tidak kira bangsa agama..usaha shj,insyaAllah dapat...tetapi untuk di Kasihi Nya...hanya insan-insan yang terpilih sahaja.Ilmu mereka cukup tinggi dan mendalam.Rahsia alam segala alam ditelapak tangannye.

Almarhom Sultan Abu Bakar
Dari cerite orang tua-tua.......Kisoh "naga".........
Ia ade hubung kaitnye dengan fenomena banjir besor di Pahang pada tahun 1920 an 1971,mungkin ade sesetengoh pembaca akan senyum sinis bile koi cerite kisoh makhluk naga,mungkin "sinis" kamu itu sebenarnye menunjukkan ceteknye ilmu kamu tentang alam segala alam....dangkalnye akal kamu kerana mengkaji kebesaran Ilahi hanye mengikut pandangan saintis barat yang berotakkan kuning.Tingginye hidung kamu kerana menolak mentah ape yang tidak kamu ketahui.

Logikakah bagi kamu apabile sebatang tongkat dicampakkan Musa dan bertukar menjadi ular besar yang memakan ular-ular ahli sihir?logikkah bila bulan terbelah dua hanya dengan memotong nye dengan jari?logikkah bagi kamu wahai cerdik pandai bila Rasulullah SAW; Sayyidina Muhammad meluncur kelangit ke tujuh bersama Jibril AS pada malam israk mikraj?
kamu mengiyekan kisah itu,tapi secara jujurnye kamu benar YAKIN?saintis barat tidak sekali pun mempercayai perkara begini selagi tidak berlaku didepan mata mereka...bukankah ini sifat bani israel?kenape perlu mencontohi bani israel yang sombong dan terase best sokmo itu? kerana kite terlalu banyok didedahkan dengan tipu daye mereka..hinggekan cara kite berfikir juge lebih kirang sama dengan mereka.


 Ampun maaf andai ade terkasar bahase..lidah tak bertulang.


**sumber gambor dari blog abg yassin http://akuanakpahang.blogspot.com  

 **sumber cerite dari : Group CAKNA ANAK PAHANG (khas untuk pencinta sejarah PAHANG dan juge untuk menjalinkan silaturrahim sesama kite orang pahang.Meh Join! tak rugi..InsyaAllah.





7 Mei 2012

Memperingati kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar Pahang

Assalamua'laikum kepada semua warge Pahang walau dimane sekalipun anda berada. :)

Senyum sumbing je aokme sekarang yek?Mentang-mentanglah cuti hari HOL,pepagi lagi dan mentenet..hehehe..

Baik...

Hari HOL? kite bercuti sangat,tapi tahu kah kite akan ertinye?

HARI HOL ITU: 

Memperingati kemangkatan Sultan Pahang Keempat : Almarhum Sultan Abu Bakar .Seluruh negeri Pahang akan bercuti  pada setiap 7 MEI untuk memperingati kemangkatan tokoh sultan melayu ini.

Al - fatihah.....



 

SEJARAH RINGKAS 


Tengku Abu Bakar ialah putera sulung Sultan Abdullah telah ditabalkan menjadi sultan pada tanggal 28 mei 1933.Baginda telah banyak melakukan perubahan dan pendekatan corak pemerintahan setelah tamat era Sultan Ahmad Bendahara Siwa di raja (1882-1914)

Almarhum Sultan Abu Bakar ialah seorang yang 'mesra rakyat' ,oleh kerana sifat kasihnye itu, telah membuat kan nama baginda tidak pernah lekang di dalam hati setiap orang Pahang dan selalu menjadi sebutan dari mulut ke mulut di serata negeri.

Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Raja Fatimah, puteri kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Idris Shah, di Kuala Kangsar, Perak. Perkahwinan Baginda merupakan perkahwinan di antara dua kerabat Diraja yang mempunyai pertalian persaudaraan iaitu saudara sepupu melalui bonda Tengku Ampuan Fatimah yang bernama Tengku Nong binti Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah....


wallahua'lam.


Sekian






13 Disember 2011

Cucu Mat Kilau telah Meninggal Dunia!


Panass!!

sumber dari : Sini

KUANTAN12 Dis - Cucu Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau (foto) iaitu Ibrahim bin Umar telah meninggal dunia di Kg.Pulau Tawar Jerantut pada hari ini. Berdasarkan sumber, arwah meninggal dipercayai akibat sakit tua dan beliau tidak meninggalkan seorangnya keturunannya. Ibrahim yang juga dikenali sebagai "Aki Aik" oleh penduduk Pulau Tawar dipercayai tidak berkahwin sepanjang hidupnya. Beliau merupakan anak kepada Omar Bin Mat Kilauiaitu anak kepada Mat Kilau bersama isterinya Teh Mahda. Arwah merupakan satu-satunya "Cucu Asal" Pahlawan Melayu Pahang itu yang masih tinggal di kamoung asal pahlawan tersebut. Semasa hayatnya, arwah tidak dapat banyak menyumbang ke arah perjuangan membela rakyat seperti yang dilakukan oleh nenek moyang terdahulu. Cuma, arwah hanya menjadi tempat kunjungan para wartawan media dari seluruh dunia untuk mendapatkan pandangan dan komen beliau tentang perjuangan pahlawan Melayu Pahang itu. Semasa hayatnya juga, arwah lebih banyak menghabiskan masa dirumahnya. Dalam satu pertemuan dengan krew PDO beberapa tahun yang lalu arwah nyata kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri Pahang yang gagal membantu membangunkan semula peninggalan sejarah pahlawan Mat Kilau dan Tok Gajah di Pulau Tawar. Malah, beliau juga kecewa dengan sikap wartawam media dan majalah yang hanya mengaut untuk menghasilkan artikel dan buku-buku berkaitan perjuangan Mat Kilau sedangkan tiada royalti langsung yang dipulangkan kepada keturunan pahlawan Melayu Pahang itu. Terbaru, cerita "Mat Kilau" pula mahu difilemkan oleh pihak tertentu. "Semuanya mahu untung, tapi sedikit pun tidak disumbangkan kepada kami", kata Arwah ketika itu. Kini, kampung asal Pahlawam Melayu Pahang itu terus terbiar layu dan tiada pembangunan sejarah yang dilakukan oleh kerajaan selama ini. Malah, makam Mat Kilau sendiri pun terpaksa dibangunkan oleh pihak swasta sebelum ini. Dengan kematian "Cucu Mat Kilau" ini, maka berakhirlah sudah riwayat salah silah keluarga asal Mat Kilau di Pulau Tawar. Mungkin yang ada ialah keturunan Mat Kilau diluar Pulau Tawar yang kini bertebaran di seluruh negara. Al-Fatihah buat roh arwah Ibrahim.
Sedih.....sedih mengenangkan nasib anak pahlawan Pahang.....
Mat Kilau @ Muhammad ialah pahlawan terbilang negeri Pahang.Dia bukanlah seorg penderhaka spt yg penjajah laknat dakwakan,malah beliau banyak membantu sultan Ahmad dalam memerangi pencabarnya ketika pemberontakan Pahang./perang Bendahara
Mat Kilau seorang pahlawan agung yang berjuang menentang penjajahan Inggeris kerana Islam. Pemergiaan cucunya ini merupakan satu kehilangan besar buat roh perjuangan Islam di Pahang. Sejak zaman berzaman, memang Pulau Tawar terus terpinggir dari arus pembangunan. Entah apa sebabnya pun kita tidak tahu. Cukup berbeza dengan Pasir Salak (Perak), Kg.Duyung (Melaka), Padang Mat Sirat (Langkawi) dan sebagainya, Kerajaan Negeri masing-masing membangunkan kawasan tersebut sebagai kawasan sejarah untuk dikunjungi oleh generasi muda hari ini. 


Hugh Clifford (tengah) menjadi dalang dlm meruntuhkan keharmonian dalam negeri Pahang...Cilake la aok!

Namun, Pulau Tawar hanya ada "makam Mat Kilau" yang dijaga dengan rapi sebaliknya Masjid Lama tempat beliau isytiharkan dirinya Mat Kilau, rumah kelahirannya, tempat beliau mengajar ilmu persilatan, serta lain-lain peninggalan sejarah yang sepatutnya boleh dijadikan produk pelancongan terbiar layu. 


Sultan Ahmad Muazzam Shah of Pahang 1836-1914


Kerajaan Negeri Pahang langsung tidak berusaha untuk membangunkan lokasi berkenaan selama ini. Malah, kebajikan keturunan Mat Kilau juga tidak terurus termasuk arwah Ibrahim Bin Omar itu. Beginilah nasib pejuang Melayu Pahang. Namanya diagungkan tetapi pengorbanan dan perjuangannya dipinggirikan oleh arus pembangunan..(malunye koi kala jadi org kerajaan negeri Pahang..bangse tak kenang jase ke aokme nih??
Sultan Ahmad Muazzam Shah
Koi pun tak puas hati jugek...
MB Pahang SILA BACA!

"tolonglah....kenanglah jasa2 mereka dlam menangani musuh2 islam...Semuga Allah mencucuri RahmatNya ke atas para pejuang yg telh gugur syahid.


Kenapa pihak kerajaan negeri seperti langsung tidak mahu memperkenalkan tokoh mulia ini kepada anak muda di Pahang?sedangkan anak2 muda pahang semua nya sayangkan beliau,semuanya kagum dgn perjuangan dan kebijaksanaan beliau menangani Inggeris keparat??kenapa waris2 beliau hidup susah??kenapa nak ajar orang muda dgn sikap tidok mengenang jasa dan tak pandai berterima kasih??


Dimanakah belas ihsan kite??Mahal sgtkah harge sebuah perjuangan yg bertagam  nyawa dan keluarge hanya utk mempertahankan  bumi Pahang dirogol inggeris???


Hanya Allah jualah tpt koi mengadu...muge Allah memberkati perjuangan mereka semua hingga ke anak cucu cuet dll................................


Jangan agungkan pencipta mentol,jgn agungkan pencipta telefon,jgn agungkan pencipta kereta...kerana mereka bukan bangsa kite! agungkan pejuang syahid kite..semuge perjuangan mereka memberi bekas hingga ke akhirat...HIDUP MAT KILAU DLM JIWA SETIAP ANAK PAHANG!!!!"


~~ emo~~


wallahualam.


semuge akn bangkit lebih ramai lg Mat kilau di negeri Pahang...InsyaAllah!



BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini