LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

Memaparkan catatan dengan label kerajaan negeri Pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerajaan negeri Pahang. Papar semua catatan

1 Ogos 2013

Pencerobohan di Tasik Bera dan Mat Sesibo

Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas 980+- ekar(400 hektar) di kawasan tapak RAMSAR tasik Bera diantaranye termasuklah Mat Sesibo....
"Ceroboh hutan tu faham da koi...kitnye (tapi) RAMSAR te mende jadohnye pulok??" terpinga Mat Sersibo dibuatnye,bertamboh-tamboh dengan rasa malu pd diri sdri bila Mat Sesibo dapat tau menatang RAMSAR tu ade kena ngena dengan bab antarabangsa-antarabangsa nih..terase amat dirinye persis seekor katok yang duduk bawoh tempurung,dah la itu tempurung tu pulok jenis hat yang takde lubang di atasnye tu....namun dia redha.

Mat Sesibo terfikir mesti ramai lagi orang-orang dlm daeroh Bere hat tak tahu apa itu RAMSAR dan kaitannye dengan tasik bera'nye' itu..Dia yakin bukanlah dirinya sahaje yg persis makhluk dua alam yg hanya duduk bawoh tempurung buta...kalau ade yg tahu pasti ramai yg menceritekan tentang perkara ini di kedai2 kopi....tanpa melengahkan masa,Mat Sesibo pun onlinekan dirinye dan akhirnye beliau berjaya mengetahui secara asas apekah maksud RAMSAR dan apa pula fungsinya....dia membaca petikan2 yg dijumpainye ttg ramsar.....antara yg difahaminye seperti:

"Ramsar disertai oleh pelbagai lapisan masayarakat dari seluruh dunia dan telah ditubuhkan pada tahun 1971 di Ramsar,Iran yg dikenali sebagai Ramsar convention ketika itu...dari situ lah deme dpt nama ramsar itu rupenye... Misi utama dalam RAMSAR ialah Pemuliharaan dan penjagaan kawasan tanah lembab semulajadi spt tasik,paya,sungai dll....memandangksn TAsik bera adelah kawasan tanah lembab dan juga kawasan tadahan hujan semulajadi.. Ramsar telah mewartakan Tasik Bera dan kawasan sekelilingnye dibawah akta perlindungan mereka.Mereka telah menggariskan berbagai2 cara dalam memastikan habitat dan ekosistemnya tidak terganggu dan sentiasa terpelihara demi menjamin habitatnye sentiasa dalam keadaan baik dan dapat terus menjadikan Tasik Bera sebagai tempat pelbagai spesis haiwan,ikan dan juge tumbuhan fauna mendapatkan sumber pemakanan dan sekaligus Ramsar dapat menyumbangkan tenaga dalam proses penjagaan alam sekitar dgn kerjasama pihak berkuasa tempatan.

**kalau rase tak faham dengan penerangan koi di atas tentang RAMSAR dan kaitannye dgn Tasik Bera,boleh lah ke link ini dan ini...

Mat Sesibo tak malu menyamakan dirinye seperti seekor katok..(dalam gambar - Mati Katok) 

Aktiviti pencerobohan hutan yang berlaku di tapak Ramsar TasikBera yg heboh kuor kat TV3 bebaru ni melibatkan keluasan yg hampir 1000 ekar...hutan tu gondoi gitu hajek,ade pihak yg rajin nak tanam sawit pulok dalam kawasan tu,mungkin mereka memikirkan utk menggantikan kkayu kayan itu dgn pohon2 sawit fungsinye juge sama bukan?takkan pokok palma nak disamakan dgn pokok cengal,merbau,tualang??mesti tiap satu ade kepentingannye..Ahhhh!...Peniing kepala Mat memikirkan bagaimana pencerobohan tu BOLEH  berlaku dlm kawasan RAMSAR yg tahap dunia tu?? 
Bentaknye lagi "mungkinkan sipenceroboh tu adelah golongan professional?mereka sangat pakar dan terlatih dlm buat kerje....hinggekan seorgpun tak menyedari begitu luas kawasan hutan sudah terang menjadi padang jarak..
kalau tak disebabkan begitu,takkan lah tapak yg telah diwartakan sebagai khazanah semula jadi yang penting di DUNIA itu dapat merek cerobohi???siapekah mereka itu??? siape pulok yg nak dipersalohkan dlm hal ni??"gitulah gaduh hati Mat Sesibo,hati seorang pencinta alam semulajadi ciptaan Allah SWT.

Mat Sesibo faham sangat tabiat sesetengoh rodong-rodongnye bila berlaku je mende gini banyoklah yg mengeluorkan pendapat masing-masingnye nanti,yg paling dia tak kenan ialah sikap nak mencari salah orang...Dia sokmo berleter sengsorang sambil menoreh getah di kebun Pak Daud..."cukup-cukuplah asyik nak salahkan orang,kata orang ni makan rasuah lah,orang tu makan gaji buta la,dan mcam2 tohmahan hat deme lemporkan...setiap tuduhan deme tu boleh dikategorikan sebagai separa fitnoh."Gitulah rungut hati Mat Sesibo yg sokmonye penuh dengan kekecewaan.

Biarpun sebelum ni beliau umpamakan dirinye seperti katak bawoh tempurung buta dan suka merepek sorang-sorang...dia sokmo bersyukur kpd Allah krn mengurniakan nya hati yg hidup dgn cahaya kebenaranNya,dia sedor melalui cahaya itulah dia dapat menyuluh setiap terlebih dahulu setiap perlakuannye itu supaya dia boleh membezakan yang mana kah sifat si Iblis dan yg mana pulok sifat yg di ajar dek Nabi Muhammad SAW...sefahaman akalnye yg dangkal itu... bila dah suluh baru buleh kenal antara dua sifat tu tadi ...bile da kenal,takdelah nak mencari salah orang lain lagi bila selalu tersuluhkan dengan kesalahan-kesalahan diri sendiri.....

Gambar hiasan 

Mat Sesibo akan merepek sorang-sorang bila dia balik dari surau kampungnye...
 "KENAPA TAK cuba tanye kan diri sendiri sebelum nak menyalahkan mane2 pihak..renungkan kan dulu "pernah ke sedar bahawa tanggungjawab menjaga alam ciptaan Allah ni telah diamanahkanNya kepada kita semua?? kenape nak salahkan orang lagi??" bgitulah repekan Mat Sesibo mengingatkan dirinye sendiri disepanjang perjalanannye balik ke tempat diamnye....

 "Duduk di rumoh juge amannye,tenang dan mengasyikkan..."bisiknye tersengeh riang...biorpun rumoh Mat selayoknye bergelor reban ayam,namun itulah syurganya.......


*Adapun cerita ini adelah cerita rekaan semata-mata dan takde kena mengena dengan mane2 individu yg masih hidup ataupun yg sudah meninggal dunia.

7 Mei 2012

Memperingati kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar Pahang

Assalamua'laikum kepada semua warge Pahang walau dimane sekalipun anda berada. :)

Senyum sumbing je aokme sekarang yek?Mentang-mentanglah cuti hari HOL,pepagi lagi dan mentenet..hehehe..

Baik...

Hari HOL? kite bercuti sangat,tapi tahu kah kite akan ertinye?

HARI HOL ITU: 

Memperingati kemangkatan Sultan Pahang Keempat : Almarhum Sultan Abu Bakar .Seluruh negeri Pahang akan bercuti  pada setiap 7 MEI untuk memperingati kemangkatan tokoh sultan melayu ini.

Al - fatihah.....



 

SEJARAH RINGKAS 


Tengku Abu Bakar ialah putera sulung Sultan Abdullah telah ditabalkan menjadi sultan pada tanggal 28 mei 1933.Baginda telah banyak melakukan perubahan dan pendekatan corak pemerintahan setelah tamat era Sultan Ahmad Bendahara Siwa di raja (1882-1914)

Almarhum Sultan Abu Bakar ialah seorang yang 'mesra rakyat' ,oleh kerana sifat kasihnye itu, telah membuat kan nama baginda tidak pernah lekang di dalam hati setiap orang Pahang dan selalu menjadi sebutan dari mulut ke mulut di serata negeri.

Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Raja Fatimah, puteri kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Idris Shah, di Kuala Kangsar, Perak. Perkahwinan Baginda merupakan perkahwinan di antara dua kerabat Diraja yang mempunyai pertalian persaudaraan iaitu saudara sepupu melalui bonda Tengku Ampuan Fatimah yang bernama Tengku Nong binti Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah....


wallahua'lam.


Sekian






13 Disember 2011

Cucu Mat Kilau telah Meninggal Dunia!


Panass!!

sumber dari : Sini

KUANTAN, 12 Dis - Cucu Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau (foto) iaitu Ibrahim bin Umar telah meninggal dunia di Kg.Pulau Tawar Jerantut pada hari ini. Berdasarkan sumber, arwah meninggal dipercayai akibat sakit tua dan beliau tidak meninggalkan seorangnya keturunannya. Ibrahim yang juga dikenali sebagai "Aki Aik" oleh penduduk Pulau Tawar dipercayai tidak berkahwin sepanjang hidupnya. Beliau merupakan anak kepada Omar Bin Mat Kilauiaitu anak kepada Mat Kilau bersama isterinya Teh Mahda. Arwah merupakan satu-satunya "Cucu Asal" Pahlawan Melayu Pahang itu yang masih tinggal di kamoung asal pahlawan tersebut. Semasa hayatnya, arwah tidak dapat banyak menyumbang ke arah perjuangan membela rakyat seperti yang dilakukan oleh nenek moyang terdahulu. Cuma, arwah hanya menjadi tempat kunjungan para wartawan media dari seluruh dunia untuk mendapatkan pandangan dan komen beliau tentang perjuangan pahlawan Melayu Pahang itu. Semasa hayatnya juga, arwah lebih banyak menghabiskan masa dirumahnya. Dalam satu pertemuan dengan krew PDO beberapa tahun yang lalu arwah nyata kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri Pahang yang gagal membantu membangunkan semula peninggalan sejarah pahlawan Mat Kilau dan Tok Gajah di Pulau Tawar. Malah, beliau juga kecewa dengan sikap wartawam media dan majalah yang hanya mengaut untuk menghasilkan artikel dan buku-buku berkaitan perjuangan Mat Kilau sedangkan tiada royalti langsung yang dipulangkan kepada keturunan pahlawan Melayu Pahang itu. Terbaru, cerita "Mat Kilau" pula mahu difilemkan oleh pihak tertentu. "Semuanya mahu untung, tapi sedikit pun tidak disumbangkan kepada kami", kata Arwah ketika itu. Kini, kampung asal Pahlawam Melayu Pahang itu terus terbiar layu dan tiada pembangunan sejarah yang dilakukan oleh kerajaan selama ini. Malah, makam Mat Kilau sendiri pun terpaksa dibangunkan oleh pihak swasta sebelum ini. Dengan kematian "Cucu Mat Kilau" ini, maka berakhirlah sudah riwayat salah silah keluarga asal Mat Kilau di Pulau Tawar. Mungkin yang ada ialah keturunan Mat Kilau diluar Pulau Tawar yang kini bertebaran di seluruh negara. Al-Fatihah buat roh arwah Ibrahim.
Sedih.....sedih mengenangkan nasib anak pahlawan Pahang.....
Mat Kilau @ Muhammad ialah pahlawan terbilang negeri Pahang.Dia bukanlah seorg penderhaka spt yg penjajah laknat dakwakan,malah beliau banyak membantu sultan Ahmad dalam memerangi pencabarnya ketika pemberontakan Pahang./perang Bendahara
Mat Kilau seorang pahlawan agung yang berjuang menentang penjajahan Inggeris kerana Islam. Pemergiaan cucunya ini merupakan satu kehilangan besar buat roh perjuangan Islam di Pahang. Sejak zaman berzaman, memang Pulau Tawar terus terpinggir dari arus pembangunan. Entah apa sebabnya pun kita tidak tahu. Cukup berbeza dengan Pasir Salak (Perak), Kg.Duyung (Melaka), Padang Mat Sirat (Langkawi) dan sebagainya, Kerajaan Negeri masing-masing membangunkan kawasan tersebut sebagai kawasan sejarah untuk dikunjungi oleh generasi muda hari ini. 


Hugh Clifford (tengah) menjadi dalang dlm meruntuhkan keharmonian dalam negeri Pahang...Cilake la aok!

Namun, Pulau Tawar hanya ada "makam Mat Kilau" yang dijaga dengan rapi sebaliknya Masjid Lama tempat beliau isytiharkan dirinya Mat Kilau, rumah kelahirannya, tempat beliau mengajar ilmu persilatan, serta lain-lain peninggalan sejarah yang sepatutnya boleh dijadikan produk pelancongan terbiar layu. 


Sultan Ahmad Muazzam Shah of Pahang 1836-1914


Kerajaan Negeri Pahang langsung tidak berusaha untuk membangunkan lokasi berkenaan selama ini. Malah, kebajikan keturunan Mat Kilau juga tidak terurus termasuk arwah Ibrahim Bin Omar itu. Beginilah nasib pejuang Melayu Pahang. Namanya diagungkan tetapi pengorbanan dan perjuangannya dipinggirikan oleh arus pembangunan..(malunye koi kala jadi org kerajaan negeri Pahang..bangse tak kenang jase ke aokme nih??
Sultan Ahmad Muazzam Shah
Koi pun tak puas hati jugek...
MB Pahang SILA BACA!

"tolonglah....kenanglah jasa2 mereka dlam menangani musuh2 islam...Semuga Allah mencucuri RahmatNya ke atas para pejuang yg telh gugur syahid.


Kenapa pihak kerajaan negeri seperti langsung tidak mahu memperkenalkan tokoh mulia ini kepada anak muda di Pahang?sedangkan anak2 muda pahang semua nya sayangkan beliau,semuanya kagum dgn perjuangan dan kebijaksanaan beliau menangani Inggeris keparat??kenapa waris2 beliau hidup susah??kenapa nak ajar orang muda dgn sikap tidok mengenang jasa dan tak pandai berterima kasih??


Dimanakah belas ihsan kite??Mahal sgtkah harge sebuah perjuangan yg bertagam  nyawa dan keluarge hanya utk mempertahankan  bumi Pahang dirogol inggeris???


Hanya Allah jualah tpt koi mengadu...muge Allah memberkati perjuangan mereka semua hingga ke anak cucu cuet dll................................


Jangan agungkan pencipta mentol,jgn agungkan pencipta telefon,jgn agungkan pencipta kereta...kerana mereka bukan bangsa kite! agungkan pejuang syahid kite..semuge perjuangan mereka memberi bekas hingga ke akhirat...HIDUP MAT KILAU DLM JIWA SETIAP ANAK PAHANG!!!!"


~~ emo~~


wallahualam.


semuge akn bangkit lebih ramai lg Mat kilau di negeri Pahang...InsyaAllah!



BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini