LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

Memaparkan catatan dengan label syahid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syahid. Papar semua catatan

13 Disember 2011

Cucu Mat Kilau telah Meninggal Dunia!


Panass!!

sumber dari : Sini

KUANTAN, 12 Dis - Cucu Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau (foto) iaitu Ibrahim bin Umar telah meninggal dunia di Kg.Pulau Tawar Jerantut pada hari ini. Berdasarkan sumber, arwah meninggal dipercayai akibat sakit tua dan beliau tidak meninggalkan seorangnya keturunannya. Ibrahim yang juga dikenali sebagai "Aki Aik" oleh penduduk Pulau Tawar dipercayai tidak berkahwin sepanjang hidupnya. Beliau merupakan anak kepada Omar Bin Mat Kilauiaitu anak kepada Mat Kilau bersama isterinya Teh Mahda. Arwah merupakan satu-satunya "Cucu Asal" Pahlawan Melayu Pahang itu yang masih tinggal di kamoung asal pahlawan tersebut. Semasa hayatnya, arwah tidak dapat banyak menyumbang ke arah perjuangan membela rakyat seperti yang dilakukan oleh nenek moyang terdahulu. Cuma, arwah hanya menjadi tempat kunjungan para wartawan media dari seluruh dunia untuk mendapatkan pandangan dan komen beliau tentang perjuangan pahlawan Melayu Pahang itu. Semasa hayatnya juga, arwah lebih banyak menghabiskan masa dirumahnya. Dalam satu pertemuan dengan krew PDO beberapa tahun yang lalu arwah nyata kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri Pahang yang gagal membantu membangunkan semula peninggalan sejarah pahlawan Mat Kilau dan Tok Gajah di Pulau Tawar. Malah, beliau juga kecewa dengan sikap wartawam media dan majalah yang hanya mengaut untuk menghasilkan artikel dan buku-buku berkaitan perjuangan Mat Kilau sedangkan tiada royalti langsung yang dipulangkan kepada keturunan pahlawan Melayu Pahang itu. Terbaru, cerita "Mat Kilau" pula mahu difilemkan oleh pihak tertentu. "Semuanya mahu untung, tapi sedikit pun tidak disumbangkan kepada kami", kata Arwah ketika itu. Kini, kampung asal Pahlawam Melayu Pahang itu terus terbiar layu dan tiada pembangunan sejarah yang dilakukan oleh kerajaan selama ini. Malah, makam Mat Kilau sendiri pun terpaksa dibangunkan oleh pihak swasta sebelum ini. Dengan kematian "Cucu Mat Kilau" ini, maka berakhirlah sudah riwayat salah silah keluarga asal Mat Kilau di Pulau Tawar. Mungkin yang ada ialah keturunan Mat Kilau diluar Pulau Tawar yang kini bertebaran di seluruh negara. Al-Fatihah buat roh arwah Ibrahim.
Sedih.....sedih mengenangkan nasib anak pahlawan Pahang.....
Mat Kilau @ Muhammad ialah pahlawan terbilang negeri Pahang.Dia bukanlah seorg penderhaka spt yg penjajah laknat dakwakan,malah beliau banyak membantu sultan Ahmad dalam memerangi pencabarnya ketika pemberontakan Pahang./perang Bendahara
Mat Kilau seorang pahlawan agung yang berjuang menentang penjajahan Inggeris kerana Islam. Pemergiaan cucunya ini merupakan satu kehilangan besar buat roh perjuangan Islam di Pahang. Sejak zaman berzaman, memang Pulau Tawar terus terpinggir dari arus pembangunan. Entah apa sebabnya pun kita tidak tahu. Cukup berbeza dengan Pasir Salak (Perak), Kg.Duyung (Melaka), Padang Mat Sirat (Langkawi) dan sebagainya, Kerajaan Negeri masing-masing membangunkan kawasan tersebut sebagai kawasan sejarah untuk dikunjungi oleh generasi muda hari ini. 


Hugh Clifford (tengah) menjadi dalang dlm meruntuhkan keharmonian dalam negeri Pahang...Cilake la aok!

Namun, Pulau Tawar hanya ada "makam Mat Kilau" yang dijaga dengan rapi sebaliknya Masjid Lama tempat beliau isytiharkan dirinya Mat Kilau, rumah kelahirannya, tempat beliau mengajar ilmu persilatan, serta lain-lain peninggalan sejarah yang sepatutnya boleh dijadikan produk pelancongan terbiar layu. 


Sultan Ahmad Muazzam Shah of Pahang 1836-1914


Kerajaan Negeri Pahang langsung tidak berusaha untuk membangunkan lokasi berkenaan selama ini. Malah, kebajikan keturunan Mat Kilau juga tidak terurus termasuk arwah Ibrahim Bin Omar itu. Beginilah nasib pejuang Melayu Pahang. Namanya diagungkan tetapi pengorbanan dan perjuangannya dipinggirikan oleh arus pembangunan..(malunye koi kala jadi org kerajaan negeri Pahang..bangse tak kenang jase ke aokme nih??
Sultan Ahmad Muazzam Shah
Koi pun tak puas hati jugek...
MB Pahang SILA BACA!

"tolonglah....kenanglah jasa2 mereka dlam menangani musuh2 islam...Semuga Allah mencucuri RahmatNya ke atas para pejuang yg telh gugur syahid.


Kenapa pihak kerajaan negeri seperti langsung tidak mahu memperkenalkan tokoh mulia ini kepada anak muda di Pahang?sedangkan anak2 muda pahang semua nya sayangkan beliau,semuanya kagum dgn perjuangan dan kebijaksanaan beliau menangani Inggeris keparat??kenapa waris2 beliau hidup susah??kenapa nak ajar orang muda dgn sikap tidok mengenang jasa dan tak pandai berterima kasih??


Dimanakah belas ihsan kite??Mahal sgtkah harge sebuah perjuangan yg bertagam  nyawa dan keluarge hanya utk mempertahankan  bumi Pahang dirogol inggeris???


Hanya Allah jualah tpt koi mengadu...muge Allah memberkati perjuangan mereka semua hingga ke anak cucu cuet dll................................


Jangan agungkan pencipta mentol,jgn agungkan pencipta telefon,jgn agungkan pencipta kereta...kerana mereka bukan bangsa kite! agungkan pejuang syahid kite..semuge perjuangan mereka memberi bekas hingga ke akhirat...HIDUP MAT KILAU DLM JIWA SETIAP ANAK PAHANG!!!!"


~~ emo~~


wallahualam.


semuge akn bangkit lebih ramai lg Mat kilau di negeri Pahang...InsyaAllah!



2 September 2009

re-POST sempena MERDEKA ..Ni lah para pejuang sejati tanahair kite..

Mungkin ramai yg dah tau,atau mungkin ade yg tak tau lagi mengenai perjuangan orang melayu kite menentang penjajah dizaman dahulu kala lagi..mereka ni pun pejuang-pejuang islam yg berjiwa kental,bertaqwa dan macam-macam kehebatan lagi..marilah kita mengenangkan pengorbanan mereka dan bersyukur kpd Allah kerana mengurniakan kepada negara kite pejuang islam yg cukup hebat pada satu masa dahulu...inilah beberapa gambo yg koi dapat kumpulkan utk wokme semua,walaupun masih ramai lagi pejuang kemerdekaan yg lainnye,setakat ni dulu yg dapat koi kongsikan bersama..so check it out!


Pahlawan Mat kilau bin Imam Rasu@Tok Gajah, pejuang islam dari jerantut ini amat terkenal dan cukup hebat di zaman perjuangan pendekar melayu memerangi inggeris durjana..beliau seangkatan dengan dato Bahaman,Tok Gajah dan ramai lagi pejuang islam ketika itu..pernah gemparkan negara dengan kemunculannye sekitar tahun 1969 di masjid Kg Pulau tawar di Jerantut iaitu tempat tumpah darahnye.Selepas 4 hari mendedahkan identiti sebenar, beliau meninggal dunia pada umur 122 tahun..Innalillah...


Dato Bahaman Orang kaya Setia Semantan atau nama sebenarnye (Abdul Rahman),pejuang hebat dari semantan,kehebatan dan kesabarannye amat koi kagumi sampai sekarang,walaupun pernah digelar penderhaka namun semuanye adalah fitnah pihak inggeris terhadap beliau dan rakan seperjuangannye,didaerah bera masih ada cucu cicit Dato Bahaman ni kala nak tau tp diaorg low profile..wokme nak tengok wajah pendekar pahang?ini lah dia...(wallahualam)



Tok janggut...wajah tenang mujahid islam yg gugur,perjuangannye menentang inggeris hingga ke akhir hayatnye sepatutnye kite teladani..merekalah PELOPOR pejuang kemerdekaan yg sejati,tanpa mereka kite mungkin masih dijajah..wallahualam.


Dari Pahang menyusur ke Kelantan menjejak pahlawan hebat Tok Janggut atau Hj Mat Hassan,yg gugur syahid ditangan Inggeris laknat..hinggakan pihak inggeris laknat mengantung jenazah mujahid ini kaki ke atas dan di arak di sekitar bandar Kota Bharu..semuga roh nye dicucuri Rahmat..Amin dan al-fatihah.




Pejuang kemerdekaan seterusnye ialah Dato Maharajalela,Dato Sagor dan sahabatnye yang mengetuai pembunuhan residen British J.W.W Birch...Namun, perjuangan beliau dan sahabatnye didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14-22 Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Larut.Semuga Allah merahmati mereka dan jasa mereka tetap dikenang sampai bile-bile...


Siapa kau??Siapa aku??dan Siape kite??kite lah pewaris hasil perjuangan mereka,tanpe mereka kita mungkin masih dijajah macam hamba abdi...marilah sedetik kite pejamkan mata,kosongkan minda dan tadahkan kan tangan sambil membacakan Al Fatihah utk roh mereka,mudahan pahala bacaan nye kite hadiahkan ikhlas kepada mereka tanda sayang kite kepada mereka dan syukur kite kepada Allah...AL FATIHAH..

***
koi saje postkan lagi sekali entry ni utk tatapan semua sempena bulan kemerdekaan..
MERDEKA!!!!!!!!
MERDEKA!!!!!!!!
MERDEKA!!!!!!!!

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini