LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

Memaparkan catatan dengan label pawang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pawang. Papar semua catatan

5 Julai 2012

Pawang Tersohor di Pahang(part 3)

Bismillahirohmanirrohimmm

Dengan nama Allah yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENGASIH


Assalamualaikum...


Almarhom Sultan Ahmad muazzam bendehara sri wak diraja,sultan pertama negeri Pahang selepas era bendehara.

Bertemu lagi pada sambungan kidah pawang besar di Pahang.Alhamdulillah di negeri pahang Allah SWT telah merahmati kite dengan tanah yang subur,kaya dengan tumbuhan dan fauna,binatang liar yang banyak khasiat kepada manusia dan juge sungai-sungai sebagai sumber mencari rezeki penduduk kampung di sepanjang tebing.

Pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad(1) lagi,sistem pemerintahan negeri itu bukanlah terletak kepada sultan sahaja,malah ada lagi pembesar-pembesar lain di samping Sultan ketika itu,contohnya Orang Kaya berempat,berlapan dan lain2 itu. kemudian ade juge pawang di raja..sebenornye koi sendiri pun tidoklah terlalu tahu sangat mengenai bagaimanakah tugasan pawang di raja itu,adekah beliau mengubat sakit?atau membantu sultan dalam hal2 berkaitan dengan sesuatu yang ghaib.Maklumlah pada zaman dahulu kala,penggunaan ilmu kebatinan adelah kemestian untuk menjadi senang.malah untuk berkahwin jugek paling tidok anak mudenye perlulah maher dalam imu persilatan zahir dan batin.Ini kerana untuk menjamin keselamatan bakal isteri dan anak mereka kelak.

Pawang Nong dan anak-naknye

Salah seorang Pawang di raja yang terkenal di zaman pemerintahan Almarhom Sultan Abu Bakar ialah Pawang Nong.Dia dilahirkan sekitor tahun 1870-1875,tarikh tepat tidaklah dapat koi temui lagi.Beliau adelah pengasas dan pembuka Kg Ulu Cheka di Jerantut.Dikatakan juge Nong ini telah berguru dengan banyak guru yang terdiri dari pawang diraja sebelum beliau yang berasal dari Guai,Bera.Ade juge yang menceritakan dia menuntut dengan seorang saudagar yg bernama Bintang terus dari Indonesia,dengan Mat Kilau Pahlawan pahang dan juge dengan seorang pawang perempuan yang bernama Pawang yang di kawasan ulu cheka.Semua cerite-cerite ini adelah cerite lisan dari mulut ke mulut sahaja.Sayang sekali tidok ade pihak yang membukukan kisoh orang hebat seperti Pawang Nong ini utnutk tatapan generasi akan datang.

Satu kisah yang menarik mengenai Pawang besar ini ialah pada zaman darurat,ketika itu tentera jepun telah memasuki kawasan kampung di Ulu cheka.Dengan ilmu yang ade Pawang nong telah memagar seluruh kawasan kampunng Ulu Cheka.Pagar yang dimaksudkan disini bukanlah pagor kawad besi,tetapi pagor yang menggunakan ayat quran.Bagaimana pawang Nong memagornye dengan ayat quran itu adelah tidak koi ketahui,tetapi dari ape yang koi pernah dengar dari pengamal ayat pelindung dari segala niat jahat baik manusia atau jin ialah dengan menggunakan ayatul qursi dan beberapa surah-surah lain.Dengan izin Allah taala,kawasan kg ulu Cheka tak dapat dimasuki tentera jepun.Lebih menggemporkan lagi apabile tentera-tentera jepun itu dilihat berenang-renang di dalam kebun getoh berhampiran kawasan kampung.Peristiwa bersejaroh ini disaksikan oleh ramai orang kampung.Selagi orang yang memagor 4 penjuru kampung itu tak membuke pagornye maka selagi itulah mereka yang berniat jahat ini akan sesat dalam kawasan yang sudah berpagor dengan ayat suci itu.

Pawang Nong

HEBAT BUKAN?bukan calang-calang orang nya untuk memagor SATU KAMPUNG...bukannye satu rumoh weh!....untuk sampai ke tahap itu,amalan-amalan wajib dan sunat adelah rutin dan makanan mereka..warak...tawadduk...taat...sujud...syukur...serah...Qanaah...YAKIN.
Siapekah orang seperti ini?bagi koi,ini lah dia di antara insan-insan yang diKasihi ALLAH.
Allah Maha Pemurah,tidak kira bangsa agama..usaha shj,insyaAllah dapat...tetapi untuk di Kasihi Nya...hanya insan-insan yang terpilih sahaja.Ilmu mereka cukup tinggi dan mendalam.Rahsia alam segala alam ditelapak tangannye.

Almarhom Sultan Abu Bakar
Dari cerite orang tua-tua.......Kisoh "naga".........
Ia ade hubung kaitnye dengan fenomena banjir besor di Pahang pada tahun 1920 an 1971,mungkin ade sesetengoh pembaca akan senyum sinis bile koi cerite kisoh makhluk naga,mungkin "sinis" kamu itu sebenarnye menunjukkan ceteknye ilmu kamu tentang alam segala alam....dangkalnye akal kamu kerana mengkaji kebesaran Ilahi hanye mengikut pandangan saintis barat yang berotakkan kuning.Tingginye hidung kamu kerana menolak mentah ape yang tidak kamu ketahui.

Logikakah bagi kamu apabile sebatang tongkat dicampakkan Musa dan bertukar menjadi ular besar yang memakan ular-ular ahli sihir?logikkah bila bulan terbelah dua hanya dengan memotong nye dengan jari?logikkah bagi kamu wahai cerdik pandai bila Rasulullah SAW; Sayyidina Muhammad meluncur kelangit ke tujuh bersama Jibril AS pada malam israk mikraj?
kamu mengiyekan kisah itu,tapi secara jujurnye kamu benar YAKIN?saintis barat tidak sekali pun mempercayai perkara begini selagi tidak berlaku didepan mata mereka...bukankah ini sifat bani israel?kenape perlu mencontohi bani israel yang sombong dan terase best sokmo itu? kerana kite terlalu banyok didedahkan dengan tipu daye mereka..hinggekan cara kite berfikir juge lebih kirang sama dengan mereka.


 Ampun maaf andai ade terkasar bahase..lidah tak bertulang.


**sumber gambor dari blog abg yassin http://akuanakpahang.blogspot.com  

 **sumber cerite dari : Group CAKNA ANAK PAHANG (khas untuk pencinta sejarah PAHANG dan juge untuk menjalinkan silaturrahim sesama kite orang pahang.Meh Join! tak rugi..InsyaAllah.





4 Julai 2012

Pawang tersohor Pahang(part 2)

Assalamualaikum,bertemu lagi kite dalam siri kedua mengenai sejarah pawang di negeri Pahang.Koi rase ramai yang belum jelas lagi dengan maksud sebenor PAWANG..mungkin ade yang menyamakan pawang ini sebagai dukun atau bomoh..sebenornye jawapan itu adelah salah.

Mengikut pendapat yang pernah koi baca dan mengikut logik akal..
Seorang pawang mestilah seorang yang mempunyai ilmu yang cukup tinggi,baik ia ilmu mengenai pertahanan diri,ilmu-ilmu agama,ilmu batin,ilmu senidan banyok lah lagi.Sebagai contohnye,seorang pawang kebiasaannye mempunyai kebolehan yang pelbagai,misal Arwah pawang Ismail yang membuka kampung Kerayong ini,beliau adelah seorang ketua kampung,seorang imam masjid dan menyampaikan khutbah,seorang guru silat,seorang tok mudim,seorang guru dikir dan juge mahir menyelesaikan masalah orang kampung dan juge seorang tabib dalam hal perubatan baik sakit zahir atau sakit yang berkaitan Jin dan syaitan.

Pawang Nong
Kebanyakan pawang tidak menggunakan khidmat-khidmat jin untuk mengubat dan lain-lain,sebaliknye jin sendiri akan menawarkan diri utk berkhidmat dengan orang hebat seperti ini,malah khidmat yang ditawarkan juge adelah dengan tanpa syarat.Jin hanya menjadi hamba suruhannye sahaja.Ade juge kisah bagaimana jin yang meminta bantuan pawang apebile kaum jin itu ade masalah dengan manusia atau sebaliknye,maka pawang lah yang akan menyelesaikan masalah mereka dengan izin Allah.

Mereka-mereka ini adelah tergolong dalam golongan orang-orang yang mendapat taufik dan hidayah dari Allah SWT,ilmu mereka dalam segala hal begitu menakjubkan,malah untuk temui orang seperti ini pada zaman sekarang ini bagaikan sudah sampai tahap mustahil.Kebiasaannye seorang Pawang adelah seorang yang amat baik dan merendah diri.Tidak bercakap besor dan disayangi oleh penduduk tempatan.

Jadi hati-hati untuk membuat spekulasi mengenai pawang..mereka bukan dukun,bomoh atau tukang karut..tetapi bagi koi orang begini adelah seperti wali Allah.

Wallahua'lam...

al fatihah buat pawang yang berjasa dengn izin Nya...al fatehah...


**InsyaAllah nanti koi akan postingkan kisah tokoh Pawang yang tersohor seperti Pawang Nong.

sumber gambor: internet

3 Julai 2012

Pawang tersohor di Pahang



Assalamualaikum dan selamat kepada semua yang masih sudi membaca post kali ini.Ini adelah gambor buaye yang paling besar didunia yang pernah ditangkap.Ia ditangkap oleh beratus orang termasuklah tentera dan orang awam.Buaya ini ditangkap di Filipina setelah ade laporang mengatakan beberapa orang telah menjadi mangsa buaya besor ini.

Kenapa agoknye buaye seperti ini membaham orang?tak cukup ke ikan atau binatang lior untuk mereka makan?atau buaya-buaya ini sebenornya sudah tiada yang dapat mengawalnye lagi.Seperti di Sarawak,seekor buaya yang teramat besor dan dipanggil bujang senang,hinggekan berapa ramai orang yang menjadi mangse buaye ganas itu.




Kalau zaman dulu,memang banyak buaye boleh ditemui di sungai-sungai di Pahang.Misalnye buaye di sungai Triang,saiznye juge amatlah besor,yang paling menghairankan,ia tak menganggu dan membaham manusia.Bukan buaya di sungai pahang tak suka makan daging orang,cume buaye2 neh sebenarnye telah di larang keras sama sekali untuk memakan orang(dengan izin Allah)..Siapekah yang melarangnye??ni koi nak cerite nih,..

Kehebatan ilmu orang dulu-dulu dalam bab mistik dan paranormal adelah amat menakjubkan.Kisah Pawang-pawang yang hebat pada zaman peperangan jepun dan komunis misalnya.Pawang Kader,seorang tokoh yang disegani,namanye amat dikenali di Pahang terutama sekali di kawasan Bera,Temerloh,Jerantut dan lain-lain.


Pawang Haji Kader bin haji Awang.

Haji Abdul Kadir bin Haji Awang.Ibunya bernama Fatimah binti Haji Pin.Lahir pada tahun 1907 di Kampung Guai, Temerloh/Bera.Meninggal dunia pada tahun 1987 sewaktu berusia 80 tahun.Dari cerite lisan,beliau adelah seorang pawang besar.


Kebolehannye menjinokkan dan mengarahkan buaya-buaya adelah amat diluar logik akal manusia.Jasa beliau dalam hal keselamatan nyawa penduduk kampung mahupun orang asli di sepanjang sungai Pahang adelah tidak dapat disangkalkan lagi.Pernah terjadi seorang Orang asli di tasek Chini telah dibaham buaye dan sempat menyelamatkan diri,kemudian pawang kader telah memanggil buaye itu(dengan cara tertentu) dan kemudian yang amat menghairankan lagi buaya itu datang dan beliau menghukum buaye tersebut kerana bertindak agresif terhadap manusia.Peristiwa ini disaksikan oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian pelik itu,termasuklah mangse yang digigit buaye tersebut.


Nama-nama seperti Pawang Kader,Pawang Nong,pawang Ismail dan ramai lagi pawang di pahang ini mungkin tidaklah segah nama pahlawan-pahlawan terbilang yang lain.Tetapi jasa mereka kepada agama dan bangsa melayu terutamanye tak sepatutnye kite lupekan.Kisah mereka juge patut dibukukan supaye nama-nama mereka terus segar dalam ingatan sebagai orang-orang yang pernah berjasa kepada kita.

Semuga Allah tempatkan mereka-mereka semua ini bersama orang-orang yang beramal soleh dan mendapat rahmat Allah hingga ke hari kiamat.Sama-sama kita hadiahkan Al fatehah buat roh mereka....al fatihah.

*InsyaAllah koi akan cuba dapatkan cerite pawang-pawang lain pulok selepas neh... :)



sumber link



BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini