LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

Memaparkan catatan dengan label temerloh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label temerloh. Papar semua catatan

12 Februari 2013

Siape kata di kampung takdek tempat menarik?

Assalamualaikum,ape kabor belake rodong-rodong hat masih sudi menjengah blog tua neh..hape la ceritenye aokme belake te yak?sehat ke dok?..doa dan harapan koi semuge sihat belake lah hendoknye dalam rahmat Allah...Amin.

Siape pernoh pergi ke Kolam renang WADI AL AMIN...?kepada yang belum pernah menjejakkan kaki ke situ mungkin berminat untuk pergi bersama keluarga di musim cuti sekoloh sekarang.

Lokasi tempat tersebut tidoklah jauh dari bandor Temerloh,lebih kurang memandu dalam 20 minit dengan kelajuan selamat 60KM sejam InsyaAllah sampei lah ke lokasinye..jadi lokasi spesiknye terletok di seberang temerloh melalui jalan hendak menuju ke Gunung Senyum(jalan lama)....TAK Tau juge sile ikut arahan bawoh te...

>>>Dari Temerloh,PANDU KE Jalan nak menuju ke Chenor,gugusan Jengka dll tuuuu)sampai ke simpang EMPAT depan hspital....<<,,,dari situ sila masuk ke KIRI masuk ke jalan kampung Paya pulai...kemudian teruskan perjalanan sehingga sampai satu simpang tiga.>>dari situ Ambil KANAN dan teruskan perjalanan..akan melalui kg teluk ira,kg teluk mengkuang.... sehingga ternampok disebelah kiri taman tema kolam tahfiz tersebut.Lokasinye bertentangan dengan pusat tahfiz Al Wosto.....

>>dari Spg empat dekat Spitol tu ke Taman air nih lebih kurang ambil masa dalam 10 - 15 min(naik kereta)...TETAPI kalau aok berlari-lari anak mungkin 1 jam baru sampai ke lokasi...

Kalau tak tau juge sila tengok dalam peta te yak...dgn carian kg berhala gantang temerloh

Kome sampai dalam jam 3.30PM,kereta dah memenuhi tapok parkir Taman rekreasi ini...


 Pintu masuk utama ke taman air....taman tema neh masih dalam proses pembinaan,mungkin bila beroperasi sepenuhnye nanti akan bertambah lagi menarik dan bakal menjadi salah satu tempat percutian yang mesti dikunjungi,insyaAllah


 Koi berpendapat ini  adelah kolang utama diaorang lah,di kawasan ini hanya anak-anak kecil sahaja yang boleh berendam,berenang dan main gelongsor te....untuk mereka yang bukan budak kecik@mok/ayoh orang, sila ke kolam-kolam yang telah disediakan tu yek..


 Hampir keseluruhan pengunjung yg datang kesini membawa anok bini...cuma ade juge koi ternampok beberapa orang anok muda yg mandi di kolam Muslimin yg disediakan khas untuk kaum adam

 Haa...ini ler kolam renang Muslimin,kolam ni khas untuk orang lelaki sahaja yek...bantei lah aokme nak buat balik  kuang ke ape,cuma disiplin memasing te mestilah di jage...

 Manakala disebalik dinding biru tu adelah kolam Muslimah...maka semua anok dara ke mok dara mestilah berenang di kolam yang tertutup rapi dari pandangan orang ramai tu...Usaha yang baik dari pihak pengurusan,patut mendapat pujian dan contoh kepada taman tema seumpamanye...


 Sila ambik perhatian...Sebelum nak datang kesini tu ingatkan dulu diri sendiri bahawa di sini bukanlah Gambang WP atau sunwey lagun...tempat yang aokme nak pergi ni bernama wadi al amin atau KOLAM TAHFIZ...berkonsepkan islam... menutup dan menjaga aurat adelah sesuatu yang amat diutamakan dalam alhamdulillah.




Hampir sepetang jugek koi melayan ke anok-anok berendam dalam kolam,tapi koi sekador melihat dan memantau je lah...koi tak pasti pulok diaorang start  buka pukul berapa tapi yang pastinye taman ni beroperasi sehingga jam 6.30 PM sahaja..manakala tiket masuknye cuma RM3.00

Untuk pengetahuan ramai,kolam ini adelah salah satu usaha 
Maahad Tahfiz al- Quran al-Amin  untuk mengumpul wang demi perbelanjaan harian murid-murid mereka.....Maahad tahfiz ini cuma terletak bertentangan dengan taman tema.





ORANG RAMAI BOLEHLAH DATANG BAWOK BUDOK2 SEMPENA CUTI SEKOLAH NI..CUMA KESELAMATAN ADELAH TANGGUNGJAWAB MASING-MASING.

DI SAMPING ITU DAPATLAH KIRANYA KITA MEMBANTU MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AL AMIN INI SECARA TIDAK LANGSUNG DAN..INSYAALLAH.....DIMASA YANG AKAN DATANG.



15 Oktober 2012

Perbentangan sejarah di Temerloh

Assalamualaikum...waberr bapok lamanye koi tak updet blog,bukan setakat bersawang lagi malah telah ditumbuhi anak-anak pokok kapalterbang dan juge senduduk.

Alhamdulillah....Untuk julung kalinye dalam sejarah di Temerloh pada13hb Oktober 2012 baru ini telah berlangsungnye perbentangan sejarah Pahang di depan bangunan plaza Temerloh,ia telah dianjurkan oleh peminat-peminat sejarah khususnye sejarah negeri Pahang ini.Namun kali ini program banyok fokus kepada sejarah gua bama yang terletak di Kuala Lipis Pahang,perbincangan berkisar mengenai sejarah gua bama dan sedikit perbincangan mengenai Tok Linggi.Penceramah mengutarakan pendapatnye tentang kaitan gua bama sebagai antara pusat tamadun manusia yang terawal di dunia.Suasana program yang julung kalinye ini agok ceria dengan masing-masing bertukar pendapat dan buah fikiran.

Program bermula jam 11 pagi dan berakhir jam 1 tengahari.Selepas itu peserta dibawa makan tengahari dengan hidangan ikan patin masak tempoyok.

Sebahagian rodong yang datang pada hari itu 


Dr Aminudin sebagai penceramah tentang Sejarah lembah Bama,Kuala Lipis.Beliau datang dari kuantan semata-mata untuk berkongsi ilmu mengenai sejarah di Pahang.


 Peserta dan peminat sejarah yang datang dari serata Pahang,termasuklah juge dari Kuantan,mereka datang untuk memberi sokongan kepada program ini. 


 Teghembe(carta susor galur) ini dibawa oleh Dr Aminudin,ia adelah susor galur yang beliau simpan sebagai bahan penting mengenai sejarah Lembah Bama.


Koleksi buku yang ditulis oleh Dr Aminudin sendiri tentang kajian beliau mengenai sejarah Lembah bama dan sejarah negeri Pahang,turut ade ialah buku-buku sejarah Pahang seperti Hikayat Pahang,salatus salatin dan banyak lagi.




Pendapat koi pulok,
Koi rasakan acara sebegini patut dijadikan program yang berterusan,ia baik untuk mendapatkan maklumat dan menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah negeri kite sendiri.Berapa ramai orang Pahang yang tahu tentang sejarah negeri Pahang dan perjuangannye....berapa ramai anak muda yang bangga jadi orang pahang tapi buta sejarohnye...Malunye kite andai satu hari nanti anak cucu bertanyekan sejarah Pahang tetapi kite terkedu untuk menjawabnye.Tetapi kalau ditanye bab hal mengata orang,maka bukan main lagi homeh(cakap tanpa henti)nye....hehe...

Koi tabik sempering kepada penganjur program iaitu Raja Borhan atau Bob yang sanggup menghabiskan masa dan menyediakan ape yang patut demi minat dan sayang beliau kepada sejarah pahang.Secara ikhlas koi katakan usaha rodong ni patut dicontohi oleh semua,terutamanye wakil rakyat yang sedia ade demi menyedorkan orang melayu terutamanye anak-anak mude supaya menghargai bumi bertuah peninggalan nenek moyang mereka.

Koi juge turut diberitahu bahawa 10hb Nov ini ditempat yang sama,InsyaAllah akan diadakan pula program sejarah mengenai Pak Sako......InsyaAllah,semestinye koi akan menghadirkan diri untuk bersama-sama peminat dan pencinta sejarah negeri Pahang berkumpul sekali lagi di Temerloh.!



29 Mei 2012

AKHIRNYAAA......Moh ke seberang

Assalamualaikum....

Ape kabor rodong sekalian...muge sehat sejahtera bersama keluarge tersayang.Mungkin dah ramai yang tahu,dan mungkin jugek ramai yg tak tahu akan perihal yang akan koi war-warkan sebentar lagi...

Korang tau tak esplanade Temerloh te?mesti lah kan..salah satu tempat ngeteh kegemaran koi,sbb permandangan yg berlatarkan Kuala Semantan sangatlah mengasyikkan.

Mesti dalam masa yang sama korang perasan jambatan gantung yang menyeberangi sungai Semantan terus ke sebeloh Bangau tanjung tu.Jambatan gantung tu dah lama amat siapnye(rasa koi tahun lepas.)Mungkin tak dapat kelulusan untuk di operasikan kepada orang ramai atas dasar keselamatan.

Tapi semalan koi pergi ke situ..koi dapati ia sudah mule beroperasi.(tengok gambo)

Kuala Sg Semantan,Temerloh.

Gambo di sebeloh esplanet


Permandangan dari atas jambatan gantung nih memang marveles!


Ini pulok gambo dari Bngau tanjung

Sebenornye GAYAT jugek weh,..bapok tingginye!

Jadi boleh lah aokme mencube pulok nak nyeberang jambatan gantung tu...memang banyok kelainan bile dpt berdiri di kuala sg semantan dari tempat yg tinggi.Sungai Pahang kelihatan begitu indah dan tenang..

17 April 2012

DERITA Adik Ainur........

Assalamualaikum...

Di kesempatan yg ada ini,koi terpanggil utk turut membantu adik ainur dan terutamanya ibu dan bapa mereka,tentu sukor nak mencari duit menampung pembiayaan ubatan bagi anak mereka te.Berat mata memandang,ternyatalah berat lagi bahu yg memikul..tapi jika berat itu pula kite sama-sama pikul dan andai ringan,sama kite jinjing..yg tinggal hanyalah sedikit usaha setakat termampu.Yang penting kesedaran bahawa semua ini juge adalah tuntutan dr Allah SWT...dan Nabi Muhammad SAW sentiase menyeru umatnya saling tolong menolong antara satu sama lain kerana kite bersaudara.

Alhamdulillah..derita adik Ainur telah mendpat perhatian TV9,baru-baru ini mereka turun ke Temerloh di taman Bahagia untuk menziarah adik Ainur bersama AJK gabungan pelajar melayu semananjung Malaysia(GPMS)..satu segmen khas utk adik Ainur telah pihak TV9 tayangkan bebaru ni...tapi ia tak terhenti setakat tu je...mereka dah jalankan tanggungjawab mereka...alhamdulillah...tinggal kite je la lagi..lagipun diaorg ni anok tempatan,elok kite bantu..paling tidak pun kite doakan muge adik ainur kembali sembuh seperti sediakala..umurnye baru shj 14 tahun..masih jauh lg perjalanan hidup yg perlu dia tempuhi..Hanya dgn izin Nya tiadalah yg mustahil dan ada batasan.

**untuk tengok video adik Ainur sile ke link ini.
https://www.facebook.com/photo.php?v=334859846577090



Berikut adalah dari TV9 news Pahang:

SEORANG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMERLOH JAYA, TEMERLOH PAHANG TIDAK MENYANGKA ZAMAN REMAJA MILIKNYA TERPAKSA DIHABISKAN DI ATAS KATIL SELEPAS DISAHKAN MENGHIDAP KANSER REKTUM KIRA-KIRA SETAHUN LALU.

AINUR RASYIEDA MOHD ROSTAM 14, DISAHKAN MENGHIDAP KANSER TAHAP 4 JANUARI TAHUN LALU KETIKA DIA MASIH BERGEMBIRA BERSAMA RAKAN-RAKAN MEMASUKI ALAM SEKOLAH MENENGAH.

IBUNYA JULIA ABDULLAH 36, BERKATA, DIA MULA MENGESYAKI SESUATU YANG BURUK SELEPAS AINUR KERAP MUNTAH DAN KEMUNCAKNYA APABILA ANAK SULUNGNYA ITU TIDAK DAPAT MEMBUANG AIR BESAR SELAMA TIGA MINGGU.

SELEPAS DISAHKAN DOKTOR DIA DAN SUAMI MOHD ROSTAM MOHD HUSAIN 38, MEMBAWA AINUR MENDAPATKAN RAWATAN KIMOTERAPI SELAMA 25 HARI DI HUKM, SETIAP HARI BEKERJA.

SELEPAS RAWATAN IA MULA MENAMPAKKAN PERUBAHAN APABILA SEL-SEL KANSER YANG MENYERANG AINUR MULA KECUT DAN AINUR KEMBALI CERIA SEPERTI SEBELUMNYA.

KEGEMBIRAAN DIA SEKELUARGA SEKALI LAGI TERENCAT APABILA AINUR MULA MENGADU KEMBALI SAKIT KIRA-KIRA BULAN OKTOBER TAHUN LALU.

MENURUTNYA, KEMUNCAKNYA PADA 25 DISEMBER LALU, AINUR TERUS TIDAK DAPAT BERGERAK DAN TERLANTAR DI ATAS KATIL SERTA PERLU DIBANTU SERBA SERBI.

BELIAU TERPAKSA BERHENTI KERJA DI SEBUAH SYARIKAT SWASTA SEMATA-MATA UNTUK MENJAGA AINUR. KINI MEREKA SEKELUARGA HANYA BERGANTUNG PADA PENDAPATAN SUAMI YANG BERTUGAS SEBAGAI PEMANDU AMBULANS DI HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH.

SEKURANG-KURANGNYA RM1,000 DIPERLUKAN UNTUK AINUR SETIAP BULAN

JULIA DITEMUI DI RUMAHNYA SEWAKTU KUNJUNGAN AHLI JAWATANKUASA GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) PAHANG DIKETUAI OLEH RAFAIE HAMDAN DI TAMAN BAHAGIA COURT TEMERLOH PAHANG.

KEPADA MEREKA YANG BERSIMPATI dan ingin membantu BOLEH MENGHUBUNGI KAMI DI TALIAN .
019-2754575 ATAU

MEMASUKKAN TERUS BANTUAN KE AKAUN MAYBANK 106053053449 ATAS NAMA NORLIDA @ JULIA ABDULLAH, (IBU AINUR).





 

14 Disember 2011

Muka Buku Lima

Salam..

Perkara yang pengguna facebook suka buat bile mereka ber facebook.
  • Kemaskini status yg mengikut hati dan perasaan mereka ketika itu.
  • Add rodong2 baru walaupun dia sendiri tak kenal orang yg dia add tu.
  • Kalo lelaki suke add perempuan cun2,kalo perempuan suke plak approved mereka.
  • Kalo yg tengah bercinta,akan menambah info "in a relation ship bla bla bla..kalo dah kahwin "Married" kalo tgh bujang single lah kalo cam tak nak ngaku dah kawen boleh la aokme ambik "its complicated"..
  • Sesetengah orang suke updet gini (seorg isteri kpd suami) "Abg balik makan taww..ayg masak ikan goreng masak berlada,faveret abg" hahaha..pade koi lah..tak payah la updet cenggitu,watpe semua nak bg tau kat org?mane privacynye lagi kala satu dunia tahu aok goreng ikan utk suami..haha.
  • Macam koi sdri,koi akui koi lebih kpd suke2 dan main game dlm FB ni,bukan nak menunjuk-nunjuk atau sebaliknye.Dan koi juge akn promote blog ni didalam tu.
  • Sesetengah awek skrg suke sgt bila muke deme menghiasi wall dan album FB nye,kejap kang mimik manje,mimik nangis,semua ade..hehe..makin menjadi bile ade hat puji2.
  • Suka Klik "LIKE" kalo malas nak Komen..betui dak?hehe.
  • Kadang tu sengaja check in kat tempat2 mewah,bior org cakap dia senang lenang.
  • tag org lain kat gambo dia pergi melancong,walaupun org tu tak pergi pun dgn dia..
  • "POKE" sana sini..aokme tahu kah ape maksud poke te?koi pun tak tau..tp ape kata Mark Zuckerberg?("When we created the poke, we thought it would be cool to have a feature without any specific purpose. People interpret the poke in many different ways, and we encourage you to come up with your own meanings." Mark Zuckerberg)

  • Dia suruh kite buat andaian sendiri,bagi koi poke te cuit la kot..ataupun cocok!
  • mempromosikan perniagaan ataupun Blog.
  • Mnjatuhkan air mukla sesetengah pihak,seperti upload gambo2 tak sepatutnye dan menghentam mangsa dgn cerite dan fitnah yg mengaibkan.
  • Mengadu domba dan mencarut pun semacam jek..mentaliti kite tak akn berubah"*^&*&*(#)@$@(#)(@?!!!!!!!!!!" 
  • Ade jugek yg mengingatkankwn2 dgn nasehat dan sabda2 Rasulullah SAW
 Salah satu updet status yg menarik perhatian koi...budak te baru je umur 14 thn..camni bagus kan.

**
Apepun baiknya ade,dan buruknye pun boleh tahan...itu pendapat koi,tak taulah aokme..mungkin ade yg setuju dan ade gek yg membangkang.Tepuk dada tanyelah selera.

21 Februari 2011

Kata orang "Ini kerje pandir"

Salam buat rodong...

Bile datang ke rajin te mule la rs nak menaip je,tapi bile ikutkan malas te,mau rs nak menyandor sambil nengok tb..kadang te koi lebih ke merapu jugek dalam berblog ni,bukan koi tak nak serius dlm berblog,cume koi saje-saje buat pedooh..mudah-mudahan ander jugek yg ambuh sengeh tak pasei..tapi mengkala dan serius kang PM pun koi komplen..hehe..

Koi nengok rodong koi rajin bebnor dlm menyiapkan entry2 terkini di blog memasing..bagus la weh..koi tabik kat aokme dgn komitmen aokme nih,koi akui la mmg bukan satu kerje senang sebenornye nak cari idea utk updet tiap2 hari macam rodong sekalian..utk itu koi tabik sempering pada aokme yg rajin itu.

Hari ni datang ke pandir nye..pukui 11 malam td,koi hidupkan enjin kereta tekan pedal minyok dan memandu meredoh malam..berangan punye berangan sampai ke Temerloh,lepas te ke Mentekat pulok..musing2 di mentekat koi pun balik..sempat pulok bertemu rodong yg tengoh mengetea di Mentekat td te..cerite pasei bisnes senalor,muge aokme berjaye dlm kerjaya masing2..

Koi sendiri pun heran jugek bile dah pukui 11 malam koi boleh ke merayap tak tentu hala,gaye burung tukang la pulok..amende yg koi cari pun koi tak tahu,adakah ni satu sindrom baru yg perlu koi hadapi dlm meniti hidup ini?adakah ini normal?atau pun ianye dah tersurat?

Koi sempat jugek singgoh ke jambatan patoh@putus di temerloh td te,aokme tau dak tempat te?alaa bawoh jambatan tak putus te la.. dan sempat jugek koi menyembang dengan seorg pemancing tegar bernama kadri..Kadri cakap dia mmg sokmo la memancing atas jambatan patah@putus te,kalau dia takde atas jambatan te,mungkin dia akan duduk di bawoh jambatan..walaupun tiade hasil tangkapan yg boleh beliau banggakan tp beliau tetap setia menunggu di depan joran..hebat abg Kadri kite...kan?

aaggggggggg...koi rase tidok lah pandir mane dak merayap memalam gitu,bukan buat kerje tak senonoh pun..lain la koi berlari2 smbil tak berbaju,ye dak? <--nyedatkan hati sendiri..huhu

nak tido da la..aokme layan la dulu..

25 September 2010

Subhanallah...BIOR BETIK!!!!

Salam...

Hari ni koi nak share satu gambo yg koi rasekan luor biasa,ianye adalah gambo sebagai bukti keajaiban kuasa tuhan..subhanallah...

Gambo ni koi dapat dari rodong koi iaitu Mohd Hafizan..beliau pulok dapat dari rodong beliau di bandar Jengka Pusat,rodong beliau menceritakan yg betik nye te pada asalnye kelihatan seperti betik-betik lain atas muke bumi ni,cuma saiznye agok besor dan panjang.Tapi yg menghairankan rodong beliau te apabile betiknye tidak pernah nak masak-masak sedangkan buoh betik pada pokok yg sama semuanye dah masak.Pelik punye pasal beliau pun membelah buoh tersebut dan mendapati........

SUBHANALLAH....Di dalam buoh betik rupenye ada betik...BIOR BETIK!...

Jika aokme perhatikan rupenye seperti janin la pulok..apepun ni lah kuasa Allah..dan setiap yg terjadi pasti juge ade hikmah disebaliknye,tidaklah sesuatu tu terjadi untuk pameran semata-mata...mungkin ander PETUNJUK dan HIDAYAH...renung-renungkan..jangan jadi manusia yg asyik nampak luaran nye shaja tapi sedikit pun tidok menilai dalamannye...sape tau rupe dalam betik boleh ade pulok betik lagi..Subhanallah.

Terima kasih buat rodong koi Mohd hafizan yg sudi share dan membenarkan koi utk buat posting mengenai betik ini.

*sumber gambo dari SINI

15 November 2009

Orang kampong dah jemu makan Ikan Patin

Salam..aokme biasa mentekedaroh(makan) dimana?? di rumoh atau di restoran-restoran mewah?tentu setiap dari aok(awak) yg sedang membaca tulisan koi ni mempunyai citarase yg berlainan.Ade yg suke makan masakan bini,ade yg suke masakan di restoran,ade jugek yg tak kisoh gitu aje..ikut sedap tekok dia nak makan kat mana sekalipun,janji kenyang sudoh.Koi percaya ramai yg jarang makan di warong-warong kecik tepi jalan,mungkin kerana nak jaga standard atau berasa dirinye tidak layak utk duduk dan makan di tempat yg semacam itu.Yelah itu andaian koi semata-mata,tidoklah pulok koi maksudkan kepada sesape sekalipun..

Ape ka jadohnye koi nak bercerite pasal makan-makan di warung kecik ni??dah buang tebiat ke ape?atau ade kenikmatan yg tersembunyi di sebalik dinding-dinding kayu itu.Okey..baru bebrapa hari yg lepas koi telah melakukan survey sukarelawan mengenai beberapa warong yg koi itemui di kebanyakan tepi jalanraya di sekitor temerloh.Pendek kata warung ni kala sekali pandang memang tak perasan punye lah,sebab saiz yg kecik dan lokasi yg tersuruk..Jadi hari ni koi berbesor hati lah memperkenalkan dua buah warung yg tahap fizikalnye agok kerdil dan kurang upaya tarikan berbanding restoran tomyam dan Pizza Hut.

Walaumacammana sekalipun rupe bukanlah ukurannye disini,ape yg koi nak highlightkan adelah kenikmatan disebalik rupe tu..hehe cek it out!

NAMA : WARUNG KAK NOR NASI AYAM
LOKASI : SEBELOH KEDAI BASIKAL NASIR,PAYA PULAI TEMERLOH.
MENU TERHEBAT : NASI AYAM.



Perut tengoh kebulur memang sesuai sangat datang makan sini,nasi ayam dia memang marveles!lain dari yg lain..kaloh la nasik ayam cina di bandor lama temrloh te!dari pemerhatian dan pemantauan koi,pelanggan nye terdiri dari berbilang kaum,ramai je org makan disini,yg datang bungkus jgn cakaplah,masa koi tengah makan,koi tengok akak te tengoh sediakan bungkusan nasi ayam nye berderet-deret..lupe la pulok koi nak kire brp...tp mmg banyok giler lah,bile tengok macam tu koi tak jadi pelik pun kerana bile koi rase keenakan nasi ayam nye memang koi tak heran kalo ade orang bungkus sampai beribu sekalipun,mana org temrloh belum pernoh ke warung akak nor ni pergi la mencube..koi jamin takkan rugi punye.
So terbukti,kenikmatan mengatasi segalanye..walaupun level warung,rase makanan level BINTANG.




NAMA:??????
LOKASI: KAMPONG TENGGOH,Jalan Temerloh-Triang.
MENU POWER : MEE SUP

Hmmm..nama warung ni koi tak sempat nak tanye kat akak tu,lokasi warung yg berada ditepi sungai Pahang memang cukup menarik sesiape sahaje yg singgoh disitu,sekali datang pasti nak lagi..tapi tu semua hanyalah fizikalnye aje,yg koi nak tau sangat kenape ramai sokmo orang yg singgoh dan makan diwarung tu,ape yg sedapnye??ade awek cun tahap ketiak bercahaya ke kat situ??...sampai tak pernah dlm pemerhatian koi warong tu kosong tak berpelanggan.Kata orang bila tak kenei maka tak cinte..rupenye mee sup warung tu mmg best!memang TEEEBAAAABOOOO!!!..tak reti je koi nak menrangkan kat semua,kena cube sendiri..kalau dari temrloh nak ke Kerayong wajib malalui tepi warung tersebut,dah tu? ape lagi...kalo nak cube makan mee sup tepi sungai Pahang disini lah temptnye.Selain panorama yg indah mee sup nye pulok betul-betul hooo liiiaaaooo...!



Permandangan tepi warong mee sup..

yg penting kena pasang niat...

Kalo bukan kite sape lagi yg nak tolong orang kite meniage...ye dak??




23 Julai 2009

Persediaan menyambut tetamu

Permandangan di bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur,Temerloh.

Ngam jam 3 pm koi panaskan enjin kereta yg dah sejuk kerana seharian tak dihidupkan,koi bgtau anak-anak dan bini koi agar cepatan sedikit bersiapnya!."bior kite menunggu orang jangan orang menunggu kite",memang dah lama koi mengenggam falsafah tu,koi tak sedap hati bila nanti ade yg bising-bising kalau sampai lambat ke tempat yg dijanji.Memang kebanyakan masa begitulah yg terjadi...hahaha.Sedang elok pukul 3.30ptg kome sampai ke Temerloh,dari pemantauan koi kome adalah antara yg awal lah sampai ke tempat berkumpul sebelum nak berkonvoi pulok ke gunung senyum.

Gunung Senyum..
Ya,begitulah nama timangan nye yg manje dan manis di dengor,cukup popular dulu dan sekarang,walaupun di gugat dengan Genting highlan,KLCC,Sunway lagoon dll..nama nye tetap gah bergayut dibibir-bibir mereka yg pernah berkunjung ke sini..Inilah kali kedua koi menjejakkan kaki ke tempat yg bersejarah ini,Gunung Senyum pernah menjadi hide out(tempat persembunyian) pahlawan-pahlawan dan pendekar Pahang semasa zaman penjajahan inggeris dan jepun.

kelihatan isteri dan anak sedang bermain api,serta 9w2rby membakar daun kering di salah satu tapak perkhemahan.


Setiap kali koi sampai kesini hati koi terpanggil utk menjelajah gua-gua yg menakjubkan dan penuh misteri yg setia menanti sejak ribuan tahun dulu.Begitulah hebatnye Gunung senyum.TAPI kedatangan koi kesini bukanlah utk menjelajah gua-gua,kedatangan kali ini utk membuat persediaan bg menyambut tetamu dari jauh,tetamu yg di undang utk bermalam disini pada 24-25hb ni,persediaan perlulah di buat wehh..koi dan rodong-rodong mmg risau kerana ada dua lagi kumpulan lain yg akan bermalam disitu,nak tak nak terpakse la kome menandakan tapak perkhemahan utk tetamu dari jauh tu..nak mujurnye bile kome sampai di kaki gunung senyum tapak dan dewan utk keguanaan awam masih lagi tak berbooking..haha,kome pun ape lagi tarik tali dan tanda la tempat yg paling cun utk tetamu-tetamu tu bermalam dan beriadah nanti.Alhamdulillah nampaknye setakat ni semuanye berjalan seperti yg dirancang.

Botak:9w2vms,9w2rrb dan 9w2frd..muke-muke yg akan menyambut tetamu jauh..

OKEHH GENG TERENGGANU..KITE JUMPE DI GUNUNG SENYUM!!
73

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini