LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

Memaparkan catatan dengan label jerantut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jerantut. Papar semua catatan

28 Mei 2012

Antara REALITI DAN FANTASI.

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah hari ini bertemu lagi kite di arena blogging.Jangan sekadar nak mencuci mata, ape kata kite cuci minda,cuci hati. :)

Hari ini terpanggil jugek koi untuk melakukan sedikit perkongsian yang sangat baik untuk kita semua.Kerana hari ini kite sibuk dengan kesibukan yang kite sendiri tak pernah mengerti.Mengejar tuntutan dunia bagaikan tak sempat nak melabur ke akhirat.Lebih menyedihkan lagi,kita galakkan anak-anak kita mengundi rancangan hiburan seperti AF,MENTOR,RAJA LAWAK,dll.......sampai habis duit semata-mata nak tengok ARTIS REALITI pilihan hati memenangi REALITI SHOW(berunsur hiburan) tersebut.

Tetapi REALITI SEJATI nya ialah ada pihak memerlukan bantuan semua orang yang beragama ISLAM yang memerlukan undian juge tande sokongan dan cintakan agama.TETAPI sayangnye,tak pula digalakkan kepada anak-anak untuk menanam saham akhirat yang ternyata begitu penting sekali utk mereka berbanding dunia yang entahkan bila2 shj akan berkecai.Mereka yg kite bantu ini bukanlah seglamer ARTIS REALITI(hiburan) tetapi PELAPIS REALITI harapan bangsa dan agama kita.Belum cukup ke REALITI sebegitu?

Maafkan andai terkasar bahasa.Koi juge tak sempurna dan lagi jahil.Tapi koi nak jadi baik lagi berilmu andai ade peluang.


Perancangan surau baru smka tahap (surau Al Muttaqin) .

Kepada rakan-rakan dan bekas pelajar SMKA TAHAP (awalnya dipanggil SMKAP), satu surau baru akan dibina menggantikan surau yg sedia ada bagi menampung pelajar yang semakin bertambah. Sehubungan dengan itu, para pelajar lepasan SMKA TAHAP  DAN BUKAN BEKAS PELAJAR yang ingin memberi sumbangan kewangan juga amatlah kami alu-alukan. bolehlah disalurkan ke akaun SURAU kami yakni ;


Nama akauan : Akaun Surau Al Muttaqin 
No akaun : 06055010023832 ( Bank Islam.)
Cikgu Salim(GPK HEM SMKA TAHAP) 
No telefon : 0132071345 
Alamat : SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut,
Pahang DARUL MAKMUR

Untuk pengesahan sebelum melakukan sumbangan bolehlah menghubungi Cikgu Salim di talian di atas.

Kepada sahabat-sahabat yg bukan bekas pelajar SMKA TAHAP juga dialu-alukan menghulurkan sumbangan. Terima kasih.


Pelan Surau

Surau dua tingkat 
Alhamdulillah jika ada yang berminat untuk menyumbang boleh lah melakukan sumbangan ikhlas Lillahi Ta'ala ke no akaun di atas.Terima kasih

*bila lagi..............

25 September 2010

Subhanallah...BIOR BETIK!!!!

Salam...

Hari ni koi nak share satu gambo yg koi rasekan luor biasa,ianye adalah gambo sebagai bukti keajaiban kuasa tuhan..subhanallah...

Gambo ni koi dapat dari rodong koi iaitu Mohd Hafizan..beliau pulok dapat dari rodong beliau di bandar Jengka Pusat,rodong beliau menceritakan yg betik nye te pada asalnye kelihatan seperti betik-betik lain atas muke bumi ni,cuma saiznye agok besor dan panjang.Tapi yg menghairankan rodong beliau te apabile betiknye tidak pernah nak masak-masak sedangkan buoh betik pada pokok yg sama semuanye dah masak.Pelik punye pasal beliau pun membelah buoh tersebut dan mendapati........

SUBHANALLAH....Di dalam buoh betik rupenye ada betik...BIOR BETIK!...

Jika aokme perhatikan rupenye seperti janin la pulok..apepun ni lah kuasa Allah..dan setiap yg terjadi pasti juge ade hikmah disebaliknye,tidaklah sesuatu tu terjadi untuk pameran semata-mata...mungkin ander PETUNJUK dan HIDAYAH...renung-renungkan..jangan jadi manusia yg asyik nampak luaran nye shaja tapi sedikit pun tidok menilai dalamannye...sape tau rupe dalam betik boleh ade pulok betik lagi..Subhanallah.

Terima kasih buat rodong koi Mohd hafizan yg sudi share dan membenarkan koi utk buat posting mengenai betik ini.

*sumber gambo dari SINI

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini