LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

Memaparkan catatan dengan label Koi dan radio amatur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koi dan radio amatur. Papar semua catatan

8 Ogos 2010

Update entri Keluarga Ham Radio...

 Entry ini telah di tulis oleh koi sdri pada 10-ogos-08 lalu..kini koi nak update callsign radio amatur dlm keluarge kome..


Sebelum ni koi ada bagitau kat wokme(kamu semua) mengenai keluarge koi yg menyertai Radio Amatur,jadi sempena hari baik dan bulan pun baik ni eloklah mengkala(kalau) koi kenal kan kepada wokme siapakah mereka..agaknye tentu ada yg nak tau serba sedikit mengenai keluarga kome(kami) ni..sebelum tu koi nak mintak maaf jika cara koi menyampaikannye agak ringkas tapi ini hanyalah permulaannye saje,insya-Allah koi akan cube memperbaiki cara penyampaian koi dimasa yg akan datang..berbalik semula pd kisah diatas..

Pada mulanye hanya ada 3 orang saje rakan ham di kampung Kerayong,Bera...mereka adalah:
  • Bonda koi 9w2rby(Pn Robi)
  • Adik koi 9m2Aza(Maza)
  • seorang lagi adik koi 9m2frd(Firdaus)
Alhamdulillah..beberapa tahun selepas itu dengan berkat usaha rakan-rakan ini dan juge rakan rakan ham dari temerloh,karak dan kuantan, semakin ramai lagi yg menyertai radio amatur dan termasuklah ahli keluarga kami yg terdekat..inilah senarai keluarga kami yg meyertai dunia radio amatur:

rakan ham
Kemudia seorang rakan ham dari luar family yg pertama iaitu 9m2adh(Pak Adha) kini da tuko kepada 9M2ADH.


Family
9W2RBY(Pn Robi)
9W2...(Nita) - ---------- -----------adik kpd Pn Robi
9W2SZA(Azuan) ------------------adik kpd Pn Robi
9W2SXC(Aisyah) Xyl Azuan
9W2REJ(Rudy) -------------------adik kpd Pn Robi
9W2MEZ(kak Mi) Xyl Rudy
9W2AZA(Maza) kini da tuko kepada 9M2AZA -----------------------------------Harmonic@anak Pn Robi
9W2RZS(Zana) Xyl Maza
9W2FRD(Firdaus) kini da tuko ke 9M2FRD ---------------------------------Harmonic Pn Robi
92MZR(koi la te) tuko jugek kepada 9M2MZR -------------------------------Harmonic Pn Robi

 Dari SWAL ke 9w2
SWAL Azura sekarang da ade cllsign tapi koi lupe..(9w2???) ---------------------adik kpd Pn Robi
SWAL Amin sekarang (9w2???) --------------------------------------Anak Sedara Pn Robi
SWAL Ama(9w2XMA) ---------------------------------------Anak Sedara Pn Robi
SWAL Marwan(9w2wfa) ---------- -------------------------harmonic kpd Mazumi



p/s:Mekasih kat Kak Yong(9w2yzu) yg bg koi idea buat post yg tak seberapa ni..


73!

23 Januari 2010

CW test dan RAE 2010

Ujian  CW utk tahun 2010 sesi pertama jatuh pada tarikh 17 mac 2010 pada jam 10 a.m di Cyberjaya(Hq SKMM)..cepat isi borang sebelum 5 feb 2010!!

Manakala tarikh utk peperiksaan RAE(Radio Amateur Examination) pula ialah pada 14 Apr 2010 pada jam 2 ptg..lokasi akan diberitahu kelak.Ingat hantar borang penyertaan sebelum 12 Feb 2010!



SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA YG AKAN MENDUDUKI EXAM TERSEBUT.

utk info lanjut klik link di bawah:
http://www.skmm.gov.my/ViewWhatIsNew.asp?cc=79986210&winrid=96152897

10 November 2009

Result CW dah keluar!

Saat yg ditunggu telah tiba..TAHNIAH pada yg berjaya dan pada yg tiadk berjaya jangan putus asa..cuba lagi sampai berjaya

KLIK DISINI!

Result dalam PDF sila download.

ade tak yg failed semasa ujian menghantar?........................


TAHNIAH KEPADA RAKAN LOKALAN PAHANG!

9W2FRD-adik koi
9W2AZA-adik koi
9W2ADH
9W2ALU
9W2HOO
9W2OZM-sepupu betui beloh ayoh.

bukan orang lain semua ni,semuanye duk sekampung..melainkan HOO dan AZA yg datang dari kuantan,takde masalah yg penting anda semua lulus.

kepada ibu koi 9w2rby,pak sedara koi 9w2sza jgn putus asa..Tahun depan kite gempur lagi!

13 Oktober 2009

9M4RAA "Salam pengenalan"

Terima kasih buat ASTRA kerana menaikkan satu lagi Repeater untuk kegunaan rakan radio amatur di Malaysia terutamanye di Pahang.Repeater terbaru ini berCALLSIGN 9m4RAA berlokasi di Bukit Telemong,Karak.

Baru ni kerja menaikkan repeater tersebut telah dijalankan dgn bantuan 18 orang rakan radio amatur dari Bentong,Karak,Kerayong dan Temerloh.Dengan adanye repeater ini mudahan ikatan silaturrahim kita makin erat,insyaAllah.


 Rodong radio amatur..tak mengenal usia dan pangkat semuanye sama.




Old Timer 9w2RA(pak Roslan dari Bentong) masih bersemangat.



 
kerjasama 


 
 Baju hitam 9w2plg(paklang) dan 9w2ocb(rosli)

 


 
9m4raa


 
 dari pagi sampai ke malam...baru siap 70%


 
 Kanan:9w2jcb(budak jahat bad) 9w2rpy(yus) 9w2zz(azli)


 
kiri:9w2cdx(pak sedek) dan rakan dari Bentong


 
Kanan:9w2shr(shahrizal)

Frekuensi 9M4RAA : 146.625 tone 85.4 dan offset -0.600

Jika berlaku sebarang pertukaran akan di infokan kemudian.Dan sebarang bantuan amatlah di alu-alukan.

 de 9M2mzr melaporkan.

10 Oktober 2009

Nasihat kepada yg nak belajar CW.

 ASalamualaikum..baru ni koi sempat ke blog 9M2GET dan tertarik dgn hasil tulisan cikgu rahman(9M2AR)..jd koi amik dan paste kat cni pulak.

ORGANIZE YOURSELVES TO LEARN MORSE

Some of the 9Ws are monitoring on 7.015. This is for the training of the new 9M2s who want to gain skill in Morse. Their target is 18 wpm. So the training will gear towards that speed and the use of some Morse terms. If the speed goes up the 9Ws will have a very difficult time. I know some are keen and have been monitoring. I could hear their heart cried for help.

The 9Ws need to organize and train themselves. A minimum of two is good enough for the start. Use 2 meter simplex using a remote frequency so that you do not interfere with other stations. Use the lowest power. Do not bother what other people say, just go ahead. It is fun. Once you can master it you will certainly enjoy it. Later I will write article on the usage of it and you will find it very useful and helpful.

Eventually you will get my message why we need CW. Nobody will tell you. But you will arrive at your own conclusion.

I know it is hard for you to practice on 2 meter. Just do it and you can begin to assess what kind of people are in ham radio. It could be either way. Remember of the word resilient and persistent. It takes a very strong person to fight against all odds. If you have more than 5 persons in your group it will be better and more fun to learn. Of course I have been hearing problems of lack of quorum and time. As far as time is concerned, you have to make time.

Meet your group and discuss. Draw the plan and work on the plan.

from 9M2AR

Utk lebih lanjut lagi sila ke blog 9m2get di LINK ini.
http://9m2get.blogspot.com/

8 Oktober 2009

CW test :TAHNIAH BUAT ORG PAHANG!

ALHAMDULILLAH,Tahniah buat rakan radio amatur dari Pahang..

Kali ni orang Pahang boleh berlagok lah apabila enam orang daripada sembilan peserta nye berjaya dalam exam Morse kod,Yg lebih membanggakan lagi bila 4 org daripadanye datang dari Kerayong.

Pemegang callsign radio amatur dari Pahang yg berjaya adalah:

9w2aza-Maza(kerayong tapi umoh kat Pekan..hehe)
9w2Frd-firdaus(kerayong)
9w2adh-adha(kerayong)
9w2ozm-azam(keraypng)
9w2alu-alu(Temerloh)
9w2hoo-mr hoo (kuantan)

Kepada 9w2SZA(pak azuan),9w2RZL(abg rizal)dan bonda koi 9w2rby(robi), koi tau aokme tak putus asa utk kembali lagi ke gelanggang di cyberjaya pada tahun hadapan.Mungkin kali ni bukan hari aokme,dengan usaha yg gigih Insya-Allah tahun depan aokme akan berjaya.

Ni ade gambo yg sempat koi amik masa di cyberjaya....



inilah peserta exam dari Pahang dan para penyokongnye..Syabas orang Pahang.



Haaa in lah keluarge koi kala aokme nok kenei..dari kiri tu bonde tercinta 9w2rby(robi),tengoh te 9w2aza(maza) dan 9w2frd (si firdaus)..time ni kome tengoh makan nasi lemak depan pejabat SKMM cyberjaya,kome juge adalah peserta yg paling awal sampai di tempat peperiksaan.




 Ni 9w2adh atau adha,ketua puok dari padang luas,Kerayong.Tahniah kerana berjaya!


  
 Firdaus sedang beraksi di tepi pokok bunga.


 

 Ni pulok sahabat koi 9w2alu atau Alu dari Temerloh..9m2 pertama dari daerah temerloh!
Berkat orang daroh manis agoknye...hehehhe



 

Yang duduk tu 9w2ozm atau bajam..dan belakangnye 9w2sza atau azuan(pak sedara benor koi ni weh)



 

 Ni kala takde mmg tak sah..org yg paling banyok membantu dalam urusan angkut mengangkut..Terima kasih 9w2vms atau Abang,tanpa aok susoh lah kome nak kehulu hilir..


Cukuplah takat ni dulu,nanti kala ander lagi perkembangan terkini akan koi update kan lagi.


p/s: Terima kasih buat otai 9M2NM atau pak Nordin dan ramai lagi 9M2's dan 9W2's yg sudi menemani kome org pahang sepanjang hari..

5 Oktober 2009

EXAM CW muncul lagi!

Salam,salam dan salam kepada semua warga ham radio semalaysia yg bakal menduduki EXAM CW 7 OKT ni..



ADUH...pasti debarannya sudah dirasakan,ade yg sudah bersiap sedia ke medan tempur dan ade jugek yg sekadar nak mencuba,namun jauh di sudut hati mereka mereka ingin LULUS.Lulus dgn cemerlang ujian penerimaan dan peghantaran sebagai bukti bahawa mereka mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah bersama 9M2 di Malaysia,YA anda mampu!




SEKARANG MASA UNTUK MEMBUKTIKAN KEPADA DIRI ANDA YG ANDA JUGE MAMPU!
Mampu menguasai setiap RHYTHM CW yg memenigkan kepala..Saya yakin anda MAMPU!
Jika saya boleh pasti anda pun BOLEH!Jangan pening kepala,cuma buktikan itu sahaja..

Anda turun kegelanggang mewakili diri anda,USAHA anda,Keazaman yg membara dijiwa anda,dan tatkala kedengaran...
dit,dit,dit,daa dit,dit,dit,daa dit,dit,dit,daaa
Anda sudah berada didunia anda,hanya anda seorang bersama melodi nya,melayan rasa dan lenggoknye dan tanpa disedari ianya tamat di depan mata!segala yg dijuangkan selama ini KINI berakhir,berakhir dalam beberapa minit yg fana dan yg tinggal cumalah teka teki yg masih bermain di kepala anda sekarang "LULUS ATAU PUN SEBALIKNYA".

KEPADA SEMUA CALON-CALON UJIAN SAYA DOAKAN SELAMAT BERJAYA,insya-Allah jumpa di CYBERJAYA!

--... ...--


p/s Jangn sampai lewat tau...

23 Ogos 2009

Dokumentari Drama bersama student UITM Shah Alam

Beberapa hari sebelum puase kome dijemput sekumpulan YL dari uitm Shah Alam utk membuat pengembaraan ala-ala dokumentari drama mengenai radio amatur,bebrapa lokasi disekitar KERAYONG dan Gunung Senyum dipilih utk tujuan itu.Sempat lah koi ambik beberape keping gambo buat kenangan semasa di gunung senyum bersama student ni semua terutama YL-YL yg R5 dan S9 tu..hehehe layannnnn!


Ni le student UITM tu..first time sampai dalam gua,kata dia orang seronok sangat-sangat..


salah seorang student tu sedang Menghantar laporan ke base..lokasi di Gua Angin



laluan sempit menuju ke gua silat ni perlu dilalui oleh setiap orang,kalo jenis kurang konfiden mau tak berani nak masuk lubang ni..koi respek kat prep dan yg lain-lain kerana berani mencube..bagus ar korang.


Scene indah di dalam salah satu gua..ikhlas koi lupe nama gua ni



group photo setelah selesai pengambaran..muge dapat jumpe lagi yek,jgn la jemu nak dtg kemari lagi..hehehhe.


Dari kanan(bukan kiri):Ipin,Zetty,udin,Farah Din,Prep,Kerol,didi,XMA,SZA,ALU,VMS,saa,koi..dan yg duduk kat bawah tu baju itam tasha dan Nurin harmonik kpd Swal SAA(cik eina).

bile la nak siap dokumentari tu yek>koi dah x sabo nak tengok lakonan kome semua...hahaha

19 Ogos 2009

Tanda tangan koi laku jugek yek..hehehe

Alhamdulillah,selamat tanda tangan dan cop pesuruh jaya sumpah,tinggal nak anto ke MCMC je lagi..hmm pada yg tak tau cerite,ni la cara nye rakan radio ham nak dapatkan callsign radio amatur.Dapat kan borang,jumpe pesuruh jaya sumpah dan dapatkan tanda tangan pemegang lesen kelas A(9M2),ni pengalaman koi sebagai pemegang lesen klas A(9M2MZR) menanda tangani borang application rakan2 baru yg bakal bergelar 9w2 satu hari nanti.ni la gambo2 nye,cek it out!


Terima kasih bebanyok kat 9M2Jen yg sudi turun ke Temerloh utk menanda tangani borang permohonan,jasa ko di kenang jen!hehehe JUGEK terhutang budi kepada 9w2kcw(pokjik) kerana sudi menyediakan tempat utk kami.


Koi sebenornye sedang gabra jugek masa ni,nasiblah ade ibunda tercinta berdiri di belakang koi,membuatkan koi bersemangat meneruskan tugasan..hehe


Jen sedang memberi kata-kata semangat kepada rakan-rakan baru..


9w2vms(botak) dan membelakangi kamera 9w2alu(alu) bakal 9m2 satu hari nanti..



satu-satunye awek yg lulus rae..ain,faizol(baju biru),khairudin(baju merah) dan muhairy baju kuning..rakan radio amatur yg akan memegang callsign 9w2 nanti.Mereka semuanye satu daerah dgn koi..tahniah buat korang ye..

Buat rakan yg gagal dalam exam RAE koi harap korang jgn putus asa..yg penting jangan putus asa,teeruskan usaha pasti berjaya.

TERIMA KASIH BUAT 9W2KCW(POKJIK)MENYEDIAKAN TEMPAT UTK MAJLIS TANDA TANGAN,KERJASAM ANDA AMATLAH KAMI HARGAI..

KEPADA SEMUA RAKAN YG BERSUSAH PAYAH MEMBANTU MEREKA MENDAPATKAN GELARAN 9W2 KOI HARAPKAN KORANG TERUSKAN USAHA LAGI.CAII YOKKK!
73

17 Ogos 2009

Pengumuman!


Kepada kengkawan radio amatur,

Tarikh exam CW adalah 07 OKTOBER 2009.
Diharap semua rakan yg akan menduduki peperiksaan tersebut bersedia dari sekarang,Selamat Study dan selamat berjaya!

Buat jadual study CW anda dengan bijaksana!

de 9m2mzr

14 Ogos 2009

Info ringkas mengenai RAE 2009 sesi ke-2

Ni info ringkas mengenai exam RAE(radio amateur examination)

1) Seramai 2222 orang SWAL(short wave ameteur listener) yg menduduki peperikasaan tersebut di seluruh Malaysia.
2)dan seramai 427 orang yg tidak hadirkan diri pada peperiksaan tersebut
3)jadi 427 orang X rm50(yuran exam)=RM21,350 derma kat SKMM(suruhanjaya komunikasi dan Multimedia Malaysia.
4)759 orang gagal dan 1036 lulus peperiksaan.

Haha..kalo camni la setiap tahun,untung jugek SKMM yek..hahaha,jadi mana yg dah daftar tu pergi la exam pasni..

thanks kepada amarul..

13 Ogos 2009

Result RAE dah pun keluar!!

Yeargh,saat ditunggu tunggu telah pun tiba,result rae kini dah selamat di keluarkan oleh pihak SKMM dengan cemerlangnye,dgn format baru yg lebih berkesan..tahniah kpd semua yg lulus dan kpd yg gagal jgn putus asa.


http://skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD09/RAE2009_1_Results.pdf


Pada yg belum tengok result tu boleh klik link kat atas!

TAHNIAH KPD TENAGA PENGAJAR PADA SESI BARU-BARU INI

9W2ADH-adha
9W2TWH-saeidin
9W2FRD-firdaus
9W2RRB-rusdi
9W2RYD-rasyid DAN 9W2EZU-ridzuan

Overall 85% lulus!tahniah

2 Ogos 2009

Enjoy dgn gambo2 ni k..

Setelah bertungkus lumus,alhamdulillah koi berjaya dapatkan juge gambo2 yg tak dapat koi uploadkan dlm entry sebelum ni..jadi di sini koi ngucapkan terima kasih bebanyok kat Nasir(tengah bertapa tu) yg sudi bg koi koleksi gambo drpd kamera beliau utk di jadikan santapan mata korang di blog ni..Jom layan gambo weh!


Ketibaan Rakan Pemancar di sambut mesra


Dari kiri tu:9w2xma(amarul),9w2rrb(rusdi) dan 9w2aza(maza radiomeal)



Ucapan daripada Presiden Pemancar Trengganu-9w2rss


Salah seorg rakan dari Pemancar 9w2ccm,yg demam tp bersemangat utk dtg bertandang ke Gunung Senyum.


BBQ pada malam tu,enak hingga menjilat jari


9w2sza(azuan)rakan dari Temerloh yg banyak membantu menjayakan program di Gunung Senyum.


Poco-poco..hahahha


beratur utk menuju kerja-kerja menjelajahi gua di gunung senyum.



Gua kolam tujuh..tingkatan kolam sebanyak tujuh tingkat jelas kelihatan..subhanallah



Kenangan dalam Gua terang bulan..baju merah tu anak koi,yg duduk tu la nasir dan berseluar hitam tu 9w2aza


ketam dalam gua..



Majlis perpisahan..bertukar bendera tanda persahabatan baik antara Trengganu dan Pahang..

73

27 Julai 2009

Konvoi Muhibah rakan Pemancar,Histeria dan Gua

Yg pasti tiada gambar yg dapat koi uploadkan utk korang kerana anak koi boleh terdelete semua sekali gambo kat digital kamera koi tu..ape nak buat dah takde rezeki bawak balik gambo EVENT dan gambo gua-gua di gunung senyum,tu lah yg membuatkan koi rase ralat yg amat sangat..huhuhu.

Program KONVOI MUHIBBAH BERSAMA PEMANCAR DAN PERAMAH berjalan dgn lancar bermula pd 24hb hinggalah ke 25hb tu,cuma ade satu insiden HISTERIA di asrama perempuan pelajar IPT pd jam 3-4 pagi,penat jgn cakaplah..baru nak tido je dengor ade prempuan menjerit-jerit,mulenye koi ingat ade hantu kat kawasan tu tp meleset!rupenye ade aweks IPT di serang histeria..Alhamdulillah,mujurlah ade Ustaz Din yg sempat menyekat kejadian tu daripada merebak ke aweks lain dalam asrama dia orang..

Memanglah sebelum kami sampai lagi pegawai yg bertugss di situ ade bg amaran dan pantang larang ketika bermalam di kawasan gunung senyum,bukannye ape mende camni bergantung pada niat korang jugek,kalo niat tu Lillahi ta'ala insyallah terhindar dr gangguan Jin dan syaitan..ni datang dah lah tak beri salam pastu time maghrib buat gile tak tentu arah,gelak sampai lupe dunia..orang tua dah pesan korang tak nak dengor...mende camni kenalah kite ambil berat jgn lah buat sambil lewa je..hehe.

Nak cerite sikit pengalaman koi melawat gua taman..cantik dah rasa terpegun dgn ciptaan Allah,cukup menakjubkan..bayangkan dlm gua ade taman,dan yg pelik taman tu bagaikan sentiasa di sapu bersih..tiada pun daun bersepoh-sepoh macam kat depan rumah koi tu..kata pegawai hutan yg membawa kome ke gua,pokok yg terdapat disitu semuanye berpasang-pasang..kalo korang tak caye pegilah tengok dgn mata kepala korang sendiri..yg anehnye koi ade rakam video masa di gua taman tu tapi rakamannye hilang tah kemana dan henpon koi boleh terpadam dan habis battery yg pada mulenye masih dlm 60% ke 70% lagi kuasanye..sebelum tu ade lah abg pegawai hutan tu bgtau jike ambil gambo tp x menjadi jgn pelik atau marah-marah,biasa la perkara camtu kalo kat gunung senyum..dan dah sampai rumah, anak koi pulok delete semua gambo berkenaan event 24 dan 25hb tu termasuklah gambo di gua2 sekali..xpe lah walaupun agak kecewa jugek tp koi redha je ape yg terjadi tu..mungkin ade hikmahnye.

Lagi gua yg cantik ialah gua terang bulan,bile korang duk dlm gua tu tersa macam hari malam dan diterangi remangan cahaya bulan purnama..kerdil je rase diri bile berada kat situ dgn ciptaan Ilahi yg amat menakjubkan.

pastu gua Makam Tok Long,ade sebuah makam dlm gua tu dan dikatakan ianye adalah makam Tok Long yg berasal dari kuala Krau area jerantut,ade sejarah disebalik makam tu,tp sisa jenazah Arwah dah dipindahkan dari situ oleh pihak UM sebagai artifak sejarah..dgr kata pegawai hutan sisa tulang beleulang nye dah dihantarkan ke Muzium.Wallhualam..

Gua Silat,lagi satu gua yg misteri,permukaan gua sentiasa terang benderang macam ade org alam flora menyapu ikut shift pulak,yg ade hanyalah longgokan daun di beberapa tempat dalam gua tu..kata pegawai hutan yg membawa kome diaorg tak melonggokkan daun-daun tu semua..katanye keje makhluk halus.Lagi satu yg pelik adelah kesan tapak kaki di serata tempat kat dingding gua silat..dikatakan kesan tapak kaki pesilat dan pendekar zaman dahulu yg bertapa dan belajar silat didalamnye.

Ah korang datanglah tengok,kalo nak tulis panjang sgt,gambo pun takde..

Yg penting semuanye dah seleesai,rakan radio amatur dari trengganu pun dah selamat sampai ke rumah masing-masing dengan kenangan di gunung senyum yg penuh misteri tu,kalo korang nak rase sendiri tahap ke misterian nye korang datanglah ke Pahang dan kunjungilah Gunung Senyum..

26 Julai 2009

Adoi Letih gile..

Pergh..letih yg teramat,hampir dua malam koi tak cukup tido dah la pagi tadi ikut kengkawan jelajah gua kat gunung senyum..tak larat rasenye nak update pasal event kat gunung senyum lagi,insyallah bile kekuatan dah kembali normal koi akan postkan entry tu..
ZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

23 Julai 2009

Persediaan menyambut tetamu

Permandangan di bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur,Temerloh.

Ngam jam 3 pm koi panaskan enjin kereta yg dah sejuk kerana seharian tak dihidupkan,koi bgtau anak-anak dan bini koi agar cepatan sedikit bersiapnya!."bior kite menunggu orang jangan orang menunggu kite",memang dah lama koi mengenggam falsafah tu,koi tak sedap hati bila nanti ade yg bising-bising kalau sampai lambat ke tempat yg dijanji.Memang kebanyakan masa begitulah yg terjadi...hahaha.Sedang elok pukul 3.30ptg kome sampai ke Temerloh,dari pemantauan koi kome adalah antara yg awal lah sampai ke tempat berkumpul sebelum nak berkonvoi pulok ke gunung senyum.

Gunung Senyum..
Ya,begitulah nama timangan nye yg manje dan manis di dengor,cukup popular dulu dan sekarang,walaupun di gugat dengan Genting highlan,KLCC,Sunway lagoon dll..nama nye tetap gah bergayut dibibir-bibir mereka yg pernah berkunjung ke sini..Inilah kali kedua koi menjejakkan kaki ke tempat yg bersejarah ini,Gunung Senyum pernah menjadi hide out(tempat persembunyian) pahlawan-pahlawan dan pendekar Pahang semasa zaman penjajahan inggeris dan jepun.

kelihatan isteri dan anak sedang bermain api,serta 9w2rby membakar daun kering di salah satu tapak perkhemahan.


Setiap kali koi sampai kesini hati koi terpanggil utk menjelajah gua-gua yg menakjubkan dan penuh misteri yg setia menanti sejak ribuan tahun dulu.Begitulah hebatnye Gunung senyum.TAPI kedatangan koi kesini bukanlah utk menjelajah gua-gua,kedatangan kali ini utk membuat persediaan bg menyambut tetamu dari jauh,tetamu yg di undang utk bermalam disini pada 24-25hb ni,persediaan perlulah di buat wehh..koi dan rodong-rodong mmg risau kerana ada dua lagi kumpulan lain yg akan bermalam disitu,nak tak nak terpakse la kome menandakan tapak perkhemahan utk tetamu dari jauh tu..nak mujurnye bile kome sampai di kaki gunung senyum tapak dan dewan utk keguanaan awam masih lagi tak berbooking..haha,kome pun ape lagi tarik tali dan tanda la tempat yg paling cun utk tetamu-tetamu tu bermalam dan beriadah nanti.Alhamdulillah nampaknye setakat ni semuanye berjalan seperti yg dirancang.

Botak:9w2vms,9w2rrb dan 9w2frd..muke-muke yg akan menyambut tetamu jauh..

OKEHH GENG TERENGGANU..KITE JUMPE DI GUNUNG SENYUM!!
73

19 Julai 2009

Meet family ham (part 2)-Buat gempor kat cherating

Salam,salam,salam...muge sehat dan ceria sokmo,17hb dan 18hb baru ni ade gathering keluarge ham,seronok,gembira,hapy dan ceria sekali..koi takde idea nak tulih panjang-panjang..korang layan je la gambo2 ni yek!


Permandangan indah dan permai di Mercu Beach resort,cherating pahang.berlatar belakangkan laut cina selatan.


dari kanan:9w2sza,swl ddi,basyar,9w2frd,9w2aza dan harmonic dan koi ngan harmonic(anak)..buat gile dalam kolam budak2..huuuu haaaaa!

Ni pulak time diner,semua seronok makan-makan..maklum ar keluarge pun besar..

selepas je makan malam pakat berkumpul dalam gelap..best jugek buat camni,last sekali koi terlibat dalam aktvt berkumpul dalam gelap ni masa jadi pengakap darjah enam.

yee yee..seronok bile dapat berkumpul sekeluarge pegang tangan dalam bulatan..mmg enjoy

9w2waa(hanim azura),menjadi host game pungguk rindukan bulan malam tu..game ni utk merapatkan lagi silaturahim sesama keluarge..kelako game ni,korang patut cube.

Pada pagi esoknye pulak ade berjoging beramai-ramai di sepanjang persisiran pantai cherating,dan di sudahi dengan acara menyanyi lagu patriotik utk bangkitkan semangat.

baju biru 9w2frd,tengah tu 9w2sza(azuan) dan swl didi..berjemur tengah panas..

haa siape rakan radio amatur yg tak kenal dgn pak sedara koi ni boleh la tengok gambo beliau dan xyl nye ni..9w2rej(rudy eruwan) dan 9w2mez(kak mi)..

terima kasih buat 9w2waa sebagai organiser utk program family day tahun ni..

Sebenarnye ramai lagi yg sama-sama dlm 2 hari tu..kebanyakannye terlibat dalam radio amatur,dan lagi best bile semuanye adelah satu keluarge yg besar.Radio amatur dan keluarge kome ni mmg dah tak dapat dipisahkan lagi,bagaikan aur dan tebing..

***
rakan radio amatur family ham adalah;

9w2rby(robi),9w2hta(hamidah),9w2waa(azura),9w2sza(azuan),9w2sxc(aisyah),9w2rej(rudy),
9w2mez(mi),9w2xma(ama),9w2aza(maza),9w2rzs(zana),
9m2mzr(koi),9w2frd(firdaus),9w2wfa(marwan),swl saa(saeina),swl ddi(suwadi),pr pet(shafid) dan ramai lagi bakal2 radio ham yg akan lahir dari keluarge ini..tu je utk kali ni nt update lagi..
73


BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini