LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

Memaparkan catatan dengan label tiang agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tiang agama. Papar semua catatan

12 September 2012

4D punye cerite.


Assalamualaikum....

Baru-baru ni koi meronda di sebuoh taman perumahan,tibe2 koi ternampok sekeping kertas yang didalamnye mengandungi tulisan cina dan tulisan rumi dengan beberapa keping gambo tok cha(sami budha)
Kertas yang seperti flyers itu tidok lain tidok adelah sejenis promosi atau iklan kepada penduduk taman itu terutamanye orang melayu tentang perihal nombor ekor..............



1) APA MOTIF UTAMA flyers sebegini diedarkan di setiap rumah?atau ade pihak yang berselindung disebalik nama2 kuil itu untuk membuat keuntungan?tiade siape yang tahu....semuge takde org kite yang pergi berjumpe tok guru semata-mata untuk tuah dalam menikam nombor ekor....



2) Tertera di dalam gambor te.... nama2 syarikat gergasi NOMBOR EKOR...dan Alamat flyernye pule letasknye di Chiang Mai Thailand..JAUH TU!..di sana ade seorang tok guru yang boleh menguboh nasib dari susah kepada senang!dari miskin kepada kaya!PERCAYA?tepuk dada tanye selera.....



3) Diselitkan juge secebis luahan rase seorang wanita yang telah berjaya mendapatkan kekayaan setelah berjumpe dengan tok guru kuil itu...dan dgn rendah hati beliau juge telah mendermakan sejumlah besor duit kemenagan kepada kuil wat sebagai tande terima kasih beliau....PERCAYE??


4)Kalau kite bukan kaki nombor ekor maka flyers seperti ini hanyelah sekeping kertas yang tak berguna,tetapi andai kata seseorang yang memang kaki ekor tegar,maka ini adelah beberapa options untuk mereka mendapat hadiah tempat pertama!...tak mustahil jika satu hari terdengor ade yang berjumpe tok guru itu untuk mendpatkan tuah dalam menikam no ekor....

Kite pernoh dengor bagaimane kaki nombor sanggup melakukan kerja-kerja yang salah disisi agama islam seperti memuja kubur,pokok,batu dan lain-lain semata-mata untuk menang dalam menikam nombor ekor  .Sedangkan mereka tahu bahawa kerja sedemikian boleh membuatkan mereka mendapaat dosa besar yang tidak akan mendpat pengampunan Allah SWT kelak...iaitu melakukan syirik kepada Allah SWT...Naudzubillah!....

Kita sebagai penganut agama islam sepatutnye menekan pihak kerajaan agar melakukan tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang cube mendapat keuntungan dan sekaligus menyesatkan akidah orang islam....tiade gunenye lagi jika sudah terlambat....

Duit punye pasal manusia sanggup melakukan ape saje BILA kekayaan dan kemewahan menjadi matlamat utama....AMAT MENGECEWAKAN BILA flyers seperti ini ade di sebuah negara Islam yang pemimpinnya berugama islam,wakil-wakil rakyatnya juge kebanyakan beragama Islam,dan majoriti penduduk negara ini adelah Islam......


Bissmillahirohmanirrohim....

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!

[2] “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

[3] “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

[4] “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

[5] “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

[6] “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Al-Kafirun 

7 Julai 2012

Kemuliaan AKAL

Assalamualaikum...

Ape kahabar belake?nak share sedikit info mengenai "akal" walaupun infomasi ini bukanlah selengkap-lengkap informasi tentang akal,tetapi sebagai permulaan boleh lah kita renungkan bersama apekah dia "akal".



Diriwayatkan ketika Abdullah bin Salam bertanya kepada Rasulullah dalam suatu pembicaraan yang panjang, dimana pada akhirnya Nabi bercerita tentang Arsy dan Akal.
1. Kata Rasulullah: “Bertanya para malaikat kepada Allah: “Wahai Tuhan kami, “adakah Engkau menjadikan sesuatu yang lebih besar dari ‘Arsy?”.
2. Maka menjawab Allah SWT: “Ada, yaitu akal!.
3. Bertanya Malaikat lagi: “Sampai dimana batas kebesarannya?
4. Menjawab Allah: “Tidak dapat dihinggakan dengan ilmu pengetahuan. Adakah bagimu
pengetahuan tentang berapa jumlahnya pasir?
5. Menjawab Malaikat itu: “Tidak”!.
6. Maka berfirman Allah: "Sesungguhnya Aku menjadikan akal itu bermacam-macam, seperti
bilangan pasir. Sebagian manusia ada yang diberikan sebiji. Sebagian ada yang diberikan dua biji,ada yang tiga biji dan empat biji. Diantara mereka ada yang diberikan secupak (seukuran gelas) dan ada pula diantaranya yang diberikan segantang (seliter) dan ada pula diantara mereka yang diberikan lebih banyak dari itu”.

Kata akal berasal dari kata dalam bahasa Arab, al-‘aql. Kata al-‘aql adalah mashdar dari kata ‘aqola –ya’qilu – ‘aqlan yang maknanya adalah “ fahima wa tadabbaro “ yang artinya “paham (tahu, mengerti) dan memikirkan (menimbang) “. Maka al-‘aql, sebagai mashdarnya, maknanya adalah “ kemampuan memahami dan memikirkan sesuatu “. Sesuatu itu bisa ungkapan, penjelasan, fenomena, dan lain-lain,semua yang ditangkap oleh panca indra.

Tatkala Allah SWT menjadikan akal, Allah berkata kepada "akal" .. datanglah mendekat, maka datanglah akal itu, kemudian Allah berkata pula kepadanya ("akal") ...berangkatlah, maka akal pun berlalu/pergi.Sehingga dengan perilaku/tabiat akal itu maka Allah berfirman; "Tak ada mahluk yang aku cintai melebih engkau.Dengan engkau aku mengambil dan dan dengan engkau aku pula aku memberi.
(Diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad dari Hasan dan Ath-Thabrani dari Abu Hurairah)

**Akal adalah panglima...wahyu adalah petunjuk....

sumber di sini : http://mrsmmersing.blogspot.com/2012/07/kehebatan-akal-dalam-hadith.html
 lagi blog mengenai akal: sila klik di sini SINI

wallahua'lam...

16 Februari 2012

ASAL USUL SOLAT


ASAL USUL SOLAT




SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

Klik imej utk besarkan


ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .
Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.




ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .


"Dan Dia lah yg menerima taubat dari hamba-hamba Nya dan memaafkan kesalahan dan mengetahui apa kamu kerjakan"(As syuraa : 25)

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan
sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.




ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari
negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun..
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun





Petikan dari Internet

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini