LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

Memaparkan catatan dengan label melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label melayu. Papar semua catatan

26 Ogos 2012

Lanun Melayu huru-harakan kerajaan British

Assalamualaikum...


Alhamdulillah hari ini disediakan sedikit ruang dari Nya untuk koi meneruskan perkongsian bersama rodong-rodong(sahabat-sahabat) di alam maya ini.Sebenornye hajat di hati hendak menyambung kisah Dajjal,tetapi mood lebih kepada nak kisoh yang lebih santai dan sempoi.

Hari ini koi akan cuba berkongsi kisah lanun melayu yang pada awalnya digelar oleh bangsa penjajah sebagai " The 19th MALAY Regiment of the British Royal Navy "  dan kemudian setelah mereka merampas berpuloh kapal British,memusnahkan begitu banyak harta benda dan mengorbankan begitu banyak nyawa,akhirnye lanun melayu ini digelar  "the Curse Regiments" - bourne to sails at sea in eternity. 


Watak Captain Jack Sparrow yang dilakonkan oleh Johnny Depp dikatakan diambil dari watak salah seorang Lanun Selat dari tanah melayu yang melakukan kacau bilau di peraiaran Eropah sehinggalah ke perairan negara Arab timur tengah.

Bagi penggemar movie " The Pirates of the caribbean "(POTC) yang pernah ditayangkan diseluruh dunia beberapa tahun yang sudah pasti tak menyangka bahawa watak Jack Sparrow adelah watak seorang melayu.Jika korang tengok dari perangai si Jack yang gila-gila hinggelah pakaiannya yang seakan menampakkan ciri kemelayuan.Cuba tengok kain yang dililit di kepalanya juge seakan-akan tanjak.Kemudian jika korang telitikan corak ukiran pada kapal JS juge seakan-akan serupa malah hampir menyamai ukiran melayu.

Perasan tak yang Jack menggunakan sejenis senjata yang kelihatan seperti pistol?Ok...ia sebenarnya adelah sejenis senjata api yang dicipta oleh orang melayu semenjak pada zaman kesultanan melayu Melaka,malah sebelum tanah semenanjung dijajah oleh pelbagai jenis penjajah lagi.



Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silama Melayu bernama Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina menentang Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Selain itu, dalam Perang Naning, senjata ini turut digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.


Berbalik kepada kisah Jack Sparrow..

Mengenai Captain Jack Sparrow, dia adalah seorang Melayu. Lagenda lanun Melayu
"The 19th Malay Regiments of British Royal Navy".Tidak kurang 300 dokumen yang berkaitan kisah Captain Jack Sparrow yang berbangsa Melayu ini berada dalam simpanan kerajaan penjajah British.

Keratan akhbar yang bertarikh 1804 yang mengkisahkan The 19th MALAY regiment of British Royal Navy

Major Davie?atau Davie John?

 

Keratan akhbar 1815..mengisarkan kematian Major John Davie,beliau adalah seorang Major 1st MALAY regiment

 

19th Regiment of Malay Navy adalah bekas-bekas lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka sebelum itu. Oleh kerana keberanian mereka dan kebolehan luar biasa yang dimiliki (ilmu kebal, ilmu batin, boleh menyelam 4, 5 jam dll) mereka diberi pengampunan dari dihukum gantung dan diambil berkerja dengan British Royal Navy - dibawah 19th Regiment yang diketuai oleh individu yang bernama Captain John Davie (Davvy Jones?)
Pada 1813, 19th Regiments ini melancarkan Mutiny ("pemberontakan dan rampasan/pengambilalihan kuasa" didalam military term or crew ship) keatas British India yang telah mengakibatkan kemusnahan harta benda dan nyawa di kalangan British.

Mereka telah merampas 12 buah kapal laut Royal Navy, mereka kemudiannya berpecah ke Britain, laut Arab dan benua Amerika.

 

Selepas itu, dari tahun 1813 hingga ke tahun 1842, saki baki kumpulan 19th Regiment inilah yang bermaharajalela pula di lautan Arab dan Lautan Utara di Britain, sehinggakan terdapat beberapa kes amukan lanun Melayu di Queen Dock London.

Separuh daripada anggota Curse Regiment ini juga telah diambilalih oleh Napolean Bonaparte untuk berperang melawan British.


Sejak itu 19th Regiment juga dikenali sebagai "the Curse Regiments" - bourne to sails at sea in eternity..."Bourne to Sails at Sea for Eternity" bukan sumpahan, akan tetapi ia adalah satu pilihan...

These Cursed Regiments.. selepas mereka melakukan mutinied menentang British India, kesemua mereka tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman kerana orang kampung, pembesar dan sultan akan membunuh atau menghukum mereka atas alasan 'bersubahat' dengan penjajah - dalam makna kata  lainnya, mereka akan dianggap sebagai pembelot/ talibarut penjajah.

**sumber dari blog-blog dibawah.

http://aku-macjay.blogspot.com/2011/06/captain-jack-sparrow-lanun-melayu.html
http://freegeng.blogspot.com/2010/11/rahsia-senjata-melayu-yang-terkubur.html

27 Februari 2011

Ubi dan kite..Jodoh dari Ilahi.

salam rodong2..

Pekabor agoknye aokme musim kemarau gini ari?mane hat ngail te seronok sangat la sekarang ni,maklom la musim air surut ni,kalo di kampong koi ni pergi ngail ikan laih sedat gek,tp nak kena ander umpan kelkatu baru merioh nguteh dek laih besor2 3 jari te..tp kalo emergency cacing pun semacam je bedal dek dia..

Tapi koi bukan lah nak bercerite hal memancing,tapi hal ubi kayu..makanan popular semasa perang dunia ke dua ari te nih,jangan tak tau pulok..dulu uwan koi cerite inilah makanannye menggantikan nasik,bekalan ubi pulok diaorg ambik dengan kaum orang asli semelai yg kampungnye di seberang sungai Triang mase te,diaorg akan berjumpe dgn Tok Batin dan buat pertukaran(sistem barter)..biase uwan koi akan bawok pinang dll utk di tukorkan dgn ubi kayu..begitulah akrabnye hubungan orang asli dgn orang melayu mase perang dunia ke dua,iaitu zaman Jepun menjajah Malaya..perhubungan ini masih lg berterusan hinggalah ke hari ni....

Baru ni anok koi teringin sangat nak merase makan ubi kayu rebus...koi pun ape lg,pergi la menggali ubi di belakang rumoh uwan koi dengan adik2 koi..

Ni la rupenye ubi kayu..rasenye ramai yg tau rupe ubi kayu nih,kalo ade hat tak tahu meh cni nak tunjuk kan ckit gone rupenye..


Bile da siap kupas kulit,potong2 kan pulok mengikut saiz yg sesuai dan basuh la dengan air..


Bile dah siap basuh dgn air,isikan sedikit garam halus secukup rase aokme dan rebuskan ia..lepas tu boelh la aokme pg kukur nyor ke,buat sambal belacan + terung asam ke,buat sambal ikan bilih pun boleh..kome buat sambal ikan bilis tumbuk dgn lade..pergh!


SIAP!...hehehe...jangan lupe jodohnye iaitu air kopi O kaw panas.ikan masin,sambal dan nyor@kelapa kukur yg di gaulkan dgn gula dan sedikit garam halus,..pergh CAKAP PUN TAK GUNE LA WEH!..Sebelum te,jangan lupe utk angkat tangan dan doa sama-sama tande syukur kpd Allah krn mengurniakan ubi kayu kat tanah melayu ni..kalo tidok kerana ade nye makanan ini pada zaman Jepun dulu mungkin kite xde kat muke bumi ni..syukur ya Allah..


 Ubi kayu bukan saje mudoh nak disediakan tapi rasenye yg mmg sedap bile gandingkan dgn makanan lain.. mmg tak dpt nak kite nafikan ianye makanan yg simple tapi benyok bagi jase kat orang melayu,haruslah makan ni kite kekalkan agor menjadi satu resipi mingguan....


Makan dengan keluarge atau siap2 bawok pergi berkelah pun ok..lupekanlah sekejap KFC,Mc D,PIZZA,DUNKIN DONUT,COKE,makanan te bkannye berkhasiat jugek pun,mahal la pulok....

Ingatlah kalo takde ubi kayu mungkin nenek moyang kite akan kelaporan sbb takde nye makanan utk dimakan pada zaman darurat te,alhamdulillah negara kite ni Allah sediakan banyok amat makanan,salah satunye ni lah dia..tak seperti di Afghanistan,Iraq,dll negara islam di dunia nih.

*walaupun ubi kayu kurang popular jike nak di bandingkan dgn makanan lain pada masa sekarang ni,bagi koi ianye mmg makanan yg paling sedap dan berkhasiat.Ianye jugek amat murah kalo nak di bandingkan dgn makanan lain...

moh kite makan ubi kayu! hehehe...

26 Julai 2010

Gelaran dalam Susur Galor Melayu

Salam..

Terjumpe gambo ni di Facebook,koi rase  tak ramai antara kite yg boleh hafal termasuklah diri koi sendiri.Bagus jugek kalo ilmu begini kite kongsikan utk generasi sekarang dan akan datang.

KLIK GAMBO UTK LEBIH JELAS


Yang koi hafal pun dari anak,cucu,cuet,gamit...selebihnye mmg koi tak tahu,tapi selepas nengok hasil penyelidikan A.Hamid Othman (seperti yg tertera dalam gaMBO) yg mane telah mendapat sumber daripada Allahyarham Hj. Abu Hanifah Hj Ismail  yang asalnye dari Temerloh.Siapekah mereka?...Koi cube jugek google nama2 ini tapi takde result.Wallahualam...semuge kite tidak melupai jasa2 mereka ini.

Koi amat berterima kasih kepada mereka yg upload gambo ni di FB melalui group 'Temerloh United'. Semuge bende2 begini kite tak terlupe turunkan pd generasi akan datang,dengan cara ini  InsyaALlah Ilmu pengatahuan sebegini akan terus kekal.

Alhamdulillah,takat ni salasiah keluarge koi(pawang Ismail)  ade dlm rekod .
semua ni usaha orang lama yg mewariskan nama-nama mereka utk ke generasi kome..kalo deme tidok berbuat demikian koi percaye mmg koi tak tahu langsung ape ke nama orangnye.

**Paling tidok pun 7 generasi sebelum kite te kite tahu dan hafal nama mereka..

4 Julai 2010

Bila binatang berkata-kata.

Salam.

Petang tadi tergerak hati nak ke Bahau bawak anak pergi tengok wayang.Perjalanan ke Bhau cuma mengambil mase 45 minit dari Kerayong.Mula nak tengok cerite karate kid ke,IP man 2 ke,tp semua nye agak lambat ditayangkan.Panggung Bahau ni cuma ade 3 hall aje.jadi tak banyak cerite ditayangkan.

Ade 3 pilihan cerite,satu tu cerite tamil,cerita cina dan cerite melayu..mmg satu Malaysia jugek panggung bahau ni rupenye.Ngam2 la pulak cerite melayu berjudul ZOO tu main pukul 5.45 pm,koi sampai jam 5.20 pm..terus beli tiket dan masuk panggung.

Ni ler barisan pelakon filem ZOO...aih brp orang sgt,korang kire la..


Masuk je dalam panggung tempat duduknye penuh dgn orang-orang nogori sombilan..gamat jugek bile ade kuda padi yg boleh speaking loghat Minang,gegar panggung!hahaha..keseluruhannye cerite ni boleh la koi bagi 3 dari 5 bintang.Yang betul menghidupkan cerite ni adelah lan pet pet,dengan kelakor ala-ala senario yg biase kite tengok tapi tetap tak menjemukan terutamanye bebudok la.Pelakon lain pun ok..lebih2 lagi Lisa surihani te..aih cun!Kalo aokme nak tengok bawak la bebudak gerenti diaorg suke.

hehe..komen sikit,kalo boleh dikurangkan lah buat mimik muke kelakor yg bagi koi tak kelakor mane pun,yg terer buat mimik muke dalam filem melayu ni Hamid Gurkha je...yg lain tak payah nak lawan la.
Anok koi yg kecik sekali tu tak bergerak2 tengok wayang..ralit sngat dia. :)

Kali terakhir koi pergi tengok wayang filem melayu dekat panggung rex,di Mentakab.Masa tu koi pergi naik motor dari Kerayong semata-mata nak tengok cerite SEMBILU!! argghhh....kawan koi tu siap leleh air mata woo!! hahahaha...mulanye dia nak suruk-suruk la bile tiba bab awie nak pisah dengan era tu,sedang elok je masa koi pandang ke wajah dia,air mata yg tengah bergenang tu tumpah!!perghh...leleh smapai ke dagu beb!! hahahah memang jiwang karat la rodong koi ni! anak pun dah 5 orang!hehehe ye la umur sedang remaja.Masa tu dalam panggung boleh je nak hisap rokok ni,kerusi nye pun diperbuat dari papan lapis alas kusyen nak ilangkan kebas d punggung.Kuaci cap matahari atau cap helang tu kena ade masa tengok wayang,baru feel!.

Hm dah lah weh...nanti ade mase koi sambung lagi..asalamualaikum!bye.

*GERMANY 4 ARGENTINA 0...dont cry for me argentina... hahahaha German juara piala dunia 2010?

22 Jun 2010

Bagaimana menguji kesabaran org ramai

Salam aokme..koi nak merepek ni,kala aokme rase nak bace silakan lah.


BAGAIMANA NAK MENGUJI KESABARAN ORANG RAMAI
  1. Pagi aokme sarapan telur tiga suku 5 biji,lepas te cari peluang utk mengentutkan diri aokme@anda semua dalam lif yg sarat dgn orang.
  2. Menampar kepala orang2 yg aokme temui dgn alasan ade nyamuk di ats kepale mereka.
  3. Pergi beli cili sos sebotol dan hempaskan betul2 di kerumunan org ramai yg memakai selipar jepun.
  4. Memasang wiper kereta rodong/rakan yg menumpangkan aokme pergi kerja dgn alasan utk memastikan wiper tersebut betul2 berfungsi dgn baik walaupun hari panas terik.
  5. Mencangkung di tengah2 jalan raya.
  6. MENGGUNAKAN CAPS LOCK SETIAP KALI CHATTING.
  7. langsung tidak menggunakan huruf besar tanda koma atau pun noktah ketika update entry blog aokme.
  8. Pergi ke stesen minyak kemudian isi minyak sebanyak rm1 shj.
  9. Naik motor dgn perlahan dan memandu secara zig-zag diats jalanraya yg sibuk dgn org yg balik dari kerja.
  10. Memasang lampu tiggi(high beam) setiap kali ada kereta di hadapan,tidak kiralah kereta itu dipandu oleh ketua trafik cawangan Temerloh,pastikan aokme mengekorinye kereta itu sehingga ia benar2 berhenti.
  11. Order air teh tarik dan minum setengah gelas kemudian aokme bertekak dgn pembuat air mengatakan aokme order air milo.
  12. Ambil stapler kemudian staple kan semua surat khabar di kedai buku dgn wajah ceria.
  13. Berkata begini dengan semua org yg aokme temui : "Aok nak tau tak??" mrk akan jawab"ape dia?" aok jawab"takpe lah!!" kemudian aok beredar dgn wajah selambe.
  14. Sambil org ramai melihat siaran langsung bolasepak piala dunia akhir,aokme ambik remote tv te pastu aokme ejas kaler pemain nye jd hijau dan warna rumput jd meroh dgn alasan aokme suke tengok keadaan begitu.
  15. Sambil tgok siaran langsung world cup di kedai makan,aokme terbalikkan meja makan di kedai yg aokme ngeteh te setiap kali mana2 pasukan bolasepak yg sedang bermain gagal menjaringkan gol!
  16. Jangan berjalan,sebaliknye aokme lakukan skipping sambil bersiul-siul ketika membeli ikan di pasor atau membeli belah bersama keluarge.
  17. Tanyekan jantina setiap orang yg aokme jumpe
  18. Berdiri di tepi jalanraya kemudian buat aksi seperti mahu melastik kereta yg lalu.
  19. Menyanyi dgn kuat ketika sedang tengok wayang.
  20. Sengaja merenjis-renjiskan tangan yg baru aokme basuh dihadapan orang yg sedang makan.
  21. Kentut di khalayak ramai dan dgn muka tak bersalah menudingkan jari kpd org lain sambil menutup hidung.
  22. Pergi ke kaunter bank dan keluarkan semua wang dari akaun aokme,kemudian masukkan kembali kedalam akaun aokme setelah mengire wang itu dgn alasan utk memastikan duit aokme semuanye di situ.(Lakukan semuanye di kaunter bank itu ye)
  23. Sengaja mandi manda sambil menyanyi dgn girang di sebuah tandas awam yg mana ramai sangat orang sedang menunggu giliran utk menggunakan tandas.
  24. Mengambil gambo setiap orang yg aokme jumpe dgn alasan utk dimuatkan dalam sebuah website lucah.
  25. Memandu dgn perlahan sekali di laluan memotong di sebuah highway time orang nak balik cuti raya.

**segala akibat dari perbuatan di atas adalah diluar tanggungjawab penulis. =)

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini