LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

Memaparkan catatan dengan label golden ratio 1.618.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label golden ratio 1.618.. Papar semua catatan

15 Februari 2013

Nisbah Emas 1.618 pt 3

Sambungan dari posting sebelumnya:

http://koianakpahang.blogspot.com/2012/02/misteri-nisbah-keemasan-1618-danpart-2.html

Assalamualaikum...bertemu lagi.

Alhamdulillah masih ade kesempatan dari Nya untuk kite berkongsi lagi tentang nisbah emas..Subhanallah...setiap  hari semakin banyak bukti tentang kebenaran agama Islam...setiap penemuan baru itu membuktikan kebenaran Al Quran dan apa yg disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW semenjak ribuan tahun yang dulu lagi...

Mekah al mukarramah adelah TITIK Nisbah emas dunia.......

Subhanallah...salah satu rahsia mengapa kaabah yg mulia itu Allah letakkan di Mekah....setiap penciptaanNya bertrade mark akan 'kesempurnaan'...mungkin juga kota Mekah adelah tempat terbaik sekali di dunia...wallohualam...

Untuk memudahkan pemahaman masiing2...meh sama2 menghayati video ini... atau klik LINK videonya 

<object width="560" height="315"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/vHAyuf-BaME?version=3&amp;hl=en_GB&amp;rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/vHAyuf-BaME?version=3&amp;hl=en_GB&amp;rel=0" type="application/x-shockwave-flash" width="560" height="315" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>


Alhamdulillah.,.
Semuga dengn sedikit perkongsian ini akan mebuahkan lebih banyak bahan ilmu untuk kite sama-sama menginsafi akan diri yg kerdil lagi hina ini....segala puji milik Allah swt...

Subhanallah..walhamdulillah...waLaa ilahaillallah..Allahuakhbar...Laa hawwlaa walaa quwwata illa billah...........


sekian dulu post N.E 1618..

19 Februari 2012

Misteri Nisbah Keemasan 1.618. dan.........Part 2


      Assalamualaikum buat semua rodong koi yg masih sudi melawat dan membaca isi didalam blog koi yg tidoklah seberapa ini..Terima kasih dan semuga setiap kunjungan mendapat kebaikan melaluinya,begitulah harapan koi..apepun kpd Allah jua lah terserah segala nya.


Kalo di post sebelum ini koi telah intro kan sedikit sebanyok mengenai nisbah keemasan atau golden ratio ini,pada rodong yg belum sempat baca yg tu,sila aokme klik pautan ini.

PART 1

Semuge posting kali ini akan sedikit sebanyok menamboh pengetahuan kite masing2..Insya-Allah.

Hanya Allah lebih Mengetahui akan segala yg telah Dia cipta dan jadikan di dunia ataupun di akhirat kelak.Segalanya cukup sempurna tiada cacat celanya.Subhanallah,begitulah Maha hebat ciptaan Nya.Sebagai seorang manusia dan jugek insan yang lemah,kita tak dapat tidok hendaklah meletakkan harapan kite hanya kepada Allah SWT.Andai kata selain Dia maka tunggu shjlah akan ditimpa kekecewaan kerana harapan yg musnah dek mengharap sangat kpd selain Allah.


Gambar Virus Adeno yg mempunyai asas NK

Okeh....balik semule kpd Nisbah keemasan .1.618. ianya adalah boleh kite ibaratkan trademark@tanda tangan Sang Pencipta.Dimana-mana sahaja pasti ada Nisbah keemasan .1.618. ini.Samada ianya adalah penciptaan virus yg langsung tak dpt dilihat oleh mata kasar melainkan selepas terciptanya teleskop.Semuanya mengandungi N.K (nisbah ke emasan 1.618.)

 Virus polio jugek mengambil bentuk yg mengndungi N.K agar ia dpt membina dirinya sendiri. 



Goleden ratio 1.618. @ Nisbah keemasan 1.618. juga boleh ditemui pada organ cochlea yg terletak didalam bahagian dalaman telinge kite,ia bertugas utk pendengaran dan seimbangan manusia.GR ini juge boleh ditemui pada kejadian tanduk binatang dan taring binatang yg tumbuh dalam bentuk spiral semua mengandungi logaritma G.R 1.618.

Di dalam DNA jugek ada logaritma G.R dan Logaritma Nisbah keemasan (Golden ratio) ini jugek ada pada penciptaan cakerawala dan angkasa lepas.Subhanallah.

Potret Monalisa hasil lukisan leonardo da vinci yg masih menjadi bualan hingga ke hari ini.Salah satu kehebatan potret ini ialah mata monalisa seperti seakan mengikut siapa yg melihat nya walaupun didalam sudut mana sekalipun.Rahsia nya ialah NK 1.618.

 Perlu kita ketahui bahawa nisbah keemasan amatlah dikenali dikalangan artis seni sebagai "aesthetic rule"
(aesthetic bermaksud keindahan/kesempurnaan/menarik).Kerja seni yang menggunakan nisbah keemasan akan menghasilkan "aesthetic perfection".Tumbuhan,haiwan,mikroorganisma,galaksi,batu permata dan benda yang bernyawa semuanya menggunakan rule yg sama seperti yg dicplak oleh artis seni,iaitu Nisbah Ke'emasan 1.618.


Leornado da vinci juge menggunakan Golden Ratio 1.618. dalam setting utk mendapatkan estetik ksempurnaan pada anggota tubuh manusia.


Dalam kejadian apa sahaja yg telah diciptakan oleh Allah SWT ada nya Nisbah keemasan 1.618. ini.Ia adalah tanda kesempurnaan dan trade mark dalam setiap yg Allah telah ciptakan.Ia juge menunjukkan betapa Maha Seni nya Allah dalam menciptakan langit dan bumi dan apa shj yg diantara keduanya.
 
Subhanallah..penemuan2 ini bolehlah kite katakan masih baru lagi ditemui oleh para pengkaji dan saintis di era moden.Namun semenjjak Al Quran diwahyukan kepada Rasulullah SAW sudahpun ada info mengenai nisbah keemasan atau kadar dan kesempurnaan ciptaan Allah secara detail.

  • Firman Allah didalam surah Ar-R'ad ayat yang ke 8 yg bererti :-
"Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu."

  • Juge didalam surah At- Talaq terkandung didalam ayat 3 diantaranya yg bererti :-
"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."


Begitu banyak contoh Nisbah keemasan 1.618. atau Golden ratio 1.618. dalam alam ini.Cukuplah dengan adanya bukti seperti ini mudahan iman setiap diantara kite akan lebih kuat lagi,InsyaAllah.


....BERSAMBUNG LAGI YAK..





****Pautan untuk Terjemahan Al Quran dalam bahasa Melayu boleh ke link di bawah ini.



****sumber posting banyok koi ambik daripada : website harun yahya

18 Februari 2012

Misteri NISBAH KEEMASAN 1.618(φ) dan......

Assalamualaikum wbt  Pekabor aokme semua..koi berharap semuge sehat dan dirahmati Allah hendaknya..amin.
Misteri golden ratio? doklaahhh....bukan misteri lagi tu,tapi ape kaitannye dengan wajah kite?Koi sendiri pun tak pernah nak ambil tahu pun,tapi hari ni ape salohnye kalo kite ambil tahu sikit je.

Mula-mula kite kenalah tahu apakah golden ratio 1.618.(Nisbah keemasan) ini.Langkah pertama utk memahaminya perlulah dirujuk terus kepada Al Quran.

Bissmillahirohmanirrahim..

Firman-Nya didalam surah Al Mulk ayat 3 dan ayat 4


الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقاً مَّا تَرَى فِي خَلْقِ الرَّحْمَنِ مِن تَفَاوُتٍ فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَى مِن فُطُورٍ


Ertinya:
"Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah yang maha pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah ( jika engkau ragu-ragu ) maka ulangilah pandanganmu. Dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"

ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنقَلِبْ إِلَيْكَ الْبَصَرُ خَاسِأً وَهُوَ حَسِيرٌ


Ertinya:
Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan lemah.

...Sadaqollahul A'zim..

Kesemua ciptaan Allah SWT adalah mengenai kesempurnaan dari pelbagai sudut dan aspek.Kesempurnaan yang tidak mungkin boleh terjadi dengan sendirinya,mustahil ia terjadi sendiri melainkan jika tidak diatur dan dirancang oleh satu kuasa yg Maha Hebat..dan Dialah Allah SWT.Allahu akhbar.

Dalam wikipedia maksud nisbah keemasan ialah adalah pemalar matematik tak nisbah, bernilai lebih kurang 1.618 atau Istilah lain yang biasa ditemui termasuklah nisbah lampau dan purata.
ia juga dikenali sebagai seksyen pertengahan, perkadaran Ilahi atau seksyen Ilahi

Hmm....tak faham?koi pun...hehehe dalam web harun yahya menerangkan apakah dia persamaan yang ada pada piramid di egypt,potret monalisa yg dilukis oleh leonardo da vinci,seekor burung helang yg terbang tinggi,sebatang pokok pine dan tangan anda?

Jawapannye tersembunyi pada turutan-turutan nombor yg ditemui oleh seorang ahli matematik daripada Italy yg bernama Fibonocci.Karekter nombor ini dikenali sebagai 

"Fibonacci numbers is that each one consists of the sum of the two numbers before it."

Turutan nombor Fibonacci adalah 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987, 1597, 2584, …  Nombor2 ini jika aokme bahagikan dengan satu nombor yg sebelum/sebelah nye akan menghasilkan jumlah yg sama@hampir sama iaitu 1.618 +-  contohnye kite bahagikan nombor 

cth:- 89/55 = 1.6181818

kemudian kite try pulok bahagikan no 1597/987=1.6180344 # begitulah seterusnye.

Contoh kiraan nisbah keemasan dalam segiempat     
 
Satu segi empat tepat keemasan dengan sisi yang lebih panjang a dan sisi yang lebih pendek b, apabila diletakkan bersebelahan dengan satu segi empat yang kesemua sisinya dengan kepanjangan a, akan menghasilkan satu segi empat tepat keemasan serupa dengan sisi yang lebih panjang a + b dan sisi yang lebih pendek a.


Nisbah keemasan pada tubuh manusia...ditapak tangan kita,diwajah kita,disetiap anggota tubuh kita ada nisbah keemasan ini.
Nisbah keemasan didalam kerongkong manusia telah ditemui oleh physicist B. J. West and Dr. A. L. Goldberg:-

"One feature of the network of the bronchi that constitutes the lung is that it is asymmetric. For example, the windpipe divides into two main bronchi, one long (the left) and the other short (the right). This asymmetrical division continues into the subsequent subdivisions of the bronchi. It was determined that in all these divisions the proportion of the short bronchus to the long was always 1/1.618."

Adakah ia terjadi dengan sendirinye?Andaikata alam ini terjadi dgn sendirinya kenapa pulok putik buoh durian jika ia terjatuh di atas putik buoh mempelam,mengapanye putik2 itu tidak bersatu dan menghasilkan buah klon secara semula jadi?mustahil ia terjadi melainkan ada yg menguruskannye bukan??Teory darwin mengatakan manusia berasal dari spesis Beruk/monyet..mungkin keturunan dia je lah yg berasal dari spesis te..hahaha...

Teory itu kemudian diambil kire jugek oleh saintis dengan tukor sedikit nama nye kpd teory evolusi,iaitu semua binatang mahupun apa shj evolving(merubah bentuk,sifat,dll) dengan sendirinya mengikut kesesuaian zaman,cuaca dan masa..Teory sebegini adalah teory yg diguna pakai oleh kebanyakan saintis di seluruh dunia.Tengok ajek lah dalam discovery channel,national geographic dll..deme menggunakan teory itu untuk memudohkan alasan mereka utk tidok mempercayai kewujudan Tuhan pencipta sekalian alam.Begitulah sifat seadanya musuh-musuh islam mebuat tipu daya di atas muka bumi ini.Wallahualam....

Reka bentuk yg hebat pada nautilus dan ia mengandungi golden ratio.Mustahil nautilus itu membuatnye sendiri.


Firman Allah SWT didalam surah Al An'am ayat 1

الْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ بِرَبِّهِم يَعْدِلُونَ

Ertinya :
"Segala puji bagi Allah Yang telah menciptakan langit dan bumi dan mengadakan gelap dan terang, namun orang-orang yang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka."

Sadaqollahul A'zim.

Apakah kaitan kota kecintaan Nabi iaitu kota suci Mekah dengan golden ratio .1.618.??Nantikan sambungannye..

BERSAMBUNG LA PULOK! TUNGGUUUUUUUU!!!!!!!!!!
(φ) 

** Posting ini bukanlah termasuk didalam rantaian golden ratio .1.618.
***Jika aokme tak faham lagi apakah dia "Nisbah keemasan"..eloklah aokme pergi ke link  utk mendapatkan info mengenainya berserta sejarah penemuannye. :) klik SINI pun boleh



BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini