LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

Memaparkan catatan dengan label romantik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label romantik. Papar semua catatan

13 Februari 2010

Hari KEKASIH SEDUNIA KONON..hampeh!

 


hmmm...tak lama lagi banyok arr video 3gp lucah lakonan anak melayu akan keluar..kenape?aokme pikir arr sendiri kenape dan mengape bile 14 februari je banyok la perkara sumbang akan berlaku atas dunia ni termasuklah Malaysia,pada mulenye koi ingat tarikh 14 februari sebagai tarikh hari kekasih sedunia..rupe-rupenye HAMPEH!ye laa koi ni pun bukannye baik jugek tp tak nak menyambut dan meraikannye dengan keluarge koi kerana...aokme baca arr sendri kat bawoh ni haa..

  • Ade kene ngena dengan pesta sambutan kaum rom kuno dimana berlaku upacara seks bebas besor-besoran selama setahun bermula tarikh tu,upacara syirik dan sebagainye lagi..isshh terok tul,kite nak ikut jugek ke?
  • Ade jugek kena ngena dengan kematian paderi st valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II..ade 2 versi:

    Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
    Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
  • DIRAYAKAN SEMPENA JATUHNYE KERAJAAN ISLAM DI ANDALUSIA..manakala st valentine adalah antara orang yg penting dalam meyumbangkan kejatuhan kerajaan islam pada 14hb februari 1492..ianye juge dianggap hari kasih sayang kerana mereka menganggap kerajaan islam itu zalim..ciss tak betul tu,kite patut hindarkan diri dari terlibat ngan sebarang aktiviti khas utk tarikh ni
  • Musim burung mengawan buat telor jugek pada 14 februari..habis?manusia pun nak menyambut nye jugek ke?
Jadi koi rase takde yg best sangat pasal 14 februari ni melainkan yg tak best belaka..tak payoh arr nak nyambut nye apatah lagi nak berkahwin pada tarikh tu cam separuh org tu yg fikir kan romantik,konon nye..cube elakkan dan pilih arr ari lain cam bulan pose ke,awwal muharram ke,maulud nabi ke..kannye elok tu,ade berkat..hmm wallahualam bissawab..

lawati blog minda akob ngenai hukum menyambut hari valentine,klik kat bawah ni..
KLIK SINI

*sumber dari blog "MINDA AKOB"

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini