LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

Memaparkan catatan dengan label nabi muhammad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nabi muhammad. Papar semua catatan

19 Februari 2013

AGENDA YAHUDI DAN SUNNAH YANG DITINGGALKAN...


Assalamualaikum...terperanjat juge koi bila terbaca satu artikel di FB tentang sunnah yang telah ditinggalkan...Koi rase elok kala koi kongsikan juge artikel tu di blog koi ni,muge mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah SWT..


copy dari link di sini
Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.


Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.



“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------



Kata pengepost gambo dia atas lagi :

"Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah.. Silakan Tag/Share.."






24 Jun 2012

R . I . N . D . U

Assalamulaikum....

Adeih sebulan sekali posting blog,sungguh tidak terdaya untuk mendapatkan sesuatu yang boleh koi jadikan semangat juang yang jitu untuk disandarkan sebagai tangkal azimatnye..dan tangkal itu sepatutnye boleh menyemarakkan lagi kerja menulis blog,tapi mungkin nasib belum menyebelahi diri,satu hari nanti pasti ada.Insya-Allah.

Hape kejadohnye rindu menjadi tajuknye??koi tau bahawa aok mesti memikirkan ia berkaitan kisah cinta bla bla bla..tapi silap.Posting ini tidak langsung berkaitan dengan kisoh cinta koi sekarang mahupun recently.TAKDEK KENA MENGENA.Rindu adalah perkataan universal yang boleh dikaitkan dengan berbagai situasi dan ragam pada hari ini.

Dalam lagu hijjaz katanye "Rindu itu adalah,anugerah dari Allah.."setiap manusia merindukan sesuatu.Hari ini koi nak bertanye,cuba tafakur sekejap dan seikhlas mungkin tanyakan hati dan cari adekah lagi perasaan rindu di dalamnya.Kenangkan kembali saat yang sudah jauh meninggalkan kite,saat kite masih lagi di zaman budok-budok,berlari bermain atau bermandi sungai bersama rakan sebaya.Alam persekolahan yang mengusik hati.Cikgu-ckgu yang telah berjaya mengubah hidup kite seperti mana sekarang.Kawan-kawan yang duduk bersebelahan dengan kite,di belakang kite.Ingat lagi tak wajah diaorang tu semua?Girlfren atau boypren yang mengajarkan erti cinta monyet kepada kite dan bagaimana akhirnye ia berakhir dengan kekecewaan.Apekah ini yang bermain dalam fikiran?

Mungkin ade yang terbayang wajah-wajah mereka yang telah meninggalkan kite dari dunia yang fana ini.Mungkin ade yang terbayang masakan mok masing-masing.Terbayang kampung halaman dengan nyor yang melambai-lambai?hehhee...takdek dah pokok nyor di kampong koi sekarang nih,semua nye dah digantikan dengan tiang-tiang lampu.



Bermacam bayangan akan datang jika kite ingatkan kembali.Tapi sebenarnye rindu yang dimaksudkan disini adelah rindu kepada Tuhan yang Maha Esa...iaitu Allah Subhana wa taala dan Rasulullah Salallahualaihi wassalam.

Pernahkah hadir dalam diri korang itu perasaan rindu kepada Nabi Muhammad?
dan setelah melepasi rindu kepada baginda datanglah rindu yang sebenarnya,rindukan Allah SWT.Rindu untuk sujud di hadapanNya menjadi begitu tidak tertahan hatta oleh ape sahaja yang cube menghalang,pasti lautan api kan kite renangi jua.Semua nye kerana CINTA.

Yang kite rasekan bercinta sesama manusia itu hanyelah setitik sahaja berbandingkan selautan syahdunye percintaan dengan Allah Taala.Itu pun sudah ade yang sampai hampir membunuh hanya kerana cinta.Cinta boleh timbulkan rasa cemburu kepada orang yang sedang bercinta.Cemburu boleh bertukar kepada rase dendam dan khianat jika sesama manusia.Tetapi cinta kepada Allah tidak mendatangkan cemburu buta,tidak menimbulkan dendam kerana saat itu nafsu sudah pun tunduk kepada kita...Wallahualam.

Tak kenal maka tak cinta,tak cinta maka tak rindu,tak rindu maka hidup ini hanyalah sia-sia.

Kenalkan diri kepada Allah,insyaAllah,Dia akan mengenalkan kita cara dan jalan yang disediakanNya,dikenalkanNya pula dengan hamba-hambaNya yang dapat membantu kite,semuanye berlaku dengan kehendak Allah.Niat yang ikhlas kerana Allah semata-mata akan dapat di capai jika diri sudah mule sedar dari mimpi duniawi.Hidup yang tetap seperti sebuah mimpi biasa,tiada yg nyata dan dapat kite nyatakan secara fizikal kerana bila teliti dengan terperinci memang diri kita ini tiada.Totally ZERO ( 0 )..yang ada hanya Allah,selain dari Nya adelah tiada.'Tiada' disini bermaksud kite memang tak wujud, sama seperti melihat tangan kite didalam gelap gelita,seperti itulah keadaannya diri topeng ini.Nafi dan Isbat yang sudah sebati akan melahirkan perasaan harmoni dan tenang yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.Subhanallah...setiap saat terasa kekuasaan Nya.Setiap saat ternampak kebesaranNya.Ketika itu terasa Allah hampir dengan kita.

Inilah cinta..dan kite sanggup dilakukan ape sahaja agar cinta ini tidak di persia...inilah rindu yang tak terkata,setiap helaan nafas di seru asma Nya...tapi semua itu tak terbayar dengan sekadar cakap-cakap kosong dan apetah lagi jenis hangat taik ayam.Kebanyakan kite terlampau banyok tertuntut dengan dunia.Kesibukan mengejar dunia sudah mengaburkan hati.Kita solat tetapi hanya kulit dan tiada isi.Semuanya kerana kite lupa siapakah kita yang sebenar-benarnya.

sabda Nabi Muhammad;
"Awalan agama mengenal Allah..untuk mengenal Allah perlu mengenal diri sendiri dengan sebenar-benarnya kenal,bila sudah mengenal diri,barulah boleh mengenal Allah,bila mengenal Allah maka binasa (lenyap)lah diri."

Apa kata kalau hari ini kite berniat mengenal diri kite yang sebenarnye..mudahan kite tak terlalu leka dengan dunia...

insyaAllah sambung pulak...




BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini