LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

Memaparkan catatan dengan label mandi hujan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mandi hujan. Papar semua catatan

7 Ogos 2009

Mandi hujan..

Zaman koi kecik-kecik dulu pantang je hujan memang nak mandi hujan,masa tu tiada yg lebih seronok bila melihat air hujan yg berderai turun membasahi bumi,bukak baju buka seluar pakai spender berhanbat menuju ke tanah.Best sangat rasenye bila melompat dalam hujan,berlari ke sana kemari.Suasana riuh dgn suara-suara gelak ketawa dan jeritan kegembiraan yg tak dapat digambarkan lagi,lebih havoc bila hujan turun makin lebat hingga memutih di udara,bunyi guruh dilangit sudah tak di endahkan lagi dek kerana terlalu girang bagaikan berada di alam lain.Bila hujan dah mula sidang,maka tamatlah segala keseronokan..hujan bagaikan membawa rahmat kegembiraan buat koi masa tu..

Petang tadi hujan turun lagi,koi termenung memandang titisan-titisan hujan membasahi sedikit demi sedikit laman depan rumah..nak rase nye koi bukak baju dan seluar melompat riang seperti masa kanak-kanak dulu,hehe tentu jiran koi cakap koi dah gile kalo koi buat kerje tak senonoh tu..

hujan makin lebat,koi perhatikan anak koi buat tak tau je..koi panggil dia datang dekat koi dan berkata"Pergilah mandi."kata koi ringkas je..anak koi memndang koi terpinga-pinga sambil berkata"mandii?? mandi ape ayah?"matanye bulat memandang tepat kat koi."Mandi hujan"jawab koi sambil tersenyum dan membuka kan baju T-shirt di badannye..riak di wajah nya semakin berubah,dengan girangnye dia pun terus berlari dan melompat keriangan,koi cume tersenyum sambil merakamkan gambo kat atas tu..sejarah berulang kembali.

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini