LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

Memaparkan catatan dengan label makan kaca. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan kaca. Papar semua catatan

24 November 2009

Makan kaca.



Pengalaman mengunyah dan menelan kaca adalah pengalaman terpencil yg tak mungkin koi dapat lupekan.Sekitar tahun 1998-99 koi menyertai satu pertubuhan silat.Masa tu koi berumur lingkungan 20 an.Tak pernah koi terpikir pun bahawa salah satu syarat dan ujian dimestikan adalah makan kaca beramai-ramai.Sebelum upacara makan kaca tu tok guru akan membacakan serapah kepada semangkuk kaca mentol bulat yg dipecah-pecahkan.Kemuadian serpihan kaca itu akan dibahagi-bahagikan kepada setiap anak muridnye.

Koi memandang serpihan kaca ditangan dengan perasaan yg belang belih,gile ah nak kunyah mende ni,dah tentu luka lidah dan lelangit,paling tidak pun setiap gusi akan berdarah dan serpihan kaca yg halus dan tajam lagi bisa itu akan menghiris tekak dan paru-paru sebelum sampai ke usus.Tu belum kira lagi masa nak buang.Dah tentu terjerit terlolong.

Sebagai seorang senior "Panjang" dengan selamba mengunyah serpihan kaca itu."Kertap..kertup..kertap..kertup"bunyi kaca itu patah dek bertemu dengan gigi,menyebabkan tiap yg mendengar nye terasa ngilu dan ngeri.Yg heran takde pulok darah meleleh keluor dari mulut panjang apatah lagi jeritan kesakitan.

Bila je melihat siPanjang ni masih tersengih sambil menampakkan cebisan kaca yg masih terkeluar dari bibir nya.Maka yg lain-lain pun terus cuba memamah kaca.Koi pun tak ketinggalan jugek,sedikit juru serpihan itu koi patahkan dgn gigi dan koi kunyah sekuat hati.Rasa kaca tu saling tak tumpah macam pasir sungai.Begitulah perasaannye,umpama mengunyah pasir.

Terasa ngilu jugek gigi gerham bila cuba nak menghancurkan kaca yg keras tu,mmg tiada rasa tajam atau pedih semasa nak menelannye.Pendek kata rase nye pun tawor hebe'.Siap makan kaca kami order air teh o beng buat pelawas ke usus dan seterusnye. 

Itulah pengalaman koi makan kaca,sekadar berkongsi dengan pembaca sekalian...sumpah! koi tak akan buat lagi kerja gila ni..Cukuplah sekali dalam seumur hidup,kate orang "jangan ke tidok".

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini