LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

Memaparkan catatan dengan label kebun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kebun. Papar semua catatan

8 Julai 2009

Tak puas hati.

Petang tadi koi ke kebun bapak koi,dah agak lama koi x pergi menunjukkan muka koi yg hensem ni ke sana.Keadaan kebun tu agak semak,mungkin dah lama x bertebas dan di racun.Sampai je di kebun koi melihat ade sebuah pajero berwarna biru,rupenye ayah koi pun ade disana.Belum sempat koi turun menjejakkan kaki ke tanah koi mengerling sesuatu yg menarik perhatian koi,kelibat objek yg berduri dan bergantungan di ats pokok menyebabkan koi agk terkejut sedikit..

Laa dah musim durian ke??begitulah suara dihati koi,cepatnya masa berlalu..atau musim buah dah lintang pukang,x macam dulu lagi..bapak koi x cakap banyak cume menghulurkan 3 biji durian yg baru gugur dan bercerita sedikit sebanyak mengenai musuh utama kebun kami iaitu tupai..tengah dia bercerita mata koi asyik memandang senapang yg tersandang dibahu bapak koi,mungkin dia perasan dgn tingkah laku koi yg hilang fokus dengan ceritanya ketika itu dan terus menghulurkan senapang tersebut kepada koi,pucuk dicita ulam mendatang,dah lama koi tak menembak,ini la peluang terbaik melepaskan gian.

"senapang tu dah berisi,baik-baik sikit!" kata bapak koi sambil mengeluarkan sebatang rokok dan menyalakannye..buah durian pun koi x pandang bila dah jumpa senapang,memang koi suka menembak,ada satu keseronokan bile menarik picu dan melepaskan peluru penabur ke arah binatang seperti tupai,ayam hutan dan burung punai.

Mata koi liar memerhatikan keadaan sekeliling.. sekiranya ade tupai,tupai lah yg tersembam ke bumi,sekiranya ayam hutan maka jadi lauk lah malam ni..dekat setengah jam koi merayau dalam kebun tu tapi seekor mangsa pun tak kelihatan,cisss..ni yg buat koi angin satu badan,kelibat burung merbah dan burung ciak-ciak ada lah tapi buat ape koi nak bunuh binatang yg tak bersalah tu,lagipun nak buat lauk pun buat taik gigi boleh lah.Hampeh!..bentak koi dalam hati,tangan dah mengigil nak menmbak tapi tiada mangsa,koi mencari-cari lagi jika ada yg terlepas pandang,memang takde mangsa petang tu..gian punya pasal koi angkat senapang dan melepaskan tembakan kearah pucuk pokok tualang,DAMM!!..huh puas..kata koi dlm hati."hah! dapat ke?" tegur bapak koi dari jauh,"dapattt.."kata koi,"dapat pucuk pokok tualang" sambung koi dalam hati..tak puas hati punya pasal petang esok koi nak pergi lagi cari mangsa.Tu pun kalo ade....

****

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini