LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

Memaparkan catatan dengan label dari kotak email koi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dari kotak email koi. Papar semua catatan

25 Mac 2012

LIHAT SAMPAI HABIS!


Assalamualaikum....Nak share satu email yang koi terima satu ketika dulu..lagipun tak salah kan kalo koi nak berkongsi.


 1.ORANG-ORANG TUA TIDAK MEININGGALKANNYA!


2.KAUM WANITA TIDAK MENINGGLAKANNYA!

3.ANAK KECIL TIDAK MENINGGALKANNYA !


4.DI ATAS JALANAN,MEREKA TIDAK MENINGGALKANNYA!


 5.DI SEBUAH NEGARA YANG KORUP,MEREKA TIDAK MENINGGALKANNYA!

6.DI DALAM HUTAN@ DI PDG PASIR MEREKA TIDAK MENINGGALKANNYA!


7.DI ATAS SEBUAH KEMUSNAHAN,MEREKA TIDAK JUGA MENINGGALKANNYA
 

8.DISEBALIK RUNTUHAN BEDILAN BOM,MEREKA MASIH TIDAK MENINGGALKANNYA.


9.DI DALAM HUJAN MEREKA TIDAK MENINGGALKANNYA.


10.DI ATAS TANGGA...

 11.DI STESEN KERETAPI.....

 12.DI ATAS KAPAL TERBANG....

 13.DI ATAS BUMBUNG BAS......

14.DI TEPI PANTAI.....

15.DAN DI TENGAH LAUTAN....,MEREKA TIDAK MENINGGALKANNYA!

 16.SEBELUM MENJADI TAWANAN PERANG......

 17.SESUDAH MENJADI TAWANAN PERANG,MEREKA MASIH MENUNAIKANNYA!

18.ORANG KURANG UPAYA TIDAK MENINGGALKANNYA.

JADI...KENAPA KITA MASIH MAHU MENINGGALKANNYA?? SEDANGKAN SOLAT ITU ADALAH TIANG AGAMA..

TAHUKAH KITA BAHAWA AMALAN YANG PALING ALLAH CINTAI ADALAH SOLAT DAN SOLAT JUGA ADALAH SEBAIK-BAIK IBADAH?
DAN AKAN TIBA SUATU MASA KELAK DI DALAM HIDUP KITA YG FANA INI,KITA AKAN MENYAKSIKAN ORANG MENUNAIKAN SOLAT KE ATAS KITA...

 OLEH ITU...

SOLATLAH KAMU SEBELUM KAMU DI SOLATKAN....


KERANA KETIKA SAAT AJAL SUDAH MENJEMPUT,PELUANG UNTUK MENUNAIKANNYA ADALAH '0'...AMBIL PELUANG YG ADA UNTUK MENUNAIKAN SOLAT SEBAIK MUNGKIN.DAN KETIKA KITA KESEORANGAN DI ALAM BARZAKH,INGATKAH KAH KITA...HANYA 3 PERKARA SAHAJA YANG MENGIKUT KITA KE KUBUR.SALAH SATU DI ANTARANYA ADALAH IBADAH KITA...DI AKHIRAT KELAK,PERKARA PERTAMA YANG AKAN DI TANYA OLEH ALLAH SWT ADALAH SOLAT KITA.....

"YA ALLAH...AMPUNKANLAH KAMI,DAN MASUKKANLAH KAMI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG TIDAK MENINGGALKAN SOLAT."

DAN BERDOALAH AGAR KITA TERGOLONG DIDALAM ORANG - ORANG YANG KHUSYUK DALAM SOLATNYA.

GAMBAR DI BAWAH....

SEORANG MUSAFIR YANG MENINGGAL DUNIA KETIKA SUJUD DALAM SOLATNYA DI MADINAH...SUBHANALLAH....


MANAKALA GAMBAR DI BAWAH INI.......

 SEORANG MUSAFIR YANG MENINGGAL DUNIA KETIKA SEDANG BERDOA KEPADA ALLAH SWT....GAMBAR INI DI AMBIL DI MEKAH...SUBHANALLAH.



Kalau sudi Silalah forwardkan ke seluruh umat islam..Jazakumullah..

sumber : email

18 Mac 2012

Email dari anak perempuan Muammar Al-Gaddafi!

Assalamualaikum..

Amatlah terkejut koi apabila terima email daripada anak perempuan bekas Presiden Libya Muammar Gaddafi,tajuk emailnye " CAN I TRUST YOU?"..

Pengirim yang bernama Dr Aisha Muammar Al-Gaddafi ini secara tetibe nak laburkan wang sejumlah USD22 JUTA kedalam akaun koi!entah apekah perniagaan yang koi usahakan itu,koi sendiri pun tak tahu.Hehehhe..kata Dr Aisha lagi,memandangkan negara nya sekarang dilanda krisis,dia merasakan adalah lebih baik andai dia laburkan duitnya kepada koi.Punca kenapa dia berbuat demikian masih menjadi tanda tanya lagi.

Sebenarnya ini adalah salah satu daripada bebanyok email dari sindiket yang giat menjalankan kerja menipu duit orang ramai di alam maya.JANGAN cuba bagi maklumat yang diaorang nak kerana sekali terjebak memang payoh nak undur.

Jalan yg mudoh.. Jangan Layan.

Ini email yang dikirim:


Ternyata email dari geng pak itam ini tak berjaya langsung mempengaruhi koi.Di bawah ini ada beberapa contoh lagi email scam.Nasihat koi ialah jangan mudoh terpedaya.

kononnya email dari bank islam,siap dengan logo nya lagi.


Ini adalah email terbaru yang koi terima,nampak macam real je kan?tapi koi tak completekan update tu krn tak yakin.

 

31 Oktober 2010

Email dari Ouagadougou Burkina - Faso,Afrika Selatan...

 Salam..

Baru2 ni seorang sekreteri bank di bukina faso nak memindahkan sejumloh wang (USD 7.6 million) ke akaun koi.Nama beliau Encik Diya Musa..aokme baca la email te..


Mr.DIYA MUSA
BANK OF AFRICA(B.O.A)
OUAGADOUGOU BURKINA-FASO
WEST AFRICA


Dear Friend,

I know that this message will come to you as a surprise. I AM A SECRETARY OF FOREIGN REMITTANCE DIRECTOR BOA BANK HERE IN OUAGADOUGOU BURKINA FASO. I Hope that you will not expose or betray this trust and confident that i am about to repose on you for the mutual benefit of our both families.

I need your urgent assistance in transferring the sum of ($7.6)million to your account within 14 banking days. This money has been dormant for years in our Bank without claim. I want the bank to release the money to you as the nearest person to our deceased customer, the owner of the account died along with his supposed next of kin in an air crash since July 31st 2000.

I don't want the money to go into our Bank treasurer as an abandoned fund. So this is the reason why i contacted you so that the bank can release the money to you as the next of kin to the deceased customer. Please I would like you to keep this proposal as a top secret and delete it if you are not interested.

Upon receipt of your reply , i will give you full details on how the business will be executed and also note that you will have 40% of the above mentioned sum if you agree to handle this business with me.
 
Best Regard.
Mr.DIYA MUSA 
 
koi da kabo ke encik Musa yg koi tak berminat langsung nak berurusan dgn beliau...harap beliau tidoklah terasa hati ke ape,lgpun komisen sebanyok 40% te koi rasekan sikit lagi..
koi dgn selambanye menandakan email dari encik Diya Muse ni sebagai 'Spam'... koi harap encik Musa sedor yg perbuatannye saloh di sisi undang2 negara..semuge encik Diya musa mencari kerja yg halal selepas ini.
 **Koi naik muok dah terima email cam gini..deme ni tak ambuh putus asa betui nak buat penipuan melalui taktik kotor yg dah naik lapuk te!
***jangan ke tak update weh...kalo tak berhabuk..

5 September 2010

Dari kotak email koi: Hebatnya terawih di mesir

Salam...

Syukur alhamdulillah bertemu lagi kite..maaf kerana da lama tak update dan tiada kesempatan melawat blog rodong2..

Hari ni nak forward satu email yg koi terima baru2 ni..mungkin ade yg dah baca atau mungkin ade yg belum..sementara kite masih di bulan ramadhan ni meh berkongsi kehebatan bulan ramadhan di Mesir...

Gambar jamaah sembahyang tarawih di bulan Ramadan di Bandar Iskandariah (sebuah pantai terkenal di Mesir), Mesir.











Gambar jamaah sembahyang tarawih di bulan Ramadan di Bandar Iskandariah (sebuah pantai terkenal di Mesir), Mesir.
terjemahan bebas:
gambar yang mengejutkan dunia
tempat: iskandariah Mesir
Imam: Imam Hatim
Masjid: masjid al-Qaid Ibrahim hayyu Syatibi mahattah Raml.
Jumlah : 1 juta pesolat
Gambar ini mengejutkan Marine Amerika

Subhanallah..alhamdulillah...Allahuakhbar...

21 Julai 2010

Malaikat Kecil

Salam senua rodong-rodong koi..hari ni nak share satu email yg koi terima dari maza..tak patut kalo tak di kongsikan bersama..kata org sharing is caring. :)
 
Malaikat Kecil – Tapi Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?



Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk â€œJalan Ke Syurgaâ€� dan juga menyampaikan ceramah agama.
Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata â€œOK ayah, saya sudah bersediaâ€�. Ayahnya berkata â€œBersedia untuk apa?â€�. Budak itu menjawab â€œAyah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam iniâ€�. Ayahnya membalas â€œAnakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulakâ€�.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, â€œTetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?â€�

Ayahnya menjawab, â€œAnakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..â€�. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, â€œAyah, boleh tak benarkan saya pergi?â€�. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata,“Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hatiâ€� .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.
Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, â€œApa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?â€�.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, â€œMakcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nyaâ€� .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, â€œTerima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimuâ€� .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, â€œ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?â€�.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, â€œTiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi â€œSiapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan sayaâ€�. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcikâ€�. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk â€œ Jalan Ke Syurgaâ€� yang saya sedang pegang ini.

Bila â€œmalaikat kecilâ€� itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.
Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana â€œmalaikat kecilâ€� itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. 
Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

*Alhamdulillah..dan Terima kasih kepada yg forwardkan cerite ni kat koi.....Sila lah kengkawan forwardkan lg.

5 Julai 2010

Gambar Ariel dan Luna(Very very 18SX)

Ish ish ish....astaga!ape ni????!!!

Terlajak perahu buleh di undur, terlajak gambo tak dapat den nak nolong....maluuuu 18sx

Ini la gambo terhangat dari seberang,kes yg menggemparkan seluruh Indonesia dan Malaysia..Tak leh tahan...ni aku kongsi ngan korang semua...

jaga bebaik jangan sampai diketahui pihak berkuasa....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
SABORRR...aih kala mende gini mmg x sabor2 ye?
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Maluuuuu tak korang????????????
hehehehe...ariel tv dan pensil kaler luna...is is ish!kena aokme!hahahha
*aih......sumber dari kotak email koi

10 Oktober 2009

Hantaran Al-Quran

(sumber cerita: Dari kotak email koi) 
Kepade mereka yg nak menghantar dan menerime hantaran..pk2n

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai
untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga.. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli
nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal
satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan
hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak
Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil.
Prihatin..

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik
berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah
seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid”
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil
menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian
ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni
nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi”
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum
Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya
kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan
pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata
seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan
indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal
disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah
tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta
merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.
Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya
berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang
berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil
mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang
dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan
kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan
antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap
hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi
dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah
masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak
benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad
sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat
mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL...MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari
rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.
Ada yang menggeleng-geleng kepala.. Ibu bapa Jamilah merah padam
wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara
bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirra jim..
Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar
suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar
lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran..
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih
malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli
ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya
sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai
memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah
ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya
tetap sama, kedudukannya tidak sama.. Malah, ketahuilah Allah akan
menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang
yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan
dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya
orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya,
menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia
bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan
sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang
mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi
hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif
setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar
sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz
Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

read dis...



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini