LIKE koianakpahang.blogspot di Facebook

Memaparkan catatan dengan label akhir zaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label akhir zaman. Papar semua catatan

8 Mac 2012

Sesekali nak jugek bercerita.

 Assalamualaikum.

Sebelum kau jadi jutawan,kau suka senyum..kata kau senyum tu kan sedekah.
sebelum kau jd jutawan,kau pandai buat emak kau rasa dirinya dihargai dgn melahap masakan emak sampaikan abis licin lauk bwh tudung saji.
Sebelum kau jd jutawan,selalu kau temankan ayah pergi kebun di tanah pusaka hujung tanjung tu,suka aku tengok kau tolong orang tua tu kait buah sawit..aku tau kau kesiankan ayah kau sbb dia dah tua.

tp..bila kau jd jutawan,kau berubah...
kau senyum pun sumbing2 cam tak iklas..mybe terpakse.
Lainlah kalo serempak dgn rodong dpn pegawai,dpn YB..sampai nak bercium pun ada punya lah mesra..
time tu aku tau kau tak iklas.
Sengal.. :P

Semenjak jd jutawan..emak kau selalu tanyekan kau,tiap2 hari dia masakkan lauk fav kau,sampailah selepas insiden kau langsung tak jamah hatta sekelumit pun.kau tau tak org tua tu masakkan ikhlas utk kau.Boleh kau cakap depan emak kau yg lauk tu busuk dan pedas.
Aku tau,no 1 ko nk jg air muke dpan bini yg kau baru beli tu.
Alasan No 2 yg buatkan kau taknak makan petai tu sbb bini kau tak tahan bau petai,melepaslah peluang kau nak romen dgn dia kan?..

mak kau senyum kelat bila kau ckp sambal tempoyak petai tu busuk.

Memang kau jutawan sbb ayah kau cakap tanah pusaka dihujung tanjung tu dia tukarkan dgn nama kau..kau tau tak ayah kau terduduk ngurut dada dan mata terbelalak sebaik dpt tau kau jual tanah tu kat ah chong.Mybe dia tak sangka krn aku tau mmg dia harapkan kau utk jage tanah pusaka tu.  

Patutlah hidup perlu ada susah kan?

Kena kaya cam kau pun seronok,tapi aku takutlah nanti perangai aku mesti jadi cam perangai kau.
Bila kau melobi org,kau macam takde maruah diri.
Aku mual tengok time ko bodek orang tertentu semata-mata utk duit.

Uweks!~

Aku rs selepas ini kau biarkanlah aku sorang-sorang ek?Aku tak nak tengok kau lagi,bukan aku benci tapi gementar.

Aku ada berangan2 nak life yg tak kaya dan tak miskin.
Sedang-sedang aje.
Life camni takdelah pikirkan semuanya duit,duit,duit...
lgpun aku rasa la kan..
duit tak boleh beli maruah diri.
tak boleh jugak nak tebus maruah yg tergadai.
tapi...aku pelik macammane duit boleh beli kau?

oh sebab kau yg gatal menjual....patutlah.

Maruah kau pun kau dah jual krn duit kan?
Kau sanggup jual kasih syg..kau jual rasa hormat.Bukan ke satu masa dulu semua tu milik kau?
Tapi sekarang kemana menghilangnya.

aku tau..bagi kau duit adalah sglnya.
YES.Duit menentukan masa depan kau.
kau tau tak kau boleh terkeluar dari landasan agama andai kau bersungguh-sungguh bergantung hidup dgn duit semata-mata. Apatah lg sampai kau keliru dgn kehidupan dan memilih material sebagai pegangan hidup.

Sebelum aku nak berpisah dgn kau utk selama-lamanya,aku nak kau tahu bahawa;
Harta dan duit yg kau puja dan sanjung tu cuma pinjaman sementara kau hidup,kemudian bila kau mati ia dipindah pulak kpd orang lain.Semua itu sudah Nabi ingatkan dlm hadithnya.

Sia sia bukan menjadi hamba duit?Bila diambangan maut begini baru kau terasakan penyesalannya.

 Sedetik masa berlalu begitu berharga hinggakan kau sanggup membayar bilionan RM utk hanya seminit lagi dalam hayatmu.Agar kau dapat panjatkan doa taubat.
Semuga kau tahu Allah maha Mendengar lg maha Mengetahui.

mudahan Allah mengampunkan.

..wallahua'lam.



**cerita di atas hanyalah cerita rekaan semata-mata tidak perlu mengaitkan ia dgn sesiapa yg masih hidup atau pun sudah meninggal dunia.Ambillah ia sebagai hiburan dan iktibar untuk kita bersama.

InsyaAllah.

12 Disember 2011

Semangat sejati.

Salam..

Kata org pokok pangkal nye hati..andai ada kemahuan tentu ade jalan...hendak 1000 daya,tak hndk 1000 dalih...begitulah perumpamaan org2 tua kite dah ingatkan kat kite ni supaya sentiasa berusaha utk kebaikan..

Bile koi tengok gambo ni,koi tertanye2 kpd diri koi sendiri..kenapa koi takde semnagat seperti anak muda ni..sedangkan koi sehat,sempurna sifatnye..tapi kenape anak mude yg OKU ni boleh dtg ke Masjid walaupun dia seorang OKU.Adalah begitu sukar utk koi membygkan bgaimana agoknye dia berulang ke mesjid hanya utk menunaikan solat dan membaca al quran..Subhanallah..mungkin inilah yg dikatakan wajah ahli2 syurga..



Semuga Allah memberkati anak muda ini dan semuga beliau menjadi contoh buat koi dan semua pembaca sekalian,walaupun namanye tidak lah koi ketahui,tapi yg paling penting semangatnye tu kite contohi..

Semangat seperti inilah yg patut diserapkan oleh kerajaan utk anak2 mude skrg,bukannye semangat berpesta siang dan malam.Wallahualam. :)

Sumber dari google.

**ini ialah schedule posting.

30 September 2010

Pelik ni..

Salam..

Adeh..kenapa la sekarang ni payoh sangat koi nak update blog,nak cakap sibuk takde la sibuk mane pun,tapi nak bagi maintain tu yg payoh,hehe..maaf la buat rodong blogger sekalian kalo koi tak dapat berkunjung balas ke blog aokmer. :(

Tadi koi sengaja  menjenguk ke wordpress,jumpe la satu cerite ni..mungkin ade yg di antara aokme yg dah tau kisoh ni...

Terjadi di Kuantan..

Macammane kanopi size 20x20 ni boleh lepas ke atas bumbung masjid?


KUANTAN, 15 April [10.20 am] – Penduduk Taman Pasdec Makmur, Indera Mahkota dekat sini panik dan gempar apabila melihat tiga buah kanopi berada di atas bumbung masjid taman berkenaanKejadian berlaku ketika beberapa orang jemaah sedang menunaikan solat Zohor di masjid berkenaan (Masjid Al-Makmur). Sungguh mengejutkan, apabila tiga buah kanopi yang bersaiz 20′ x 20′ tiba-tiba melambung naik ke atas bumbung masjid berkenaan. Sebelum ini kita pernah mendengar satu cerita kubah masjid melayang diudara, seperti yang berlaku di Indonesia. Namun, kini kejadian aneh berkenaan berlaku pula di kawasan ini. Beberapa orang saksi yang ditemui juga terkejut dan tergaman dengan kejadian itu. Menurut seorang saksi yang tidak mahu namanya dikenali berkata “Saya sendiri amat pelik dengan kejadian ini, dan menganggap ia adalah satu amaran dari Allah SWT sebenarnya. Apatah lagi kanopi yang berat itu boleh melambung naik ke atas bumbung masjid dan kakinya mengadap ke langit. Kanopi yang biasanya hanya boleh diangkat dan dipindahkan oleh 5 hingga 10 orang itu tiba-tiba naik ke atas bumbung. Bukan satu kanopi, tetapi tiga kanopi sekali yang terangkat naik ke bumbung !!” katanya. Biarpun ada pihak yang mengatakan, kanopi tersebut terangkat akibat putaran angin puting beliung. Namun, masalahnya ketika kejadian cuaca amatlah baik sekali dan tiada tanda-tanda hujan, ribut, berangin atau sebagainya. Malah, kedudukan masjid berkenaan juga agak terlindung kerana terdapat bangunan lain di sekitarnya seperti bangunan KAFA, KRT dan sebagainya.

“Jika angin puting beliung berlaku, sudah pasti kanopi-kanopi gerai berhampiran juga akan terangkat sama. Ini tidak, kain kanvas kanopi itu pula tidak terkoyak dan berada dalam keadaan baik. Bukankah ini sesuatu yang mustahil. Malah, kanopis itu naik serentak pula ke atas bumbung dan keadaannya juga teratur tidak ada yang patah, bengkok atau sebagainya. Saya menolak kemungkinan tersebut berdasarkan keadaan tapak yang tidak ada kesan ribut dan puting beliau. Saya syak sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan masjid berkenaan dan harus diperbetulkan” kata seorang saksi. Sementara itu, seorang jemaah masjid berkenaan pula berkata kemungkinan kejadian misteri dan aneh itu berlaku akibat kesilapan dan kealpaan pihak AJK masjid terhadap beberapa perkara yang menjadi persoalan dikalangan penduduk setempat. “Imam pernah mengumumkan memohon sumbangan untuk membina bumbung baru bagi kemudahan jemaah bersolat jumaat setahun yang lalu. Kos yang diperlukan anggarannya sekitar RM50,000. Maka ramailah jemaah yang menghulurkan sumbangan bagi tujuan tersebut dan difahamkan wang tabung masjid kini telah melebihi RM60,000 sebenarnya. Namun, sehingga ke hari ini pembinaan bumbung baru itu ditangguhkan dan hanya kanopi sahaja yang diletakkan untuk menampung jemaah yang berlebihan itu. Keraguan timbul dikalangan pemberi sumbangan, malah ada yang kecewa dengan apa yang berlaku. Maka itulah syak wasangka itu timbul”katanya.


Ramai juga penduduk yang tidak mengetahui kejadian itu sebenarnya. Tambahan ia berlaku ketika waktu tengahari ketika masing-masing sibuk dengan urusan seharian. Tinjauan kami juga mendapati kejadian ini amat mengejutkan sebenarnya. Apatah lagi kanopi tersebut berat dan tidak mungkin boleh terangkat tanpa ada bantuan dari sesiapa. Malah, jika dibawa 30 orang pemuda yang gagah-gagah sekali pun, mungkin tidak dapat untuk menaikkan ketiga-tiga kanopi terbabit dalam keadaan baik seperti apa yang berlaku. Apakah ini satu musibah dari Allah SWT yang mahu supaya AJK masjid berkenaan lebih berhati-hati dalam menguruskan aktiviti keagamaan di situ. 



Untuk gambar lain sila klik link bawah ni dan terus ke blog Ustaz Abdul Halim Abdullah


19 Oktober 2009

Dunia akhir zaman(1)

Asalamualalaikum,

Tengah koi melayari pesbuk(facebook) terjumpe pulok satu jemputan utk melihat video tragis yg berlaku di Arkansas USA,cuma sedutan dari berita tu melaporkan sorang lelaki ditangkap kerana merogol anoknye sendiri yg berumur 8 HARI! koi ulang type 8 HARI! tak cukup dengan rogol,kemudian di pukul pulok baby tu..memang dah terlebih gile.

Tujuan koi postkan entry ni hanyalah untuk berkongsi maklumat sesama kite dan supaya kite renung-renungkan sendiri.Kejamnye manusia hingga tergamok buat perkara camni..(kala betui dia bersaloh lah)..tak reti dah nak tulis mende lagi................ 

SELAMAT DATANG KE AKHIR ZAMAN.
(tekan PAUSE (||) untuk hentikan muzik...tengok sebelah kanan blog koi ni,kat atas sekali)
 

BOIKOT TERUS BOIKOT!

BOIKOT TERUS BOIKOT!
Untuk saudara seagama ku di Palestin dan Demi Dia yg Maha Berkuasa

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Rekemenkan blog ini di wall FB anda :)

Arkib koi:

Selongkar blog ini